Sunday, December 1, 2019

Ke Santorini Kita

 Pagi nie kami dah mula bersiap ke Lapangan Terbang Budapest untuk ke Santorini.Penerbangan kami akan singgah ke Athens sebelum meneruskan perjalanan ke Santorini.Sebuah pulau perangian Negara Greece.Pulau ini sekarang menjadi bualan rakyat Malaysia setelah ada beberapa artis yang bercuti di sini antaranya Che Ta sekeluarga.RA ke sini menaiki penerbangan Aegan Air milik syarikat dari Greece yea.  
Di sepanjang perjalanan menuju ke lapangan terbang Budapest RA nampak lah sesetengah kawasan mula di selaputi salji.Menurut ramalan kaji cuaca salji akan turun sepenuhnya di Budapest dalam sehari dua lagi.Takde rezeki kamilah nak tengok salji turun.Kami tiba di lapangan terbang seawal jam 8pagi dan inilah dia lapangan terbang Budapest.
 Untuk penerbangan ke negara-negara Kesatuan Eropah lapangan terbang kami tak sama dengan penerbangan-penerbangan lain.Dari Budapest kami ke Athens dahulu sebelum meneruskan penerbangan ke Santorini
 Di Athens pulak kami kena naik pewasat ikut tangga.Macam Air Asia lah dan kapal terbang untuk ke Santorini lebih kecil sebab musim sejuk penumpang untuk ke sana kurang.
 Yeaa..kami siap menuju ke Santorini.Penerbangan dari Athens ke Santorini hanya mengambil masa 45minit sahaja.
 Alhamdulillah jam 4.30petang kami selamat mendarat di Santorini.Nama lapangan terbang dia Santorini -Thira.Masa kami sampai hari dah mulai senja dan angin laut pula menyapa ketibaan kami.Nampak tak bendera Greece tu berkibar tegak...haha...
Memandangkan Santorini nie sebuah pulau jadi angin yang bertiup lebih kurang sama sejuknya macam kat Budapest walaupun suhu cuma sekitar 12'c.
30minit kemudiannya pengangkutan kami tiba menjemput kami.Rupanya tak adalah berapa jauh sangat lapangan terbang dengan hotel kami.Nama Hotel yang RA menginap untuk malam ini ialah Nissos Thira hotel.Lokasi di pekan Thira.Haa musim sejuk di Greece pelancong kurang jadi hotel pun tak penuh.Inilah dia bilik RA.Kat depan tu ada balkoni dan di bawahnya kolam renang.Memandangkan musim sejuk kolam renang kat bawah tu buat tengok je lah.Bilik En Sori dan keluarganya di bawah bilik RA.RA amikkan mereka 2bilik besar dengan 4katil.Selepas mandi dan membersihkan diri kami semua keluar untuk makan malam.Nak cari makanan halal kat sini agak susah sikit.Jadi pilihan  kami malam ini ialah di kedai India ala Thai untuk makan malam.Ada jugak banyak kedai-kedai yang menjual makanan laut dan sayur-sayuran di sekitar pekan Thira yang boleh korang pilih kalau datang ke sini.Restoran Mcdonald pula akan di buka pada Januari 2020 nanti.Lepas makan kami terus singgah ke kedai cenderahati berhampiran beli apa yang patut kemudiannya pulang ke hotel dan berehat.Suhu malam di Santorini sangat sejuk yea.Takpe esok kita sambung jelajah Santorini lagi.
 

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....