Saturday, September 1, 2012

BerHari Raya di Merdeka Raya

 Masih lagi dalam mood beraya.Tanggal 31Ogos2012 adalah tarikh ulang tahun hari merdeka bagi Malaysia dan pada hari itu jugak lah aku ada 6jemputan rumah terbuka.Bermula jam 2petang selepas sembahyang Jumaat,aku bergegas dengan ayah aku ke Taman Kota Masai rumah kakak no2 aku.Sebab pikirkan ada banyak rumah lagi nak kena buat lawatan jadi kat rumah dia cuma makan sepinggan mee soto sahaja.Dari sana terus ke rumah anak saudara aku di Taman Scientec dan Taman Dahlia Pasir Gudang.Melengkapkan lawatan petang itu aku ke rumah rakan satu pejabat di Taman Pelangi Indah kemudianya memecut laju kereta ke Taman Nusa Idaman pula rumah Kak Ros dan Abang Mad.

Dah macam buat majlis kawin sambut menantu pulak depan rumah Kak Ros dan Abang Mad.Maklumlah jemputan ramai,kawan-kawan sekolah lagi,kawan-kawan motor besar dan kawan-kawan mengeteh semua nak datang.Tapi heran pulak di hari tersebut yang janjinya nak datang jam 5petang hanya Nik dan Fuad sekeluarga sahaja yang datang tepat pada masanya.Aku datang jam 545petang,Abang Nus "On de way" dan keluarga pulak sampai 6petang,Olie dan keluarga sampai jam 615petang,Geena,Eka dan keluarga sampai jam 630petang.Abang Mork pulak jam 640petang dan Mai sampai jam 715malam.

Hanya satu keluarga yang tidak di beritahu masa perjumpaan sudah di tukar iaitu keluarga Kak Rovita.Dengar-dengar dia tiba jam 730malam.Mujur ada Mai dan Nik keluarga yang menunggu dan menjadi peneman untuk dia sekeluarga.Aku pulak terpaksa pulang selepas Margrib sebab ada jemputan lain di rumah sepupu di Kulai

Gambar ini adalah hasil ikhsan kamera Nik dan Azie,sebab bateri kamera tak di cas atas sebab terlupa.Terima Kasih atas jemputan anda.


Hari ini pulak 1September (masih dalam mood Merdeka Raya) aku mendapat jemputan rumah terbuka di rumah Geena,Untie Enon Evon (sedap nama orang putih di facebooknya) dan Eka+Anuar.Pada masa yang sama petang itu sepupu aku nak datang beraya di rumah.Kalau ikutkan nasihat orang lain nak di suruhnya kita tinggalkan sedara kita tu.(tapi kalau saudara dia,kena tunggu diaorang semua bangun dan mandi dulu).Setelah selesai sahaja urusan di rumah aku,aku bergegas gerak ke rumah Geena.Lambat sampai lagi,jam 630petang baru sampai.Haaaa,tengoklah makanan yang di sajikan oleh adik aku sorang ini.Masak sendiri lak tu.Sambal tumis ikan bilis tu paling sedap.

Terasa keenakkan belacan dan ikan bilis yang menjadi pembuka selera bagi mereka yang lapar.Aku kalau ada sambal tumis tambah 3kali pun sanggup.Nasib baik bukan aku sahaja yang tiba lewat,sebab Abang Mad tiba 15minit sejurus selepas itu.

 Yang ini pulak aku tak ingat sebutannya...tapi ada LOFA-LOFA lah bunyinya.DeaLova kot.Sedap rasanya,terasa kemanisan air gula,telur,biskut dan campuran buah-buahan di atasnya.Cukup kreatif dan inovasi betul adik Geena aku sorang ini,beruntung bakal suami dia nanti.

Dah kenyang makan mula lah sesi gosip-gosip artis di mulakan.tengok ajer orang yang berbaju hijau itu,cukup seronok sungguh dia.Di tambah pulak dengan cerita-cerita dan resepi rahsia cara memasak dari Untie Enon,makin rancaklah kami semua berbual.


 Sesi bergambar dengan tuan rumah memang tidak akan di lepaskan.Bukan selalu dapat bergambar bersama-sama macam ini.Anak-anak pulak sibuk main mainan tarian patung hip hop di bawah ini.tergedik-gediklah pantung binatang ini menari,tak penat gamaknya (mungkin guna bateri Durecell kot)

 Tak mahu lepaskan peluang bergambar kenang-kenangkan bersama "Mam Besar" rumah ini iaitu Untie Enon Evon.Terima Kasih atas jemputan.



No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....