8 PERKARA - PERKARA YANG PERLU DI PERBAIKI DI LEGOLAND JOHOR :-
1.Dengan
keadaan cuaca yang panas di sini,pihak pengurusan sepatutnya menyediakan
"WATER DISPENSER" dan pengunjung boleh membawa sendiri botol kosong
dari rumah.(seperti yang di buat di Universal Studio Singapura)
2.Tiada
papan tanda "Di larang Merokok" dan kawasan khas untuk perokok merokok di
adakan.Bukan apa, masih ada pengunjung yang tidak bertanggungjawap dengan tanpa segan silu menghisap rokok
semasa menunggu giliran menaiki rides.Lagipun taman tema ini kan di kunjungi oleh ramai kanak-kanak,mesti lah mahukan persekitaran yang bersih dan sihat tanpa asap rokok.
3.Pelakon-pelakon maskot masih malu-malu dan kurang pengalaman dalam memberikan aksi atau pose yang menarik semasa sesi bergambar bersama pengunjung.
4.Menyediakan
lebih banyak tempat berteduh untuk pengunjung dari panas dan
hujan.Memang ada banyak tempat duduk tapi tiada bumbung.Perlu ada lebih
banyak bumbung sebab cuaca di malaysia tidak menentu.
5.Kekurang kipas di sesetengah tempat beratur menunggu rides kalau ada pun tidak terasa anginnya sebab kurang laju.Lebih baik mengunakan kipas yang mempunyai hembusan air.
6.Perlu
mengatasi kekurangan pekerja di restoran-restoran di dalam Legoland
sebab masih ada sesetengah meja makan yang tidak di bersihkan dan di
biarkan tidak di angkat selepas pengunjung makan terutamanya selepas jam 5petang.
7.Menyediakan informasi "masa menunggu" kepada pengunjung yang beratur menunggu giliran menaiki rides.
8.Menyediakan dan menjual barangan cenderahati terutama baju t-shirt,key chain dan pelekat peti sejuk berjenama atau berlogo "Legoland Malaysia" atau "Legoland Johor Bahru"seperti yang di buat pada topi.
Diharap pihak pengurusan mengambil berat perkara-perkara di atas ini yea.
Buat setakat ini saya berpuas hati dengan layanan mesra pelanggan di Legoland Malaysia.Moga ianya berterusan dan menjadi bualan mulut pelancong-pelancong di luar negara.Jika perkara-perkara di atas di amik berat oleh pihak pengurusan,pasti Legoland akan lebih berjaya.
No comments:
Post a Comment