Tanggal 28April2012 rombongan seramai 25orang telah meminta aku menjadi ketua rombongan lawatan mereka ke Bandung dan Jakarta selama 4Hari/3Malam.
Hari Pertama : 28 April 2012
Berkumpul di Pekan Rabu seawal jam 845pagi dan bertolak masuk ke Singapura tepat jam 9pagi.Kapal terbang berlepas jam 1425 dari Lapangan Terbang Changi,Singapura.Disebabkan waktu puncak,CIQ Woodland Singapura di penuhi oleh ramai orang yang ingin bekerja dan ke Universal Studio.Lebih kurang jam 1130pagi barulah selesai urusan cop passport di sana,rombongan di bawa ke Arab Street untuk menjamu selera makan tengahari di Restaurant 3Zam yang terkenal dengan Nasi Beriani & Murtabak Singapuranya.
Selesai urusan makan,kami menyambung perjalanan ke Lapangan Terbang untuk daftar masuk pesawat.Selesai urusan tersebut kami mula masuk ke balai berlepas sambil menikmati kemudahan yang di sediakan di lapangan terbang tersebut.Tepat jam 1425hrs flight QZ7972 pun berlepas ke Kota Bandung.Perjalanan mengambil masa 1jam 30minit dan tiba di Kota Bandung jam 1515.Di sebabkan saiz lapangan terbangnya yang kecil hanya 2kaunter immigration sahaja di buka.Urusan di sana sahaja mengambil masa 1Jam 30minit dan langsung terus bergegas ke Trans Studio Bandung.Jam 530petang kami tiba di sana dan membeli tiket masuk ke dalamnya.Harga RP210,000 = RM70 (harga hari cuti).Jam 8malam keluar dari Trans Studio kemudian makan malam di restaurant berdekatan.
Daftar masuk hotel jam 10malam di Topaz Galeria Hotel
HARI KE-2 : 29April 2012
Bangun dan sarapan pagi jam 6 waktu Indonesia Barat (jam 7 waktu Malaysia)
dan bertolak untuk aktiviti seterusnya ke Gunung Tangkuban Perahu.Perjalanan mengambil masa 1jam 30minit walaupun perjalanan kurang dari 6okm.Sambil melihat keindahan alam ciptaan tuhan sempat juga membeli belah di sana.Memang perjalanan ke sana banyak yang menjanjikan termasuk melihat hotel ala-ala kolenial English dan kawah gunung berapinya sekali.Lagenda Sang Kuriang menceritakan tentang Tangkuban Perahu ini.Jam 1Petang bertolak turun ke Kota Bandung semula untuk membeli-belah pula di Pasar Baru sampai lah tutup kedai jam 5petang.Makan malam di restaurant berdekatan sebelum menuruskan aktiviti membeli belah pula ke Factory Outlet di Jalan Riau.Lewat jam 9malam baru pulang ke hotel semula.
Saat ini hujan turun di kota Bandung membasahi jalan-jalan utama
ANTARA MAKANAN-MAKANAN YANG DI SEDIAKAN DI SEPANJANG PERJALANAN.
HARI KE 3 - 30 APRIL 2012
Sarapan pagi di hotel seawal jam 7pagi dan daftar keluar di hotel.Bertolak ke Kilang Kek & Kueh Lapis Kartika Sari sebentar membeli oleh-oleh untuk di bawa pulang ke Johor Bahru nanti.Selesai urusan di sana meneruskan perjalanan ke Taman Safari @ Bogor.Iaitu Taman Safari terbesar di Indonesia.Perjalanan melewati jalan lama untuk ke Puncak (kawasan pergununan terindah di antara Bogor dan Bandung).Makan tengahari di salah sebuah restauran sambil mengadap ladang teh.Hujan lebat menyambut kehadiran kami sekali lagi.Sambil bergambar berkumpulan kami meneruskan perjalanan ke Taman Safari Bogor yang sangat luas dan mempersonakan.Di sempatkan kesuntukkan masa,selepas sahaja di Taman Safari,bus mula bergegas ke Kotaraya Jakarta untuk membeli belah pula di Cempaka Emas Mall.Makan malam di salah sebuah restaurant di sana juga kemudian meneruskan aktiviti membeli belah buat kali terakhir.Bermalam di Santika Premier Hotel - Hotel 4 bintang dengan penuh bergaya.
HARI KE 4 - 1 MAY 2012
Sarapan pagi di hotel sambil menikmati segala kelengkapan yang ada di hotel.Anak-anak mandi manda di kolam renang dan tak kurang juga bermandi manda di dalam bath tub di bilik hotel.Jam 1030pagi bertolak ke Lapangan Terbang Jakarta tetati berhenti untuk makan tengahari di restaurant berdekatan dengan airport.
Tepat jam 1tengahari kami semua sudah daftar masuk ke dalam lapangan terbang dan menanti kapal terbang untuk berlepas jam 1425petang.Kapal terbang yang di naiki adalah Lion Air.Setibanya di Lapangan terbang Changi,kami di jemput oleh bus untuk membawa pulang ke JB.
- RUMAHKU SYURGAKU -
UCAPAN TERIMA KASIH KEPADA : KAK SITI & FAMILY , ABANG MUS & FAMILY , KAK LINDA & FAMILY , KAK IZA & FAMILY, AIN & SUAMI, ASHLINA & FAMILY
No comments:
Post a Comment