Selamat pagi dari Zagreb.Pagi nie kami dah bersiap-siap nak memulakan lawatan di sekitar bandar Zagreb.RA suka lokasi apartmen RA sebab sebelah ada kedai runcit dan farmasi.Manakala di depan pulak ada pengangkutan tram.Kami memilih untuk berjalan kaki sahaja kerana jarak apartmen kami dengan lokasi yang hendak di tuju cuma bersekitar 1km.Dapatlah kami melihat bandar Zagreb ini dengan lebih dekat.
Di fahamkan penduduk Croatia cuma berjumlah 4.7juta sahaja dan cuma 2 peratus sahaja yang beragama Islam.Croatia adalah negara termuda yang memasuki Kesatuan Eropah (EU) dan mereka masih lagi mengunakan matawang KUNA.Memang susah nak dapat matawang mereka nie kat Malaysia.Cara yang RA buat , bawa matawang Euro dan tukar di "Money Changer" di sekitar bandar Zagreb.RM1 = 1.65 Kuna (kalau nak senang ingat kali dengan 1.50) kita untung 65sen je.
Kat Zagreb ini banyak taman-taman yang mempunyai air pancut.Dan tempat pertama yang kami lawati ialah di taman yang merupakan air pancut pertama di bina di Zagreb.
Di kalangan pelancong tempat ini di panggil "THE FIRST ZAGREB FOUNTAIN".Memandangkan krismas dah nak dekat , banyak pondok-pondok bazar di letakkan di dalam taman ini.Mereka berniaga dari tengahari sampai ke malam.
Kami meneruskan perjalanan ke Dataran Mandusevec.Kat sini selalunya orang-orang Zagreb buat temujanji untuk berjumpa hehehe.Memandangkan kami tiba awal pagi, ramai lah orang berpusu-pusu untuk menaiki kenderaan awam ke tempat kerja.
RA dengar kat dataran nie juga akan ada bazar sempena krismas yang akan di lancarkan pembukaannya pada 1Dec19.Kami terawal tiba jadi cuma nampak 3-4bazar sahaja yang di buka.
Kami berhenti sebentar di sini kerana ada anggota rombongan yang mahu ke tandas.hehe.Kami lepak di kedai makanan segera dan amik pesanan kentang goreng dan air sahaja.(bayar pakai kad kredit - duit Kuna tak tukar lagi)
Bersebelahan dataran ini ada pasar pagi yang menjual bunga-bunga.Cantik-cantik semua pakkal kami tinggal jauh kalau dekat mau je RA beli bawa balik.
Harga rata-rata 10kuna-30kuna. (RM6-RM25).Di kawasan ini ada kedai pengurap matawang tapi RA masih belum mau tukar matawang Euro kepada Kuna.Konon nak tukar kemudian hehehe.
Ok semua dah siap keluar tandas dan anak-anak pun dah alas perut makan kat restoran tadi,jadi kita teruskan perjalanan ke Zagreb Upper Town.Di sepanjang jalan ini agak menaik ke bukit sedikit tetapi kami di jamukan dengan kafe-kafe, butik dan kedai-kedai barangan cenderahati di tepi kiri-kanan jalan.
Butik nie pun cantik.
Ok sampai sudah di kedai yang viral ini.Kedai yang menjual tali leher yang pertama di Croatia.Kalau korang nak tahu Croatia adalah tempat asalnya tali leher.Tali leher yang korang pakai sekarang nie asalnya dari Croatia lah.Di fahamkan sekitar tahun 1600 tentera Croatia lah yang memperkenalkan tali leher yang mereka panggil Kravata atau Cravat kepada dunia.Ia di ambil sebagai aksesori oleh orang Perancis dan kemudiannya berkembang di seluruh Eropah.Harga tali leher kt sini memang mahal weyy..RA tengok yang murah harga RM500 hehe.
Di Croatia setiap 18Oktober setiap tahun mereka pasti akan menyambut hari tali leher yang di panggil "Cravat Day" tau.hehe.
Beberapa kedai cenderahati yang terdapat kat sini.Harga cenderahati kat sini mahal-mahal yea.Pelekat peti sejuk sekitar RM10 satu, keychain pulak sekitar RM15-RM20 satu.Tu belum masuk baju T, cawan dan pinggan-pinggan nie.
Ok kita semakin menaiki dan menuju ke Zagreb Bandar atas (Upper Town).Ada banyak terdapat muzium di sekitar kawasan ini.Antaranya Muzium 80an , Muzium Seni Naif , Muzium bandar , Muzium arkeologi , Muzium seni lukis,Muzium kanak-kanak,Muzium dera dan seksaan & Paling terkenal - Muzium Patah hati (En Sori masuk sekejap untuk membeli kopi kat sini-dia tak perasan tu) haha
Gambar atas nie kami ambik di lokasi Stone Gate yang terkenal.Di bina pada tahun 1300 dan terselamat dari kebakaran pada 1731.
Bangunan ini pula merupakan sebuah gereja iaitu gereja St Marks Dia terbahagi kepada dia bahagian dan yang di dataran bangunan utamanya.Bumbung gereja ini sangat unik sebab dilukis lambang bendera Croatia dan sebelahnya lambang Kot Lengan Zagreb.
Wah - wah semua mula bergambar di sini.
Termasuklah RA..Amacam ada rupa macam filem Godfather ke? haha.
Wah-wah anak-anak bujang En Sori pun nak buat fotografi kat sini.
Kannn...termasuklah yang sorang nie hahaha.
Nak mintak orang lalu lalang amikkan gambar kami tapi tak ramai yang lalu lalang.Kalau ada pun jauh kat hujung tu jadi kami bergilir-gilir lah menangkap gambar berkumpulan.
Sementara menunggu yang lain-lain selesai bergambar RA tercari-cari di mana lokasi untuk lihat keseluruhan bandar Zagreb dari atas bukit.
Bila tanya orang-orang di sini mereka bilang tak berapa jauh di hujung depan tu je.Nampak tak bumbung yang atasnya ada seperti tong hitam bersebelahan tiang berwarna hijau tua tu? haa kat situlah hujung bukit yang boleh nampak keseluruhan bandar Zagreb.
Gambar nie RA amik masa tengah tunggu En Sori masuk ke kafe untuk membeli air kopi dan air panas untuk buat susu anaknya.Muzium Patah Hati kat bangunan yang sama dengan kafe tu lah.
Sementara menunggu mereka-mereka nie pun sempat bergambar hehe.
Ada dua cara untuk melihat pemandangan Bandar Zagreb kat sini.Anda boleh naik ke atas bangunan Lotscrak Tower (ala bangunan yang RA cakap bumbungnya ada tong hitam tu) atau santai-santai kat tepi bukit nie je...Kami memilih di sini sajer.
Ok sepanjang lereng-lereng bukit nie kita boleh lihat pemandangan Lower Town Zagreb.
Memandangkan Krismas nak dekat,kat sini pun mereka ada buat kios-kios bazar jualan krismas.Tapi masa kami sampai mereka baru nak kemas-kemas.
Ini kawasan paling ideal untuk bergambar.Berlatar belakangkan mercu tanda Zagreb.
RA pun nak jugak
Haa tengok dua orang si kecik kiri dan kanan nie pun nak bergambar di basikal replika tu.
Selain bazar , terdapat banyak kafe-kafe ala hipster di sini.
Memang santai,sebab lawatan kami tidak mengejar masa,jadi kami puas menjejaki seluruh kawasan nie.
Kami penat kami rehat minum dan bila kami hilang penat kami bergambar semula hehe.Rencananya nak turun dari bukit nie mengunakan tram tapi mereka tak terima duit Euro pulak.
Jadi kami meneruskan lah lawatan ke Dulac Market.Dulac market nie terbahagi pada 2 bahagian.Bahagian dalam bangunan di tingat bawah ini menjual barangan mentah seperti daging,ayam,ikan,vavi.Ada juga menjual sayur-sayuran , bawang dan cili.
Bahagian atas pulak adalah pasar terbuka yang menjual buah-buahan , barangan cenderahati , aksesori rumah , baju t , alas meja dan macam-macam lagi lah.
Alas meja dan barangan cenderahati yang di jual kat sini lebih murah dari di kedai-kedai tepi jalan yang kami pergi awal-awal tadi.Bila dah sampai sini RA pun cepat-cepatlah ke kedai pengurap wang untuk menukar duit Euro ke Kuna.Tukar 50Euro dapatlah dalam 250Kuna.RA dapat sambar beli topi Croatia (musim piala duni FIFA nanti boleh la pakai) dan beberapa keychain dan pelekat peti sejuk untuk cenderahati orang kat Malaysia nanti.Hehe.
Hujan renyai-renyai mulai turun dan perut semakin lapar.Tak jauh dari Pasar Dulac nie ada restoran halal Turki.Jadi kami ke sana untuk makan tengahari.Rupanya kedai Turki tu dah tutup nasib baik sebelah kedai tu ada kedai dari timur tengah.Nahhhh terus pesan makanan lah.
Antara menu makanan yang kami ambil.
Di sepanjang jalan nie semuanya terletak restoran makanan , kafe dan juga bar.Rumah lama depan tempat kami makan nie pun sebenarnya restoran.
Orang-orang Zagreb panggil kawasan nie "Street Cafe".Cantik-cantik kedainya.
Nie kalau malam mesti meriah.
Oklah kami dah puas berjalan , dah puas membeli belah dan dah puas makan.Jadi memandangkan salah seorang anak En Sori tidak sihat jam 2.30 petang kami bergerak pulang ke apartmen untuk berehat sebentar.Solat Jamak sekali di rumah.Mungkin malam nanti kami akan sambung lagi.
Malam seperti biasa jam 430petang dah gelap.hahaha...suhu pula semakin sejuk.Nampaknya malam nie cuma RA dan Adi (anak ke2 En.Sori) je lah yang berjalan keluar.Kami nak lihat lampu-lampu krismas di bandar Zagreb.Tetapi berasa hampa sebab secara rasminya mereka cuma akan buka lampu-lampu krismas di jalan-jalan pada 1Disember nanti.
Habis satu kawasan tumpuan penduduk di sini kami jalan tapi hanya sebahagian sahaja lampu krismas yang di buka.
Jam 7malam kami pulang semula ke apartman dan makan malam pulak RA masak spegeti goreng guna perencah adabi yang RA bawah dari Malaysia.hehehe.Oklah esok kami semua nak bergerak ke Budapest pula.Jadi tunggu cerita dari Budapest.
Ok semua dah siap keluar tandas dan anak-anak pun dah alas perut makan kat restoran tadi,jadi kita teruskan perjalanan ke Zagreb Upper Town.Di sepanjang jalan ini agak menaik ke bukit sedikit tetapi kami di jamukan dengan kafe-kafe, butik dan kedai-kedai barangan cenderahati di tepi kiri-kanan jalan.
Butik nie pun cantik.
Ok sampai sudah di kedai yang viral ini.Kedai yang menjual tali leher yang pertama di Croatia.Kalau korang nak tahu Croatia adalah tempat asalnya tali leher.Tali leher yang korang pakai sekarang nie asalnya dari Croatia lah.Di fahamkan sekitar tahun 1600 tentera Croatia lah yang memperkenalkan tali leher yang mereka panggil Kravata atau Cravat kepada dunia.Ia di ambil sebagai aksesori oleh orang Perancis dan kemudiannya berkembang di seluruh Eropah.Harga tali leher kt sini memang mahal weyy..RA tengok yang murah harga RM500 hehe.
Di Croatia setiap 18Oktober setiap tahun mereka pasti akan menyambut hari tali leher yang di panggil "Cravat Day" tau.hehe.
Beberapa kedai cenderahati yang terdapat kat sini.Harga cenderahati kat sini mahal-mahal yea.Pelekat peti sejuk sekitar RM10 satu, keychain pulak sekitar RM15-RM20 satu.Tu belum masuk baju T, cawan dan pinggan-pinggan nie.
Ok kita semakin menaiki dan menuju ke Zagreb Bandar atas (Upper Town).Ada banyak terdapat muzium di sekitar kawasan ini.Antaranya Muzium 80an , Muzium Seni Naif , Muzium bandar , Muzium arkeologi , Muzium seni lukis,Muzium kanak-kanak,Muzium dera dan seksaan & Paling terkenal - Muzium Patah hati (En Sori masuk sekejap untuk membeli kopi kat sini-dia tak perasan tu) haha
Gambar atas nie kami ambik di lokasi Stone Gate yang terkenal.Di bina pada tahun 1300 dan terselamat dari kebakaran pada 1731.
Bangunan ini pula merupakan sebuah gereja iaitu gereja St Marks Dia terbahagi kepada dia bahagian dan yang di dataran bangunan utamanya.Bumbung gereja ini sangat unik sebab dilukis lambang bendera Croatia dan sebelahnya lambang Kot Lengan Zagreb.
Wah - wah semua mula bergambar di sini.
Termasuklah RA..Amacam ada rupa macam filem Godfather ke? haha.
Wah-wah anak-anak bujang En Sori pun nak buat fotografi kat sini.
Kannn...termasuklah yang sorang nie hahaha.
Sementara menunggu yang lain-lain selesai bergambar RA tercari-cari di mana lokasi untuk lihat keseluruhan bandar Zagreb dari atas bukit.
Gambar nie RA amik masa tengah tunggu En Sori masuk ke kafe untuk membeli air kopi dan air panas untuk buat susu anaknya.Muzium Patah Hati kat bangunan yang sama dengan kafe tu lah.
Sementara menunggu mereka-mereka nie pun sempat bergambar hehe.
Ada dua cara untuk melihat pemandangan Bandar Zagreb kat sini.Anda boleh naik ke atas bangunan Lotscrak Tower (ala bangunan yang RA cakap bumbungnya ada tong hitam tu) atau santai-santai kat tepi bukit nie je...Kami memilih di sini sajer.
Ok sepanjang lereng-lereng bukit nie kita boleh lihat pemandangan Lower Town Zagreb.
Memandangkan Krismas nak dekat,kat sini pun mereka ada buat kios-kios bazar jualan krismas.Tapi masa kami sampai mereka baru nak kemas-kemas.
Ini kawasan paling ideal untuk bergambar.Berlatar belakangkan mercu tanda Zagreb.
RA pun nak jugak
Haa tengok dua orang si kecik kiri dan kanan nie pun nak bergambar di basikal replika tu.
Selain bazar , terdapat banyak kafe-kafe ala hipster di sini.
Memang santai,sebab lawatan kami tidak mengejar masa,jadi kami puas menjejaki seluruh kawasan nie.
Kami penat kami rehat minum dan bila kami hilang penat kami bergambar semula hehe.Rencananya nak turun dari bukit nie mengunakan tram tapi mereka tak terima duit Euro pulak.
Jadi kami meneruskan lah lawatan ke Dulac Market.Dulac market nie terbahagi pada 2 bahagian.Bahagian dalam bangunan di tingat bawah ini menjual barangan mentah seperti daging,ayam,ikan,vavi.Ada juga menjual sayur-sayuran , bawang dan cili.
Bahagian atas pulak adalah pasar terbuka yang menjual buah-buahan , barangan cenderahati , aksesori rumah , baju t , alas meja dan macam-macam lagi lah.
Alas meja dan barangan cenderahati yang di jual kat sini lebih murah dari di kedai-kedai tepi jalan yang kami pergi awal-awal tadi.Bila dah sampai sini RA pun cepat-cepatlah ke kedai pengurap wang untuk menukar duit Euro ke Kuna.Tukar 50Euro dapatlah dalam 250Kuna.RA dapat sambar beli topi Croatia (musim piala duni FIFA nanti boleh la pakai) dan beberapa keychain dan pelekat peti sejuk untuk cenderahati orang kat Malaysia nanti.Hehe.
Hujan renyai-renyai mulai turun dan perut semakin lapar.Tak jauh dari Pasar Dulac nie ada restoran halal Turki.Jadi kami ke sana untuk makan tengahari.Rupanya kedai Turki tu dah tutup nasib baik sebelah kedai tu ada kedai dari timur tengah.Nahhhh terus pesan makanan lah.
Antara menu makanan yang kami ambil.
Di sepanjang jalan nie semuanya terletak restoran makanan , kafe dan juga bar.Rumah lama depan tempat kami makan nie pun sebenarnya restoran.
Orang-orang Zagreb panggil kawasan nie "Street Cafe".Cantik-cantik kedainya.
Nie kalau malam mesti meriah.
Oklah kami dah puas berjalan , dah puas membeli belah dan dah puas makan.Jadi memandangkan salah seorang anak En Sori tidak sihat jam 2.30 petang kami bergerak pulang ke apartmen untuk berehat sebentar.Solat Jamak sekali di rumah.Mungkin malam nanti kami akan sambung lagi.
Malam seperti biasa jam 430petang dah gelap.hahaha...suhu pula semakin sejuk.Nampaknya malam nie cuma RA dan Adi (anak ke2 En.Sori) je lah yang berjalan keluar.Kami nak lihat lampu-lampu krismas di bandar Zagreb.Tetapi berasa hampa sebab secara rasminya mereka cuma akan buka lampu-lampu krismas di jalan-jalan pada 1Disember nanti.
Habis satu kawasan tumpuan penduduk di sini kami jalan tapi hanya sebahagian sahaja lampu krismas yang di buka.
No comments:
Post a Comment