Dah jejakkan kaki di Kotaraya JB? Owwhhh,sekarang ini Kotaraya dah berwajah baru dengan nama yang baru iaitu "GALLERIA @ KOTARAYA".Lepas Margrib tadi aku berkesempatan menjamu selera di sini.Bertempat di Medan selera ala Kopitiam yang terletak di aras bawah komplek ini,aku bersama teman merasai rojak asma Larkin yang terkenal dulunya di sini.Tapi harapan aku tidak kesempaian sebab kedai yang dahulunya tidak lagi membuka gerainya di medan selera ini.Jadi aku cubalah rojak asma di satu lagi kedai di sini.Ternyata rasanya tidak menepati selera aku.Rasa kuahnya sangat tawar yea.Harganya boleh tahan mahal juga RM12 untuk sepinggan begini.Pada aku kalau rasanya sedap aku tak berkira sangaat dengan harganya,tapi...argghhh sudahlah.Mungkin sewa lot medan selera baru ini lebih mahal dari yang dahulunya,sebab itu harga makanan-makanannya sudah naik.

No comments:
Post a Comment