Sedap tak makanan yang terhidang sedia di atas nie? Inilah makanan yang di sajikan kepada mereka yang datang bertandang ke rumah terbuka Abang Yunus di Taman Universiti.
Berikut adalah nama Menu-menu istimewanya :
NASI AYAM UNTUK DIA
SOTONG SAMBAL ALA CIVIL
NUGGET AYAM HONDA CIVIC
SIRAP SEMANIS MADU
TEH SELAT INGGERIS
SAYUR SALAD & TOMATO LAMBAT SEDIKIT
KUIH RAYA JARI TUNJUK
Majlis yang bermula jam 2petang itu menyaksikan aku yang paling awal tiba.Di ikuti Ika,Anwar dan Baby Raranya.Yang lain-lain semua datang lewat,maklumlah "on de way" katernya.Bila makanan terhidang sedia,tetamu yang datang pun tak lepaskan peluang untuk menjamu selera (tak pandang kiri kanan dah).Cukup menyelerakan di tambah dengan keletahan layanan tuan rumah.
Haaa inilah muka tuan rumah berbaju merah (tema merah yea),anak & cucu saudara nya.Gembira menanti dan menyambut kehadiran tetamu pada hari itu (blog kali nie tak leh kutuk lebih-lebih-sebab baru mintak maaf hari raya tu)
Ini pula barisan tetamu yang hadir dan di sambut oleh Putri Snow White berbaju gaun ber reben merah.Siap di temu ramah lagi hehe.
Kalau tak mau makan kat dalam rumah,kat beranda depan umah pun boleh.Ada meja,boleh letak makanan banyak-banyak sikit.(buat macam kedai Habib hehe).Tidak di lupakan siap berkaraoke lagi lagu "untuk dia" kat situ tau!!!.Korang ader?? hehe
Amik gambar bentuk hati jangan lupa pulak.kalau boleh sambungkan jari tu dengan jari orang lain lagi bagus.
Yang ini pulak Kek Aiskrim hasil air tangan Azie yang dah seminggu dalam peti sejuk Abang Yunus.Nama Aiskrim nie,"Kek Aiskrim Aneka Rasa dan Bau" (sebab ada bau ikan sekali tu).Habis licin jugak petang tu.
Hari makin petang dan sebelum fajar senja,aku kena lah mintak diri dulu untuk pulang ke rumah.Tapi sesi terakhir iaitu bergambar di luar rumah tidak akan dilepaskan.
Terima kasihlah tuan rumah di atas kesudian menjemput aku dan teman-teman lain datang ke rumahnya walaupun pada hari terakhir Syawal.Sebenarnya pagi tu aku ada pergi ke Legoland.Saja masuk sekejap sebelum ke rumah tuan rumah ini.Sempat lah jugak main ride "Projek X" kat sana.Tengoklah muka aku dan anak-anak nik nie...seram giler.
No comments:
Post a Comment