Monday, December 23, 2019

Tj.Pinang , Gurun Pasir dan Lagoi

Oklah hari ini RA nak bawak korang pusing-pusing Pulau Bintan.Besarnya Pulau Bintan nie adalah sebesarnya Singapura.Tapi tak lah maju macam Singapura.Ada pekan-pekan yang dah di bangunkan dan ada juga beberapa tempat yang masih lagi kurang penduduk.Kota Tanjung Pinang adalah pusat pentadbiran dan penempatan paling padat di sini.Ok kat sini korang bolehlah membeli belah pelbagai barangan antaranya Kain,Batik,Bag,baju, Telekong dan macam-macam lagilah.Paling menjadi tumpuan makanan laut kering macam dalam gambar nie.Ikan bilis , udang kering , sotong kering , Ikan kering dan pelbagai lagi produk makanan ini di jual dengan harga yang cukup murah.Boleh lah kalau nak tawar menawar.
Selain tu tak jauh dari Kota Tanjung Pinang iaitu di kawasan Sungai Carang ada satu lagi kawasan peninggalan sejarah iaitu Kota Raja/Kota Lama Kerajaan Melayu Johor Riau-Lingga-Pahang sekitar tahun 1673 hingga 1805.Tetapi di sini hanya terdapat runtuhan-runtuhan bangunan yang di musnahkan saat Sultan Melarikan diri ke Lingga bagi mengelakkan tentera Belanda menaklukinya.Tak jauh dari Kota Lama nie terdapat 2Makam yang amat terkenal iaitu Makam Daeng Merewah dan Daeng Celak.Mereka ini adalah Yang di Pertuan Muda Riau I dan II.Iaitu jawatan selepas Sultan yang di wujudkan atas jasa mereka membantu Sultan Johor menentang Raja Kecik.
 Sejam perjalanan dari Sungai Carang RA bawak korang ke Gurun Pasir Bintan.Kawasan ini dulunya merupakan kawasan kuari pasir yang di arahkan tutup oleh kerajaan Indonesia atas exportnya ke Singapura.
 Tempat ini sekarang di bangunkan menjadi salah satu tempat tumpuan pelancong yang semakin popular lebih-lebih lagi sekarang dengan ada banyakya tasik biru di sekitarnya
 Ada juga di sediakan aktiviti untuk memanah di sini.
 RA datang ke sini dah hampir masuk tengahari , jadi agak rentung jugak lah kami di sini.Cantik juga tempat ini sesejak di ambil alih oleh penduduk.Cuma RA terkilan dengan sikap pengotor sesetengah pengunjung yang membuang sampah merata-rata di sini.Pihak penguruasan juga sepatutnya menyediakan tong-tong sampah bagi mengelakkam pengunjung membuang sesuka hati. 
 Dari Gurun Pasir kita beralih ke Kolam renang TERBESAR DI ASIA TENGGARA.Yea gais..terdapat di Pulau Bintan ini.Nama tempat ini ialah Treasure Bay.
 Kolam renang dia memang bapak besar giler lah.Tiket masuk kat sini 100 ribu rupiah (RM30) .Banyak aktiviti air yang boleh korang buat di sini tapi kenalah sewa dan bayarlah.
 Permainan Slide dengan boya nie diaorang bagi percuma,korang leh cuba seberapa banyak yang korang nak.Tapi korang mesti tahu berenang sebab dia akan meluncur ke tengah-tengah kolam yang dalamnya sekitar 2.5meter.Selain tu korang boleh relek-relek kat kerusi yang diaorang sediakan macam RA buat dalam gambar nie.
 Yang korang nampak khemah-khemah putih kat sebelah kolam renang tu sebenarnya hotel.Diaoarang buat ala-ala macam khemah Red Indian.Korang boleh menyewa bilik siap dengan penghawa dingin lagi tau.Kalau tak silap RA harga semalam dalam RM200-RM300 bergantung dengan bilik apa yang korang ambil.
Kat tepi kolam nie memanglah pasir tapi bila masuk dalam kolam renang tu bersimen yea.Takde pasir pun.Boleh mandi sepuas puasnya ikut berapa lama yang korang larat dan tempat ini di buka sampai malam.
 Ok kalau tak mau mandi kat Treasure Bay korang boleh mandi atau santai-santai kat Pantai Lagoi Bay.Tak jauh pun dari Treasure Bay.Tempat ini di buka untuk orang awam percuma.Dan seperti biasa bila dah di buka pada awam maka sesuka hati je sesetengah pengunjung nie membuang sampah sarap kat sini.
 Puas hati juga lah kalau berriadah kat sini.Tapi ombak kat sini agak kuat jadi kena hati-hati yea.
Masa RA sampai sini dah nak lewat petang.Jadi dapatlah tengok matahari terbenam sebelum pulang semula ke Kota Tanjung Pinang.
 Kalau ke Tanjung Pinang tak cuba masakkan lautnya memang rugi weyy.Jadi dalam perjalanan pulang kami sempat solat Magrib di Masjid Nur Ilahi Pulau Dompok.Masjid baru ini adalah yang terbesar di Bintan dan di bina di atas bukit Pulau Dompok bersebelahan Kota Tanjung Pinang.Selesai solat barulah kami makan malam di Restoran Suria Dermaga iaitu sebuah restoran terapung tak jauh dari Masjid ini.
Harga makanan kat sini sangat berpatutan jika nak di bandingkan di Kota Tanjung Pinang.Sedap tau.Jadi kalau korang nak ke sini boleh lah klik harga pakej yang RA buat di ------>

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....