Rasa dah lama sangat tak pergi kat kedai ni.Memandangkan malam ini malam minggu jadi RA rancang bersama kawan-kawan datang makan malam di sini.Kedai makin maju,makin besar dan amik giliran pesanan melalui no giliran.Nasi Goreng kat sini sedap sangat panas-panas lepas goreng dia bungkus dalam daun pisang.Lauk tambahan RA amik sotong masak sambal dan ikan bakar.
Walaupun ada yang dah 2-3kali ke sini tapi masih ada kenkawan yang tak boleh ingat lokasi nya di mana.Senang je kalau nak ke sini.Pergi ke Komplek Stulang Laut.Letak lah kereta di mana-mana hadapan komplek tu,kemudian cari kedai bundle sebelah 7-11ven.Kedai nasi goreng ini sebelah kedai bundle jek.
Malam nie bulan penuh jadi lepas makan kami semua lepak-lepak di tepi pantai Stulang menikmati angin malam sambil.........
ada yang melayan perasaan.
Dan melayan telefun bimbit.....maklum lah masa bulan mengambang je masej masuk bertubi-tubi.Kalau dalam filem seram bulan mengambang serigala bernyalak.Tapi dalam filem seram kelakar nie lain pulak jadinya.Hehe.apa pun kami memang menikmati angin malam di sini.Agak-agak dah lama kat sini kami pun angkat kaki balik rumah.Mengantuk pulak bila kena tiup angin selat nie.
No comments:
Post a Comment