Tengah aku duduk-duduk kat rumah tetiba dapat sms dari Nik,mengajak aku ke Taman Tema terbaru di Asia iaitu "Legoland" ada tiket percuma katanya.Suami Nik iaitu Fuad berkerja di IRDA jadi dia ada lebihan 2tiket percuma untuk acara tertutup tersebut atas jemputan khas sahaja.
Untuk pengetahuan semua,taman tema ini akan di buka secara rasminya pada 15September dan aku adalah di kalangan orang yang bertuah mendapat jemputan khas sebelum merasmian tersebut.
Tepat jam 830pagi aku , abang Yunus dan Nik keluarga bersarapan pagi dahulu di Habib Nusa Bistari.Dari sana kami bertolak menaiki kereta abang Yunus terus ke taman tema ini.
Taman tema ini adalah yang pertama di Asia dan ianya taman tema berstatus "ANTARABANGSA - INTERNATIONAL" .Tarafnya setanding dengan Universal Studio Singapura,Japan & Disneyland Hongkong,USA dan Japan jadi sudah pasti harga tiket masuknya lebih mahal dari taman-taman tema yang lain di Malaysia.
Inilah tiket di atas jemputan khas semalam.Ada 7tiket kesemuanya.Teruja sangat bila berada di luar pintu masuk Legoland.Maklumlah yang pertama di Malaysia dan yang bertuahnya di Johor.
Masuk sahaja,ada papan tanda di setiap simpang dan jalan,terdapat juga risalah peta yang di berikan percuma di pintu masuk utama.
Masuk sahaja kami dah teruja dengan binaan-binaan bangunan Lego yang telah mereka bina di sini.Di bawah ini adalah bangunan-bangunan Lego yang di bina mengikut bentuk bangunan di Johor Bahru,KL dan negara-negara Asia.Cantik kan.....? teruja ? ada banyak lagi yang akan saya tunjukkan di bawah nanti.Tapi sebelum nak jalan dan lihat lebih jauh,saya nasihatkan anda semua bawaklah payung atau pakailah topi.Bukan apa,cuaca di sini sangatlah panas,atau boleh di katakan teramat panas.

Ini adalah kawasan "LEGO KINGDOM" terdapat roller coaster terbesar di sini,tapi pada hari itu tidak dibuka lagi sebab masih dalam ujian.Tetapi tak perlu risau sebab ada roller coaster yang sedikit kecil di buka untuk permainan tersebut.Terdapat juga kota dan istana di bina ala zaman dahulu.

2 comments:
alamak fuad ni jiran aku. kalo tak bole mintak tiket free heheheh
wakaka...kitaorang dah dpt dulu bro...heee
Post a Comment