Selamat Pagi...hari nie kami semua nak ke Tasik Como yang bersempadan dengan Switzerland.Kami ketinggalan keretapi jam 8pagi jadi terpaksalah tunggu keretapi jam 910pagi hehe.Perjalanan dari Stesen Milano Centrale ke stesen Tasik Como mengambil masa cuma 40minit sahaja , sempatlah nak makan roti dalam keretapi yang RA beli masa kat stesen tadi.Alhamdulillah selamat tiba di Tasik Como jam 10pagi.(lewat 10minit dari yang di jadualkan).
Memandangkan kami tidak punya banyak masa di Tasik Como.(hanya 1jam30minit di peruntukkan untuk bergambar di sini hehe).Sebab keretapi pulang ke Milan jam 1135pagi dan jika kami terlepas kami kena tunggu keretapi jam 130petang.Alamatnya kami akan terlepas keretapi kami untuk ke Venice jam 2 petang nanti hehe.
Masa yang ada di gunakan sebaikkan oleh RA dan keluarga En Sori bergambar di Tasik Como ini.Memandangkan kami sampai di Italy ini pada akhir musim luruh , pemandangan pokok-pokok kat sini yang menguning memang menjanjikan hehehe.
Ala-ala perasan hero macam dalam filem Korea Autum in My Heart lah konon RA nie.
Pemandangan musim luruh masih boleh di rasai kat sini.Memang banyak daun-daun yang luruh kelihatan di merata kawasan di sini.
Ini salah satu rumah kediaman penduduk yang agak unik.Rumah orang "have-have" katanya.
Kami redah sehingga sampai ke Tasik Como.Dan bila sampai kat sini pemandangan memang memukau dan menjanjikan.Kalau lah ada banyak masa mau je RA dan yang lain-lain menaiki bot menyusuri tasik Como.
Kat sini memang tempat bergambar.Taman dia penuh dengan pokok-pokok yang luruh.Haa boleh lah main sembunyi-sembunyi macam Puan suri dan En Sori tu haha.
RA pun nak jugak...
Berbaloi kalau ke sini.Perjalanan pun takdelah jauh mana dari Milan.
Memandangkan kami cuma ada masa sejam setengah sahaja untuk bergambar dan bersiaran di sini jadi jam 1115pagi kami dah mula bergerak semula ke stesen keretapi.Tepat jam 1135pagi kami bertolak pulang ke Milan dan Alhamdulillah jam 1215 tengahari kami tiba di Milan.Selepas pulang ke apartmen untuk mengambil baggasi kami , kami menanti keretapi di stesen yang sama untuk ke Venice yang bertolak jam 230petang.Sempat lah kami makan tengahari di restoran kat stesen ini sebelum berlepas.
Perjalanan keretapi petang ke Venice mengambil masa 3jam 20minit.Sebenarnya keretapi petang nie tidak ramai sangat penumpang dan banyak tempat kosong yang boleh kami duduk.Bila lagi 2 stesen nak sampai ke Venice gerabak kami kosong sebab ramai yang dah keluar.hehe.Kira macam kami sewa satu gerabak la jawapnya...hehehe
Tiba di stesen Venice kami terus ke Hotel IL Moro II yang telah di tempah.Ada 3bilik kesemuanya dan hotel kami cuma bersebelahan dengan kedai pizza halal ini heee....
Pizza kat sini sedap dan besar wey...harga pun mampu milik lah.Lepas je solat jamak di bilik hotel dan mandi RA turun dan pergi ke kedai sebelah untuk makan malam.
Nie lah pizza mageratta yang berharga 5euro.(RM23).Boleh makan untuk 2orang.
Selain tu ada jugak roti-roti yang diaorang jual kat sini.Gambar roti kat bawah tu dari kedai satu lagi.Memandangkan waktu malam di Venice awal , jam 5petang dah mulai gelap.Mulanya ingat lepas makan nak jalan-jalan tapi bila tengok jam dah pukul 7malam dan banyak kedai yang dah tutup kami hanya mampu jalan separuh sahaja kemudian pulang ke hotel untuk tidur hehe.
Jadi jumpa esok untuk perjalanan seterusnya.
Jadi jumpa esok untuk perjalanan seterusnya.
No comments:
Post a Comment