Sunday, September 23, 2012

Di penghujung Benua Asia

SELAMAT DATANG KE TANJUNG PIAI

PENGHUJUNG BENUA ASIA

 Salah satu tempat yang wajab di lawati ketika bertandang ke Johor adalah ke Tanjung Piai,Pontian.Terletak lebih kurang 80km dari Bandaraya Johor Bahru,di sini ada satu lagi khazanah negara yang tidak ramai yang tahu.Kalau di Afrika Selatan mereka berbangga dengan CAPE HOPE atau lebih di kenali sebagai TANJUNG HARAPAN iaitu penghujung Benua Afrika.Di Tanjung Piai ini tidak kurang hebatnya kerana di sinilah terletaknya Penghujung bagi Benua Asia.


Kawasan paya ini telah pun di rizabkan sebagai salah satu Taman Negara bagi Negara Johor.Perjalanan dari Johor Bahru ke Tanjung Piai hanya mengambil masa 1jam 30minit,tanpa melalui laluan yang sukar.Di sini anda boleh letak kenderaan di tempat yang di sediakan percuma kemudian masuk ke taman ini dengan membayar cukai Taman Negara sebanyak RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak.Tapi bagi pelancong luar harganya RM10 untuk dewasa/RM5 untuk kanak-kanak

Memang berbaloi masuk ke sini,sebab dengan kawasan yang seluas lebih 5 ratus hektar ini anda boleh meneroka dan menikmati suasana hutan paya bakar di dalamnya.Di sini di sediakan laluan pejalan kaki untuk memudahkan pengunjung melihat sendiri bagaimana kepentingan pokok kayu bakau dalam ekosistem manusia di samping berjalan ke penghujung hutan paya bakau ini.

 

Pokok kayu bakau penting bagi mengelakkan hakisan dan menjadi tempat untuk menyekat sampah dari sampai ke daratan.Kehidupan paya yang paling popular di sini adalah Siput Berongan.Ini kalau jual kat restoran makanan laut Cina mesti dapat banyak duit.heeehee

 

Ok dah sampai pun di penghujung Benua Asia.Dari sini kita akan dapat melihat pertembungan antara dua selat,iaitu Selat Johor dan Selat Melaka.

 Untuk pengetahuan semua,semasa lawatan aku ke sini baru-baru ini,aku dapat lihat hakisan laut begitu membimbangkan.Banyak juga pokok Bakau yang terkahis di sini.Tanpa pemuliharaan yang cepat akan di kuatiri Tanjung Piai ini akan terhakis cepat.

  Bahagian ini adalah laluan untuk tengah laut yang mengadap Pulau Karimon Indonesia.Kawasan ini di jadikan tempat untuk meninjau penghijranan burung di samping di gunakan untuk memancing ikan.

 

 Terletak 2km dari Taman Negara ini,terdapat Resort yang menyediakan penginapan terapung dan restoran makanan laut yang di panggil "TANJUNG PIAI RESORT".Kebanyakkan bilik telah pun di naik taraf untuk memberi keselesaan kepada pengunjung.Ada juga di sediakan dorm untuk pelajar-pelajar sekolah menginap bagi guru-guru yang berminat melakukan aktiviti luar sekolah


 Waktu malam kat sini memang bagus sebab angin di sini bertiap sangat kencang dan sesuai untuk aktiviti kelaurga , BBQ atau memancing.

2 comments:

Pauline Gaspersz said...

Saya seorang Indonesia yang berniat melakukan perjalanan sebagai backpacker. Bolehkah saya dibagi informasi, apakah ada angkutan reguler dari Terminal Pontian ke Tanjung Piai ini? Apakah aman bila seorang perempuan melakukan perjalanan sendirian ke Tanjung Piai?

Terima kasih.. :)

RioAzzaro said...

Hi Pauline,
Dari Terminal Pontian maksud kamu terminal Bus atau terminal ferry?
Dari terminal ferry pontian amat dekat sahaja untuk ke sana.sekitar 5km.Tapi dari terminal Bus sekitar 20km.Anda boleh menaiki teksi dari mana-mana terminal untuk ke sana.Tanjung Piai adalah tempat libur bagi yang inginkan kehijauan paya bakau dan ianya selamat walaupun kami pergi bersendirian sebab ada officer yang bertugas menjaga di sekitar kawasan itu.Cuma pastikan makanan di simpan di dalam bag kerna banyak monyet-monyet liar yg lapar

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....