Malam semalam makan kat sini,ada orang mengidam nak makan satey katernya.Tempahan meja untuk 20orang dah pun di buat melalui telepon.Kata tuan kedai tu "meja ini dah ada orang tempah 2hari - 2malam".Janjinya nak jumpa pukul 8malam,tapi janji hanya tinggal janji.Tuan pengerusi pada malam itu,Nik datang lambat sekitar jam 820malam yea.Perut aku pulak yang lapar menunggu mereka ini yang tak kunjung tiba,maklumlah tengahari hanya telan keropok lekor je beli kat Tanjung Piai,mana tak lapar.Jadi bila sampai je pengerusi,aku terus pesan makanan aku iaitu "NASI GORENG SPECIAL" dan "Satey Daging Wak Radol".
Yang kat bawah nie pulak,makanan kegemaran Kak Ros dan Abang Mat iaitu Mee Bandung Muor.Kuahnya pekat,likat,melekat dan sedap.
Kuah satey nie sebagai pencecah dan penyedap rasa satey daging yang lembut & manis ini.Kata orang kalau nak buat satey dagingnya kena lembut & menyerap adunannya,baru sedap.
Sambil makan sambil dengar lagu 60an dan 70an memang mengamit nostalgia dan menjadikan tempat makan ini betul-betul klasik.Cerita mak dan pak dugong bersidai semasa menyelam di Pulau Kapas mengamit suasa makan kami di sana semalam.
Yang lambat sampai kena la pesan lambat sedikit yea.Kami dah lapar jadi kami makan dulu apa yang ada.
Jam 8malam adalah waktu puncak di warong ini.Orang datang tak kunjung putus sampai tak menang tangan tuan kedai.
Kalau nak makan satey apa pun,lebih baik amik satey daging sebab kalau amik satey ayam rempah sateynya kurang terasa sedikit dari daging.
Gelak sakan tuan pengerusi bersama suaminya yea.Maklumlah meja dah tempah,tak perlu beratur panjang atau rebut-rebut kerusi-meja lagi.Sampai-sampai terus pesan makanan.Nak-nak bila habang Chu sampai,terus terkekek-kekek si Azie ketawa macam Hantu Mak Limah...sampai meja depan pandang ke meja kat dalam tu.heheee
Di akhir acara makan,sesi bergambar beramai-ramai pun di adakan.Tak kira nie orang kat meja luar tengok-tengok kitaorang bergambar,janji kitaorang ada bergambar....hehe
DAH SEMUA BALIK UMAH ESOK NAK KEJA & SEKOLAH KAN...
Salam.. saya adalah silent reader blog RA. sy folo blog ni juga, sy suka baca entri2 yg bro RA tulis sbb sy juga minat jjcm dan cuci-cuci mata ..cane nak g ke warung wak radol ni? sy dr gelang patah..teringin nk g warung ni member2 selalu citer
oo kalau nak ke warong wak radol ini senang je.Dari Gelang patah awak ikut highway ke Perling.Kelaur je dari toll perling tu awak terus je guna highway pasir gudang ke Kempas.Gerai dia bersebelahan dengan lebuh raya pasir gudang,sebaik sahaja awak melepasi flat2 taman kenanga tepi highway tu.Gerai dia sebelah kiri ada pasang lampu2 kalimantang kt tepi jalan raya tu sebagai petunjuk.Leh parking kt tepi highway tu.
Assalam saudara RA, kalau nak try sate sedap bole dtg ke gelang patah.. gerai sate warisan.. tutup hari selasa sebab jual di pasar malam gelang patah.. mmg best sate dia dan warung dia pun sempoi..
4 comments:
Salam.. saya adalah silent reader blog RA. sy folo blog ni juga, sy suka baca entri2 yg bro RA tulis sbb sy juga minat jjcm dan cuci-cuci mata ..cane nak g ke warung wak radol ni? sy dr gelang patah..teringin nk g warung ni member2 selalu citer
oo kalau nak ke warong wak radol ini senang je.Dari Gelang patah awak ikut highway ke Perling.Kelaur je dari toll perling tu awak terus je guna highway pasir gudang ke Kempas.Gerai dia bersebelahan dengan lebuh raya pasir gudang,sebaik sahaja awak melepasi flat2 taman kenanga tepi highway tu.Gerai dia sebelah kiri ada pasang lampu2 kalimantang kt tepi jalan raya tu sebagai petunjuk.Leh parking kt tepi highway tu.
Assalam saudara RA,
kalau nak try sate sedap bole dtg ke gelang patah..
gerai sate warisan..
tutup hari selasa sebab jual di pasar malam gelang patah..
mmg best sate dia dan warung dia pun sempoi..
ni map dia
http://goo.gl/maps/OuaTS
sufian..nanti bila semua pelakon2 tambahan RA siap sedia kami semua akan serbu warong tu...yeahh tks bg info
Post a Comment