Awal-awal pagi RA dah tercongok di sini.Solat subuh berjemaah kemudian mengikuti ekpedisi menjejak Gunung Arong dan Puncak Kemunting.Sebenarnya ini kali ke dua RA ke Gunung Arong.Tapi kali ini perjalanannya lebih sedikit hingga ke Puncak Kemunting.
Selesai solat Subuh kami bergerak ke Hutan Taman Negeri Gunung Arong dan memulakan pendakian.Seramai 30orang peserta mengikuti ekpedisi ini.Gunung Arong cuma berketinggian 210meter sahaja.Walaupun rendah tapi trek laluannya agak panas berdenting dek terletak berhampiran dengan laut.Jam 640pagi kami mula mendaki dari arah kolam air berhampiran kampung.
Trek permulaan agak curam sedikit.Ada di kalangan kami yang baru pertama kali mendaki mengalami mual-mual akibat tidak biasa ketinggian dan ada yang masih belum bersarapan.
Geng ini adalah yang berada di bahagian hadapan kami berehat sebentar di lokasi yang agak landai menanti ketibaan peserta yang lain.Sambil-sambil tu ber swafoto lah.
Alhamdulillah jam 735pagi RA tiba di puncak Gunung Arong saat matahari baru mahu menyinsing.
Dua gambar ini sempat di rakamkan semasa menikmati matahari terbit dari puncak.
Apa yang menjadikan Gunung Arong ini menarik ialah pemandangan tepi laut dari atasnya yang sangat cantik.Pemandangan inilah yang menjadi idaman lensa-lensa pendaki.
Di puncak Gunung Arong ini juga sudah di bina menara setinggi 2tingkat.Tapi harus berhati-hati kerana menara ini hanya boleh di naiki oleh 4-5orang sahaja pada satu-satu masa kerana strukturnya yang tidak berapa kuat.Maklumlah nak bina menara kat atas gunung bukan mudah nak angkut barang-barang binaan dari bawah.
Sementara menanti yang lain-lain tiba kita berswafoto dan bersarapan dahulu.Makanan bawa sendiri katanya.Ada yang pertama kali ke sini tak bawa apa-apa untuk bersarapan jadi kami kongsi-kongsi makanan yang ada untuk mereka.
Puncak Gunung Arong ini agak berbatu dan berpasir sedikit yea.Jadi bagi yang pertama kali ke sini korang kena berhati-hati takut tergelincir maklumlah sekarang musim kemarau tanah kering dan berpasir senang tergelincir.
RA bertiga inilah yang bertolak mengunakan satu kereta.Kami bertolak dari malam semalam lagi dan tiba jam 1pagi di Mersing.
Di larang meniru aksi di atas ini.Hanya golongan profesional sahaja di benarkan melakukan aksi-aksi berbahaya ini.Hehehe..Amacam ada gaya tak macam adiwira dan adiwirawati tak kami semua? hehehe.Jangan terlopong mulut tu tengok hehe.
Inilah pemandangan Arong yang menjanjikan.
Lekok hati tu namanya Tanjung Resang.Teluk dihadapan tu lah menjadi tarikan pendaki ke sini berulang kali.
Amboi santaiu nampak? dah sedia nak ke lokasi seterusnya? ajom kita gerak.
Perjalanan seterusnya ke Puncak Kemunting.Trek sepak daun jek sebab agak landai tetapi suhu semakin panas di rasakan bila sampai di sebelah sini kerana agak terlindung dari tiupan angin laut.
Sementara menunggu yang lain tiba kita rehat dan berswafoto sebentar.
Ok ini perjalanan ke simpang 3 meranti.Ada pemandangan menarik dari atas batu ini.Tapi untuk naik ke atas kena berhati-hati sikit sebab tiada laluan biasa kena ikut laluan khas dari tepi-tepi batu.
Pemandangan dari atas tak kurang kalahnya.Tapi tak boleh naik ramai-ramai sebab agak sempit ruang berdirinya.
Nak amik gambar pun kena dari dekat sebab ruang di sini agak terhad.
RA meneruskan perjalanan ke Batu Kemunting.Laluan agak sedikit sempit kerana laluan hanya boleh di lalui di tepi batu sahaja.Akhirnya jam 1130 pagi kami tiba di Puncak Kemunting.
Masa ni cuaca agak lah panas.Makumlah dah tengahari.Bagi sesiapa yang tiada persiapan air tu pastikan stok air anda mencukupi.Alhamdulillah stok air tiada masalah buat air sebab RA telah bersedia lebih awal.
Kat puncak nie kena berhati-hati juga sebab laluan tidak besar dan kena bergilir-gilir bergambar terutama di atas puncak batu tu.
Ada 3 pemandangan yang boleh di lihat di sini.Pemandangan laut dan pulau.Pemandangan tanjung dan bandar Mersing satu lagi pemandangan hutan di balik gunung.Ini kerana Puncak Kemunting berada di hujung banjaran Gunung Arong.
Bebrapa gambar kenangan yang sempat RA rakamkan di puncak Batu Kemunting.
Padahal menahan panas je tu.Tapi nak bergambar terpaksa layankan je.
Lepas ini kena turun ke bawah tu.Kalau air pasang memang teruklah kena arong air laut.Tapi kami semua bernasib baik kerana saat tiba di bawah jam 1230tengahari air laut sudah mula surut dan RA cuma mengharung air sedalam betis sahaja.Tapi hati-hati jangan terpijak batu karang boleh terluka tapak kaki nanti.
Lokasi tempat kami turun di Taman Rekreasi Mersing.Kira-kira 5km jauhnya dari tempat kami letak kereta.Kami bergilir-gilir menumpang kereta untuk mengambil kereta yang di tinggalkan di kampung Tanjung Resang.Tiba sahaja kereta kami ke Bandar Mersing untuk solat Zohor dan kemudian mencari kedai makan untuk makan tengahari.Alhamdulillah misi berjaya dan mampu tersenyum gembira.
Jam 230petang RA dan rakan-rakan beransur pulang meninggalkan Mersing.Terima kasih Mersing.Sampai jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment