Selamat pagi semua..awal RA bangun hari nie sebab nak membuat lawatan ke Istana Buda yang terletak di seberang sungai Danube.Macam yang RA beritahu semalam, Bandar Budapest ini terbagai kepada dua bahagia iaitu Buda dan Pest.Kawasan Buda inilah terletaknya banyak bangunan-bangunan lama yang bersejarah dan antaranya Istana Buda yang terletak di atas bukit.Jadi pagi ini kami kan keseberang untuk melihat sendiri keunikkan istana yang dikata-katakan
Mulanya kami ke stasen tram di tepi sungai Danube.Nak rasalah pengalaman naik tram yang popular di Budapest.Tetapi di sebabkan ianya tidak sesuai kami yang ada membawa stroller kanak-kanak jadi kami mengambil keputusan untuk menaiki bas sahaja di stasen berhampiran.
Dek kerana angin sungai Danube yang bertiup kencang , suhu 6'c di Budapest kami rasakan seperti 1'c pulak.Angin sungai dia yang memang satu macam sejuk,buat perut kami yang dah bersarapan awal pagi tadi naik lapar pulak.hehe.Sempat kami singgah di salah satu kedai kebab milik seorang penduduk tempatan berbangsa Pakistan (kalau tak silap) untuk berehat makan.
Stesen bas kami kat depan restoran je.Tapi kami kena menyeberang ke sebelah jadi sementara menunggu bas tiba sempat lah merakam 2-3keping gambar di sini.
Cantik-cantik bangunan kat sini.Hadapan tu gereja sementara di kiri dan kanan pulak hotel dan butik-butik berjenama.
10minit kemudian bas kami tunggu pun tiba.Stesen yang hendak kami tuju cuma di 2 hentian sahaja.
Kami berjalan kaki sekitar 5minit menuju ke Istana Buda dan inilah suasana di perkarangan menuju ke Istana.Nyaman je dengan sesekali angin sungai menyapa pipi RA haha.Rasa macam ada peti sejuk je kat depan muka RA haha.
Kat sini ada taman-taman kecil dan laluan pejalan kakinya sangat santai.Sambil jalan boleh tengok pemandangan Sungai Danube.
Saranan RA kalau pergi ke sini masa musim sejuk sila bawa baju tebal sebab semakin kita naik ke atas bukit semakin galak angin dari tepi sungai ini menyapa kita.hahaha.
Untuk naik ke atas istana mereka ada menyediakan tanga bergerak dan lift.RA masa nie menunggu yang lain-lain naik ke atas sebab liftnya tak muat kalau ramai.
Nampak tak En Sori tengah kesejukkan.Walaupun ada matahari tapi bila di tiup angin sejuknya boleh mencengkam.
Ok ini pemandangan yang RA ambil bahagian kanan atas Istana.Boleh nampak jambatan besi dengan lebih jelas dari sini.Angin jangan cakaplah memang kencang kat atas nie.
Sebelah sana tu Bukit Budapest dan juga jambatan besi ke dua.
Alamak ada seorang pelakon wanita slot Akasia dan klon Hail Husaini lah kat sini.Hehehe.
Bukan senang nak jumpa artis Malaysia kat Budapest nie.Jadi kita rakamkan gambar-gambar mereka di sini yea...hahaha.Sebenarnya masing-masing tengah menahan kesejukkan kat atas bukit,sejuk giler beb.
Sedikit info tentang Istana ini , ia mula di bangunkan pada sekitar tahun 1265 dan keseluruhan komplek Istana ini siap pada 1769.Di nobatkan sebagai salah satu Tapak Warisan Unesco, istana yang dahulunya kediaman Raja Hungary tetapi sekarang di jadikan Galeri Negara dan Muzium Sejarah Hungary.Kalau korang nak tahu filem yang baru kuar Gemini Men lakonan Will Smith berlakon kat sini lah.
Ini pemandangan dari perkarangan hadapan pintu masuk Galeri National.
Dua gambar yang RA ambil ini satu di luar kubu istana dan satu lagi di perkarangan hadapan Istana.
Kami sempat minum air coklat panas untuk melegakan kesejukkan kami.Walaupun nampak macam panas dan redup je kat sini tapi kami sebenarnya kesejukkan dek lokasi atas bukit nie memang angin bertiup kencang sampaikan Puan Suri terpaksa menyarung plastik penghadang sejuk kat stroller Uman.
Lama jugalah kami bergambar dan menikmati keindahan dari atas Istana nie.Kita boleh nampak keseluruhan bandar Buda dan Pest dengan lebih jelas.Mulanya kami nak lama pusing-pusing kat sini tapi memandangkan ramai yang tak tahan sejuk kami bergerak turun ke stesen bas asal.
Jam dah pukul 2petang masa kami tiba di bawah perkarangan istana.Sempat merakam pemandangan indah kat sini,Alhamdulillah suhu semakin panas bila tiba di bawah.
Dah puas jalan kalau nak membeli belah macam tak lengkap pulak kan.Jadi sebelum pulang ke Apartment kami singgah membeli barangan cenderahati yang banyak terdapat semasa kami berjalan pulang.Nampaknya raya tahun depan alas meja makan Puan Suri berwajah baru la yea.
1000HUF sekitar RM14 yea.Cantik pulak kalau tak beli kan kan.
Setelah berehat hampir 2jam di apartmen , malam kami keluar untuk makan malam.Restoran yang kami tuju ialah di Restoran Arab Al Amir.
Antara menu yang RA pilih.Cukup makan kebab dengan roti pita sahaja.
Mulanya kami ingat nak sambung jalan membeli belah lepas makan.Tapi dek suhu semakin sejuk malam ini , yang lain-lain mengambil keputusan untuk pulang ke apartmen sementara RA mengajak Adi menemani RA ke Central Market.
Nasib kami kurang baik sebab Central Market dah tutup dan tidak buka pada waktu malam.Jadi sempat ambil gambar di luar sahaja.
Memandangkan ini adalah malam terakhir RA di Budapest , RA merakamkan gambar kenangan di hadapan salah satu Jambatan Gantung Besi Budapest yang terkenal ini.
Perghh amik gambar di waktu malam memang berbeza dengan waktu siang sebab suhu sejuk dia lain machiam.
Jadi gambar kenangan ini RA rakamkan di malam terakhir kami.Esok pagi kami akan meneruskan perjalanan ke destinasi yang lain pulak.Nak tahu ke mana RA akan pergi jangan lupa membaca di keluaran seterusnya.
No comments:
Post a Comment