Pagi ini kami bersarapan di apartmen saja , masak apa yang kami bawa dari Malaysia.Kemudian berkemas bag untuk ke dastinasi seterusnya iaitu ke Budapest,Hungary.Ada kenderaan dari Budapest yang akan datang menjemput kami jam 8pagi nanti.Tepat jam 8pagi pemandu van kami dah siap menanti di luar pintu apartmen.Memulakan perjalanan pagi yang sangat sejuk dan di sepanjang lebuhraya Zagreb di selubungi dengan kabus.
Bila keluar dari sempadan antara Croatia dengan Budapest kabus pun mulai hilang.Perjalanan ke Budapest mengambil masa 3jam setengah dan pemandu kami bertolak awal-awal pagi lagi dari Budapest untuk menjemput kami di Zagreb.Ada pemeriksaan passport di sempadan Croatia dan pihak polis mengambil masa 20minit untuk periksa passport kami satu persatu (tidak pulak lama masa kami nak masuk ke Croatia dua hari lepas).Kawasan R&R mereka di lebuhraya tak seperti di Malaysia.Kafe-kafe dan kedai makan hanya terdapat di stasen minyak sahaja.Kami minta pemandu kami berhenti di salah sebuah stesen minyak untuk kami beli minuman dan roti untuk mengalas perut.
Cantik juga pemandangan pekan-pekan kecil di sepanjang lebuhraya Croatia & Hungary nie.Akhirnya jam 12tengahari kami selamat tiba di Budapest.Bandar Budapest ini terbahagi kepada dua.Satu Buda (barat) - Bandar lama dan Pest (timur) - Bandar Baru dan terpisah dengan Sungai Danube.
Tram ini adalah antara tram lama yang tercantik di dunia yang masih digunakan di Budapest.Depan tu adalah jambatan besi yang terkenal di Budapest.
Jam 1130pagi RA dapat pesanan Whatapps dari pemilik apartmen tempat kami bermalam mengatakan rumah sedia untuk di masuki.Alhamdulillah setelah mendapat no pin rumah , kami terus dah boleh masuk.Haa inilah apartmen 2tingkat kami.Ada satu bilik di atas + 1loteng juga di atas dan ruang utama di tingkat bawah.Cuma tandas hanya satu dan tidak boleh di kunci dari dalam.Jadi kalau nampak pintu tandas di tutup maksudnya ada orang di dalam lah.
Memandangkan kami tiba awal di Budapest.Setelah berehat kira-kira sejam setengah kami keluar mencari kedai makan.Sambil-sambil tu singgah-singgah la kedai cenderahati mana tau ada yang berkenan.Lokasi apatmen kami memang terletak di tengah-tengah bandar.RA saja tempah yang berdekatan sebab kami melancong dengan anak-anak kecil jadi senang nak bergerak ke mana-mana.
Mulanya kami mau makan di kedai Syria tetapi di sebabkan penuh kami beralih arah ke kedai Lubenon pulak.Masakkan dia pun sedap-sedap juga.
Ada kebab dan juga ayam panggang.Nasi Mahlubah pun ado.
Nama restoran Mozata.Tak jauh daripada Hard Rock Cafe Budapest.
Lepas makan kami menyusuri lorong ini ke jalan utama.Laluan utama depan tu kalau kat KL macam Bintang Walk lah.
Sepanjang laluan nie memang sibuk dengan pelancong dan penduduk Budapest yang mahu membeli belah sempena krismas atau cenderahati.Kafe-kafe dan bar juga banyak terdapat di sini.95% restoran mereka ada menu daging vavi.Jadi kena hati-hati.
Sampai pun kat Hard Rock Cafe Budapest.Apa lagi bergambar dan masuk lah cari baju T.Dapat lah RA sambar sehelai baju dan 1 aksesori kat dalam tu.
Depan Hard Rock Cafe nie ada banyak bazar-bazar krismas yang beroperasi sampai ke malam.Adalah macam-macam barangan yang boleh di bawa balik ke Malaysia nanti.Kedai-kedai kat Budapest ni ada yang menerima duit Euro dan ada yang tidak.Mereka ada matawang sendiri iaitu Forint.RM1= 70 forint (alamat kena hafal sifir 7lah gamaknya).
Nak jugalah bergambar kat sini.
Sama macam Croatia.Jam 430petang hari dah mula gelap kat sini.Kami sempat ke gerai menjual coklat.Comel dan cantik-cantik coklatnya.Harga mahal juga..dalam RM7 sebijik.Kalau amik siap dengan kotak hadiah RM65 = 5000 Forint.
Selesai di situ kami ke tepi sungai Danube nak tengok pemadangan malam Bandar Buda dari sini.Kat sini boleh lah nampak Istana Raja Hungary yang terletak di atas bukit Buda.
Sebelah belakang kami tu laluan Tram.Jadi semua mulalah bergambar lagi di sini.
Termasuklah RA.
Dah puas bergambar kami ke stasen bot untuk menaiki "River Cruise" di Sungai Danube.
Ada banyak bot di sini yang memberikan perkhidmatan menyusuri sungai Danube dan bot kami terletak di "Deck10".Perrghh suhu malam dengan angin kuat kat atas bot memang membuat kami semua kesejukkan.En Sori dan anak-anak kecik duduk dalam bot je sebab kat luar sejuk sangat.
Gambar atas tu Bangunan Parlimen Budapest.Sebelah bawah pulak kawasan Istana Raja Hungary
Bot melalui bawah jambatan besi dan jambatan gantung yang menghubungkan Buda & Pest.
Sempatlah bergambar berlatar belakangkan dua ikon bandar Budapest. Amik gambar dari tepi bot...
Kalau kat depan-depan mau kesejukkan RA.Pakai pun takat pakai 2helai baju sejuk jek.
Haa mereka nie pun nak bergambar juga.
Kami berani bergambar di hadapan bot setelah mereka membuat pusingan bot ke belakang pula.Yelah masa bergerak kehadapan kami menentang arus angin,jadi agak sejuk sangat.
Bila bot berpatah balik kami membelakangkan arah angin jadi kurang lah sejuknya.
Bot mengambil masa 2jam setengah untuk kembali menurunkan kami semula ke daratan.Ahmad dah kesejukkan nie...Jadi cukuplah untuk lawatan hari ini.
Jam 730malam kami pulang ke apartmen dan berisitirehat.Sebelum pulang kami sempat bergambar di hadapan jambatan jantung Budapest.Jumpa esok untuk cerita lawatan di tempat yang lain.
No comments:
Post a Comment