Saturday, September 8, 2018

Jom ke Sarang Buaya & Lotus Desaru Resort

 Cuti sempena perayaan keputeraan Agong hari ini RA dan rakan-rakan rancang bercuti-cuti dalam negeri jek.Kemana destinasinya? ala dekat je , ke Desaru bermalam di Lotus Beach Resort.Memandangkan daftar masuk bilik jam 2petang jadi pagi-pagi RA dah bergerak untuk makan tengahari di Kedai Masakan Kampung Ibrahim di Teluk Sengat.
Menu yang pastinya menjadi kegemaran RA ialah Sotong Sumbat ini.Yummmy...
Perut dah kenyang jadi alang-alang dah sampai Teluk Sengat nie apa kata kita singgah ke Sarang Buaya yang tak jauh dari sini.Inilah dia Taman Buaya Teluk Sengat.Tiket masuk cuma RM5 jek...tapi memang berbaloi lah.
 Di anggarkan ada lebih dari 1000 ekor buaya di sini dan semuanya jenis Buaya Air Masin.
 Kesemua buaya-buaya ini di asingkan mengikut usia dan keganasan mereka.Sebab buaya-buaya ini sentiasa bergaduh antara satu sama lain.Menu diet mereka ialah ayam.hehehe.
 Pengusuha Taman Buaya ini telah menjadikan kawasan ini sebagai hab pelancongan di samping menjana pendapatan melalui pembiakkan buaya.Haa jangan sangka air yang tenang dalam kolam tu tiada buaya..
 Memang luas ladang buaya nie.Dan di sinilah kita dapat mempelajari habitat dan tabiat buaya.Antara yang di ceritakan oleh pekerja di sini bahawa buaya tidak mengunyah makanannya.Gigi di gunakan untuk menangkap dan membunuh mangsa.Bila dah dapat mangsanya dia terus telan.
 Buaya-buaya yang di kurung bersendirian selalunya buaya yang berusia lebih dari 100 tahun.Jangka hayat buaya boleh mencecah sehingga 200tahun tau.
Ini buaya paling tua di sini.Usia dah lebih 155tahun.
 Ini pulak buaya-buaya yang berusia 100tahun keatas.
Haa dari atas nie lah kami semua melihat buaya yang kat bawah tu.
 Ni pulak jenis-jenis buaya darat yang dah jinak...hehehe.

Ha yang nie penjaga buaya.Kuat giler...dah macam filem "Crocodile Dundee"
Ok dah puas RA pusing satu taman buaya kita singgah pula di jeti Teluk Sengat.Masa ini air dah surut dan ada beberapa nelayan yang menjual hasil tangkapan mereka dengan pengusaha-pengusaha kedai makanan laut di sekitar Teluk Sengat.
 Dari Jeti RA dan rakan-rakan ke ladang kelapa sawit.Katanya Olie dan Azie tak pernah ke sini lagi.
 Dari ladang kelapa sawit ini kita akan dapat lihat Jambatan A Desaru dengan jelas.Pemandangan kat sini pun lawa tau.
 Haa masing-masing keluarkan telefun bimbit dan merakamkan keindahan teluk sengat dari atas bukit ini.
 Oklah hari pun dah petang jom kita ke hotel untuk daftar masuk dan mengambil kunci bilik.RA dah tempah Panthouse 3bilik di Lotus Desaru Beach Resort tau.Kami kongsi-kongsi satu keluarga RM150.Tidurlah berlambak ramai-ramai hehehe.
 Inilah biliknya...ada 3bilik tidur dan 2 tandas.Tandas utama sikit punya besar daaa..
 Ini ruang tandas bilik ke 2.
 Ruang tamu dah bilik utama.Malam nie semua dah rancang nak lawan UNO hehehe.
 Water park dia macam kurang menarik jek.Tapi boleh lah untuk anak-anak bermain.Kolam mandi dia besar tapi boleh mandi ikut gelang tangan yang di sediakan oleh hotel sahaja.Jadi kalau nak bawak kawan-kawan lain yang tak cukup gelang tangan tu diaorang tak kasi...aper jer merepek resort nie.....
 Sempat bergambar selepas mandi yea kak Laila.
 Kalau dah nak mandi juga , boleh lah ke pantai untuk berdebusss....Kalau nak mandi kat pantai pun diaorang larang , memang cari nahas ler diaorang haha.
Pantai Desaru ini pasirnya di naikkan tinggi sedikit tak macam dulu yang agak landai.Kerusi baring di sediakan mengadap laut.
Malam menjelma , setelah bersolat Margrib RA dan beberapa rakan yang lain turun makan malam di restoran.Kami di berikan 6kupon sahaja jadi hanya 6orang sahaja yang makan malam di sini.Yang lain duduk makan di bilik ajelah.
Menu di sini boleh lah di berikan 3*.Rata-rata 50% masakan India.
Selepas makan malam di hadapan padang besar di hadapan restoran ada buat aktiviti tarian zumba dan poco-poco.Semua tetamu di jemput ke padang untuk sama-sama mengikuti program ini.
Ada juga kedai Fun Fair yang di buka.
Kedai sebaneka dan cenderahati juga ada di sini.Jadi pelbagai aktiviti boleh di buat malam itu.Bagi RA dan geng-geng mengeteh yang lain , selepas sahaja kami berzumba , kami terus ke hotel dan main Uno lah...hehe.Layan sampai tengah malam.Aduhhh riuh rendah bilik kami jadinya.

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....