Saturday, November 22, 2014

Panggilan Pulau Ronda Bahagian 2

 Ronda-Ronda sambil Jalan-Jalan Cari Makan

Hari ini jadual RA sangat-sangat padat.Bagun pagi je selepas bersarapan di hotel RA dan rakan-rakan di bawa ke Bukit Bendera.Hari nie hujung minggu dan musim cuti sekolah memang ramai lah bas pelancong yang ke sini.Nasib baiklah kami datang dengan mengunakan van sahaja.45minit mengambil masa untuk ke Bukit Bendera dari Batu Feringgi.Tiba di sana Trish ke kaunter tiket dan membeli tiket untuk kami semua.Kali terakhir RA ke Bukit Bendera kira-kira 18tahun dahulu.Tu pun masa majlis tahunan syarikat tempat kerja lama RA.Masa tu muda remaja lagi hehe.

Tak sangka kat atas Bukit Bendera ini pun ada letak manga-manga cinta macam kat jambatan di Paris.Suhu kat atas puncak Bukit Bendera ini sangat-sangat nyaman.Udara di sini pun bersih jauh dari kesibukkan Pulau Pinang.

Inilah dia laluan Tram keretapi yang membawa kami naik ke atas Bukit Bendera.

 Memang ramai dengan orang dalam tram dan di atas puncak ini.Bagi yang penat nak berjalan bolehlah menyewa buggy golf yang boleh memuatkan 6-7orang untuk pusing-pusing di sekitar Bukit Bendera dengan harga RM30 satu kenderaan.

Kat atas Bukit Bendera ini selain menikmati pemandangan dari puncak ada juga muzium burung hantu , kafe-kafe dan restoran. Kuil Hindu , Rumah-rumah banglo dan sekolah rendah.Jadi tak banyak aktiviti yang boleh di buat di sini.

Jam 1230tengahari kami sudah pun turun dari Bukit Bendera menuju je G-Hotel untuk membuat lawatan rasmi meninjau dengan lebih dekat tentang hotel ini.Setibanya di lobi hotel RA di sambul oleh wakil pemasaran hotel dan di bawa meninjau bilik-bilik yang di sediakan di sini.Mula-mula sekali kami di bawa ke tingkat Executive,Bilik-bilik di sini khas untuk ahli-ahli perniagaan yang datang berurusan di Pulau Pinang.Biliknya sangat luas dengan rekabentuk yang sangat elegen sesuai untuk tetamu yang datang untuk urusan kerja.Di sediakan juga Lounge Executive di tingkat dengan pandangan dari tingkat 15 bangunan hotel ini.

Kalau nakkan tempahan untuk bilik ini pastikan anda dapat bilik yang mengadap laut.Pemandangannya sangat-sangat indah.

Setelah di bawa melawat beberapa bilik di hotel ini tibalah masanya untuk makan tengahari.Di fahamkan hotel tidak menyediakan buffet makan malam atau tengahari setiap hari sebab tidak mendapat sambutan di sebabkan lambakkan restoran dan gerai-gerai makan yang sedap ada di sekitar Pulau Pinang.Menu yang ada di restoran cuma menu ala carte sahaja.

Menu buffet selalunya di adakan pada hujung minggu sahaja.Di hotel ini juga menyediakan Bar untuk tetamu hotel.Sementara dekorasi restorannya pula sangat-sangat menawan.

Sementara menunggu menu tiba kami berehat sebentar di lobi hotel.Bila dah masuk restoran terus pesan makanan. 

RA amik Kueh Teow Goreng je,manakala yang lain ada yang ambil mee kantonise, Mee kari & Burger special.Masing-masing nak simpan perut sebelum nak makan Nasi Kandar Line Clear petang nanti.  

Menu pencuci mulut pulak RA pilih Kek Tiramisu.Memang menjanjikan bila di hidangkan bersama coklat cair Hershey.

Selesai sahaja makan tengahari masa untuk meneruskan lawatan ke "Penang Street Art".Kami terpaksa melalui "Gurney Drive" dan beginilah pemandangan di "Gurney Drive" pada sabtu petang.Sangat-sangat sibuk dan sesak dengan kenderaan.

Tiba sudah di "Penang Street Art".Bagi Joe dan Syed diaorang memang tak tahu pasal tempat ini.Tapi bila RA terangkan tentang lukisan 3D yang di lukis di sini barulah mereka paham.Kalau tidak mereka pelik kenapa ramai sangat orang bergambar di sini.


Ada banyak gambar-gambar yang di lukis di sini dan inilah antara gambar-gambar yang sempat RA rakamkan.Ingat jika mahu bergambar di sini anda perlu menunggu giliran,jangan main masuk suka sahaja yea.


Selain lukisan ada juga ukiran karton dari besi dan persembahan artis jalanan di sekitar kawasan.Anda boleh menyewa basikal untuk melawat kesemua lukisan dan lakaran di beberapa bangunan di sini.

Sebahagian bangunan-bangunan lama yang masih utuh di Georgetown.(bandar warisan Unisco)

Ini adalah masjid Kapitan Keling yang sempat RA rakamkan di lensa kamera.

Ok masa dah cukup,sekarang masa untuk makan lagi.Adoyai makan jelah kejanya bila di Pulau Pinang ni.Kali nie kami singgah ke Restoran Nasi Kandar Line Clear.Terkenal satu Malaya Nasi Kanda katernya.Satu pinggan nasi + ayam seketul + Udang XXL seketul + Kuah Kari campur + Teh O Ais = RM32.50.(giler rabak mahal)

Kawan sebelah RA amik Sotong + Nasi + Udang = RM40.00 kah kah memang mahal giler.Tu belum amik lagi kari kepala Ikan.Dengar-dengar harga sekepala Kari Ikan RM35.Takpelah janji puas dapat rasa macamana Nasi Kandar Pulai Pinang.Lawatan di teruskan ke Pasar Chowrasa membeli pelbagai asam jeruk dan barangan cenderahati untuk di bawa pulang.Sadar-sadar jam dah pukul 5petang.

Kami ada temu janji dengan satu hotel lagilah.Tak boleh balik dulu.Ke Sheraton Four Points pula kita.Setelah menunggu hampir 30minit,pengurus pemasaran hotel muncul dan memperkenalkan diri.Lokasi hotel ini memang stategik.Berdekatan dengan pantai yang terlindung dari orang awam dan suasana di sekitar yang tidak terlalu sebuk.

Ada beberapa kafe hotel di buka dan pada waktu malam ia menyediakan minuman dan makanan untuk para tetamu sambil menikmati pemandangan pantai waktu malam.Romantik kan....biasalah harga biliknya pun bukan murah.

 Sempat bergambar bersama di balkoni lobi hotel sementara menunggu pengurus hotel datang.

 Kami di hidangkan dengan "Signature Moktail" (tiada alkohol) yang popular di restoran ini.Harga segelas RM15 jek..(jerr yeaa)

 Jam 7 malam kami di jemput untuk makan malam di restoran hotel.Cantik konsep oren dan hijaunya memang menarik.Perut masih kenyang lagi tapi tetap nak makan jugak hehe. 

 Nasi Goreng Special Pilihan mereka 

 Burger special sos pula pilihan RA.Itu pun tak habis makan.Kalau tau amik je Nasi Goreng tadi,sebab burger nie besar sangat.Tak larat nak telan. 

 Jam 9malam masuk bilik hotel mandi dan keluar semula untuk ke Hard Rock Cafe Penang.Kat sini beli gelas Hard Rock je.T-Shirt tak beli pun.Sambil-sambil tu bergambar kat hotel Hard Rock.

 Masa nak balik pulang ke hotel nampaklah restoran ini.Cantik berkonsep kehijauan.Tapi tak singgah pun sebab masing-masing dah kepenatan.Masa untuk tidur...esok sambung lagi 



No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....