Ini adalah tarikkan terbaru yang terdapat di Bandaraya Johor Bahru.Jika anda tiba ke bandaraya ini pasti akan terpegun dengan hiasan Jota berhampiran Majlis Bandaraya Johor Bahru dan Bangunan Mahkamah
Jota negeri Johor yang menjadi kebanggaan rakyat Johor Bahru.Warna emasnya menjadi pilihan siapa saja untuk bergambar di sini.
Bersebelahan Jota terdapat satu lagi tarikah terbaru yang di panggil oleh orang-orang JB dengan panggilan SkyBridge.Selain mengeluarkan cahaya dari lampu leon ia juga mengeluarkan pelbagai gambar dan tulisan.
Cantik bukan....kalau nak rasa perbezaan yang tak ada di tempat lain sila la bertandang di sini pada waktu malam.Tapi jalan datang lewat bagi mengelakkan kesesakan jalan raya.
Ada pelbagai gambaran menghiasi skybridge.Jika sudah puas menikmati keindahanya bolehlah pula ke belakang bangunan Mahkamah di mana menjual pelbagai barangan.Lokasi Pasar Karat 2 di tempatkan.
Laluan di bawah skybridge ini di tutup bagi laluan kenderaan untuk pengunjung menikmati hiasan lampu di bawahnya.
Laluan di sekitar Istana Besar persiapan bersempena majlis meraikan Jamuan makan malam Persandingan Tengku Mahkota Johor.(TMJ).
No comments:
Post a Comment