Sunday, January 4, 2015

Berzumba Perut di Goreng Pisang Mawar

Tu dia goreng pisang sepinggan RM10. Petang ini memang takde rancangan apa apa pun jadi geng mengeteh merencanakan untuk melepak di Warong Goreng Pisang Mawar yang terletak bersebelahan dengan Thistle Hotel.

Kira perjumpaan hari ini perjumpaan pembukaan untuk tahun baru 2015.Budak-budak pun belum naik sekolah lagi sebab cuti di lanjutkan seminggu.Gerai petang ini cukup mencabar,mana taknya ramai rabak orang petang ini.

 Sambil-sambil menunggu dapat kerusi ahli wanita berirama ada yang kena berdiri menanti meja sebelah habis makan.mesyuarat gosip tetap mesyuarat yea walaupun kena berdiri.heheee

 Orang Johor makan goreng pisang cecah dengan kicap yang dah di campur dengan cili.Bagi yang tak reti makan goreng pisang dengan kucap ini anda bolehlah mencecah dengan apa sahaja yang anda suka.ikut selera masing-masing,klu nak cecah dgn air kopi pun boleh.takde apa yang pelik pun.

 Haa inilah muka-muka tak boleh blah terutama sekali yg paling depan tu...gembira sungguh yea,hati-hati jangan terlanggar hidung.


No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....