Ini kali ke2 RA ke Venice.Terakhir 2tahun lepas dan pagi ini setelah berkongsi cerita malam tadi aplikasi "whatapps" , kami mengambil keputusan untuk menjelajah Venice dengan menaiki bot.Jam 8pagi barulah cerah kat sini dan kat luar hotel dah sibuk dengan orang Itali yang lalu lalang untuk ke tempat kerja.Nampak tak meja-meja kecik yang diaorang letak kat atas jalan tu? haa nampak macam meja tapi tu lah sebenarnya laluan yang mereka buat bagi mengelakkan terkena air banjir.Bulan November dan Disember adalah musim air pasang besar.Kawasan-kawasan rendah di Pulau Venice ini akan di naiki air.
Memandangkan kami ada membawa anak-anak kecik yang mengunakan kereta sorong jadi cara terbaik mengelilingi Pulau Venice ini dengan mengunakan perkhidmatan bot.
Setelah membeli tiket di kaunter kami menunggu ketibaan bot kami.
Beginilah suasana Pulau Venice yang sibuk di waktu pagi.Bot-bot kecil mula keluar masuk membawa barangan dagangan dari tanah besar ke sini.
Sambil tu sempat lah bergambar - gambar ala model di pagi yang bolong kat sini.
Hasil tangkapan foto pagi ini hanya mengunakan kamera bimbit Samsung RA sahaja...
RA pun nak juga.hahaha.
Suhu pagi di sini sekitar 11'c sahaja.Tidak berapa sejuk cuma sesekali bila angin bertiup tu terasa jugak lah gigilnya nak-nak bila dah mula naik bot.Kami duduk di bahagian belakang sebab nak nampak pemandangan yang lebih jelas.
Di setiap laluan kami ada stesen-stesen untuk penumpang turun.Paling ramai turun ialah di stesen Rialto yang mana terdapatnya Hard Rock Cafe dan jambatan tercantik serta romantik di Pulau Venice.Oh yea baru-baru ini pengambaran filem Spiderman - Far from Home pun berlakon di situ.
Antara beberapa keping gambar yang dapat RA rakamkan buat tatapan.
Tu lah bagusnya duduk kat belakang bot ini.Walaupun kesejukkan kami gagahi juga sebab nak nampak pemandangan kota Venice melalui jalan laut.
Dulu RA jalan pusing satu pulau nie jalan kaki je.Jadi pemandangan dari laut menaiki bot ini adalah yang pertama.Destinasi yang hendak RA tuju ialah di stesen San Marks dan Istana Doge's di mana kat sini lah pusat utama juga mercu tanda Pulau Venice.
Perjalanan bot tidak membosankan sebab di jamukan dengan pemandangan bangunan-bangunan lama yang indah di sini.
Boleh nampak kat gambar nie ada sesetengah kawasan yang redah mulai di masuki air.
Memandangkan Pulau Venice adalah sebuah pulau terapung dan bukan di bina di atas tanah,kadar untuk menerima banjir tu agak tinggi yea.Nak-nak pulak pulau ini sudah beratus tahun umurnya.
Di tambah dengan perubahan iklim dunia sekarang ada kemungkinan satu hari nanti pulau ini akan tenggelam sepenuhnya.
Semakin Bot kami ketengah pulau,semakin cantik bangunan-bangunan yang kami lihat dan semakin meninggi pula air laut naik serta memasuki beberapa bahagian hadapan dan belakang bangunan terutama yang rendah.
Kami semakin menghampiri Stesen San Marks dari sini.Lagi 1 perhentian lagi sampailah.
Akhirnya kami tiba di stesen San Marks Piazza jam 930pagi.Sempat juga kami membeli belah barangan cenderahati di hadapan stesen untuk di bawa pulang ke Malaysia.
Topeng nie je kalau tak silap RA mereka jual dengan harga 15euro yea.Adoyai mahal betul.
Kami tak dapat meneruskan perjalanan ke dataran San Marco di sebabkan air pasang mulai naik.Paling terjejas di tepi Istana Doge dan dataran San Marco.En Sori dan anaknya hanya sempat membeli kopi di salah sebuah restoran berhampiran.Sebelum kami mengambil keputusan untuk jeti semula untuk mengambil bot pulang ke hotel.
Kami selamat tiba di stesen bot berhampiran hotel kami.Rupanya air juga mulai naik di sini.Jadi memandangkan jam dah pukul 11pagi dan kami akan meneruskan perjalanan selepas ini ke Zagreb.Saya minta Puan Suri dan anak-anak kecilnya menunggu saja kami di stesen keretapi yang tidak jauh dari tempat bot kami turun tadi.Sementara RA, En Sori dan dua lagi anak lelakinya Adam & Adi mengikut kami ke hotel untuk daftar keluar dan mengambil bagasi.
Ok gambar-gambar kat atas ini adalah keadaannya banjir di dalam dan hadapan hotel kami hehehe.Takdelah tinggi mana airnya tapi dengan keadaan suhu sejuk kalau harung tanpa boot kasut kalis air boleh kejang kaki nanti.Peniaga-peniaga tepi jalan pandai betul mereka amik keuntungan dengan menjual boot kalis air dengan harga 7euro sepasang.
Setelah mengambil bag kami meneruskan perjalan dari stesen keretapi di Pulau Venice ke stesen di tanah besar iaitu stesen Mestre.Tak jauh 5minitt je dah sampai.Kat luar stesen inilah kenderaan van yang RA tempah datang mengambil kami untuk di bawa ke Zagreb,Croatia.
Tepat jam 1petang van kami sampai dan kami meneruskan perjalanan selama 3jam 40minit ke Zagreb.Jam 5 Petang kami tiba di Zagreb dan memasuki apartmen yang telah di tempah.Inilah dia apatment kami.Cantik tak? hehe
Bukak je luar tingkap dah nampak tram lalu lalang.Apartmen ini ada 2bilik + 1 ruang tamu besar + 2bilik air + 2dapur + 9katil dan 1 sofa.Memang berbaloi dengan harganya.Oklah malam ini kami nak beristirehat sebab dah penat dalam perjalanan ke Zagreb tadi.Nanti RA cerita lagi untuk lawatan esok.
No comments:
Post a Comment