Beginilah meriahnya Kota Iskandar di hari pelancaran Karnival Nusajaya yang berlangsung Sabtu dan Ahad lepas.Memang cukup gamat dan boleh tahan panas jugak.Ramai yang meletak kenderaan di bahu jalan membuatkan laluan masuk ke Kota Iskandar ini menjadi sempit,padahal terdapat banyak tempat meletak kereta di dalam kawasan Kota Iskandar ini.
Mula-mula sekali mestilah nak masuk ke khemah "Hello Kitty Town".Walaupun di dalam khemah ini mempunyai penghawa dingin,ianya tidak dapat menampung kesejukkan sebab kehadiran orang ramai ketika itu sangatlah ramai.
Ada pelbagai permaianan dan acara di sini.Antaranya bergambar dengan watak-watak karton seperti "PinGu",Thomas & Friends", "Hello Kitty","Barney", "Bob The Builder" dan banyak lagi.
Meriah lah jugak walaupun panas,sampai ada yang sanggup berdiri di belakang penghawa dingin untuk menghilangkan peluh dan bau badan hehe.Taman Tema tertutup akan di buka pada penghujung bulan October nanti.Mesti seronok bila dapat jumpa dengan karektor-karektor karton ini nanti.Tapi dalam sibuk-sibuk kita nak bergambar ada orang tu sibuk jugak main permaianan lontar bola dalam lubang.Nasib baik lah baju t-shirt dah habis,kalau ada lagi mestilah dia berlagak tunjuk kat kamera yang dia menang baju tu.Untuk amik berkat dapat lah cop mohor kat tapak tangan tanda dah berjaya masukkan bola kat dalam lobang tu.Jadiklah kan.....
Bergaya sakan bergambar dengan karektor-karektor untuk taman tema tertutup yang akan di buka nanti.Pasti menyeronokkan dan menjanjikan.Jadi jangan melepaskan peluang ini bila ia di buka nanti.Dengar-dengar cerita harga untuk masuk ke tempat yang akan di buka ini nanti ialah RM60 bagi setiap satu taman tema.
Keluar dari khemah ini aku ke khemah yang lebih besar sedikit iaitu ke Khemah Ekplorasi Nusajaya.Wah seronok sungguh orang yang pakai cermin mata hitam ini yea.Siap bersiul-siul kegembiraan.
Ok,kat sini aku di dedahkan tentang pembangunan Nusajaya dan kawasan di sekitarnya.Di sini lebih kepada memberi informasi dari bagaimana Johor di buka sehinggalah terbinanya Nusajaya dan kawasan pembangunan Iskandar Malaysia.Kat dalam ini sejuk sikit,sebab penghawa dinginnya cukup kuat bagi menampung orang ramai yang masuk ke dalamnya.

No comments:
Post a Comment