Memandangkan Hutan Tasik Biru Kangkar Pulai sekarang di tutup untuk segala aktiviti.RA sekadar berkongsi gambar-gambar kenangan sepanjang ke sini.Sebenarnya lokasinya tidak berapa jauh dari rumah RA jadi selalunya setiap pagi Sabtu RA akan ke sini untuk meningkatkan stamina badan dan kaki.Hutan yang terletak bersebelahan Tasik Biru ini mempunyai keistimewaan dan tarikannya yang tersendiri.Terdapat kolam dan tasik tadahan air di dalamnya milik Syarikat Air Johor yang membekalkan air kepada penduduk di sekitar Johor
Baru-baru ini kehadiran orang ramai memang terlalu ramai sehingga tidak terkawal.Ada yang datang tu siap bawa peralatan memasak bagai tak kurang pula datang bermandi manda berhampiran kolam tadahan.Sesekali RA lihat dah macam pesta pulak di buatnya.Apa pun tempat ini dah menjadi kenangan sekarang.Boleh lah selak-selak gambar di bawah ini sekadar tatapan sahaja.
Gambar kiri berada di Hentian ke 2 sebelum menuruni tangga ke kolam tadahan air di bawah.
Gambar kanan Antara pokok hutan tertua di sini
Kem Kopi lokasi hutan yang agak dalam sedikit iaitu sekitar 4-5km dari Tasik Biru.Kat dalam nie selalunya ramai "hiker" dok melepak buat kopi dan pasang kemah.Dengar cerita dah di robohkan oleh Renger hutan.
Satu-satu lokasi yang masih boleh di lawati ialah di sekelilingi tasik biru ini sahaja.Kawasan berpagar amat di larang untuk masuk.
Ini lah dia tasik tadahan air yang membekalkan air kepada penduduk-penduduk di sekitar Johor Bahru.Kat sini kitaorang panggil Tasik Hijau.
Cantik pemandangan kat sini.
Air dalam tasik ini semakin hari semakin berkurangan.
Kawasan hutan terbakar ini pun cantik.
Kawasan kat sini boleh tahan gak luas , tapi kadang-kadang ada rakan-rakan RA yang terkena sengatan tebuan sesat sekor dua.hehehe
Berada kat sini seperti di luar negara pada musim luruh.
Kawasan batu - batu besar ini dalam perjalanan ke Kem Kopi
Lokasi empangan lama.Kat sini banyak ikan-ikan yang akan menanti di campakkan makanan.Tapi sesejak kemasukkan ramai pengunjung ikan-ikan semakin berkurangan.Dengar-dengar ada yang datang menjala dan memancing di sini akibat kelaparan sebab tiada makanan di rumah untuk di makan.
Ini pun antara lokasi kegemaran RA.Persis musim luruh di Korea katanya...
Apapun terima kasih Hutan Tasik Biru Kangkar Pulai atas kenangan manis yang di berikan.Moga hutan ini di kekalkan dan jangan pulak dah tutup lepas nie dengar cerita hutan ini di tarah dan di jarah pulak yea....SAYANGI HUTAN ANDA....
2 comments:
demm.. baru aQ nk pegi
pergi kat luar tasik tu boleh je lagi...jgn lak masuk dalam hutan tu...dah berpagar n kalau masuk juga cfm kena tahan masuk lokap
Post a Comment