Thursday, September 27, 2012

Ulang Tahun Habang Chu

 Haaa tengoklah tu kek Hari Jadi sapa? Siapa lagi kalau bukan Abang Chu kita yang suka buat "peace-peace" tu.Malam semalam jam 830malam majlis meraikan hari ulang tahun dia telah di adakan oleh aku dan kawan-kawan.Kitaorang pakat ramai-ramai ajak lepak makan kat "Chemek Kopitiam" jer yang kat Jalan Padi Emas Bandar Baru Uda (belakang Myden Mart & sebelah kedai Avon).Kehadiran paling tercorot pada malam itu ialah Olie dan Azie yea dan tahniah buat Kak Rovita dan Kak Ros yang datang tepat pada masanya.Tengoklah mulut "Birthday Boy" kita malam tu,tersenyum lebar.


Mee Goreng Basah Special menjadi piilihan aku malam semalam di samping tambahan "Murtabak Pekan" yang terkenal di Pahang.Tapi tak tahulah murtabak yang ini sama macam kat Pekan,Pahang tu,sebab yang kat Pekan Pahang tu pun aku tak pernah makan lagi.

 Boleh tahan sedap jugaklah Murtabak ini.Intinya tebal dan ada jeruk bawang warna merah lagi di sertakan bersama kari dalca.

 

Bagi kaum-kaum ibu dan di tinggalkan di Johor Bahru kerana suaminya menjalankan tugas demi negara (katernya) hanya mampu makan bubur Nasi berulamkan sayur kangkong masak belacan,Ikan Bilis Goreng,telur asin dan Ikan masin sahaja.Maklumlah segala apa yang makan terasa tawar je bila suami tak ada di sisi.Tersipu-sipu Kak Ros tersengeh dan kak Rovita pula mengesat air mata yea?? (anak kat sebelah tu dah pengsan dah) Kesiannn.....

Kesian si Emely sampai terlentok-lentok mengantuk ke letihan.


Takpelah memandangkan Hari Ulang tahun kelahiran dia,kita kuarkan lah banyak sikit gambar dia kat dalam blog ini.Kang nanti cakap tak aci pulak kan.(lawan tokeh blog yea)

 Inilah suasana di Kopitam ini dan sekitarnya.Cukup sibuk dengan orang dan kenderaan yang keluar masuk.Gerai yang kat dalam gambar ini gerai yang menjual Murtabak Pekan tu lah.

 Anak-anak pulak amik bahagian dalam gosip-gosip dunia artis muda-mudi dengan menempah satu meja untuk diaorang sahaja.


 Jam 1015malam dah nak kena gerak pulang.Maklumlah esok ada yang nak ke sekolah dan kerja.

 Tapi sesi terakhir sebelum pulang mestilah nak kena ada.Sesi bergambar macam nak rak bersama-sama lah,apa lagi.Kalau takde nanti tak sah pulak katernya.Tak pasal-pasal nanti dia cakap "Tak Aci".(Aci-aci bukak pintu yang masa satu pun aku tak tahu lah).Comel Keknya macam orangnya jugak...hehe


No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....