Hai selamat pagi....Tau tak RA kat mana tu? haa kalau nak tau sila lah baca sampai kat bawah nie nanti.
Pagi-pagi yang bolong RA dah ada kat sini.Cuba teka kat mana? haha sebenarnya RA kat atas bumbung hotel.Gigih selepas solat subuh dengan kedinginan pagi RA naik ke tingkat atas nak tengok matahari terbit.
Nampak tak kegigihan itu? Sanggup menunggu dengan penuh kesabaran walaupun yang lain-lain masih lagi tengah bersiap di bilik masing-masing.
Alhamdulillah RA dapat rakamkan saat-saat menarik terbitnya fajar di ufuk Timur laut Meditranian.Lebih menarik RA dapat rakamkan videonya sekali.
Waktu subuh di sini jam 630pagi dan matahari terbit jam 745pagi.Sementara tungu yang lain-lain bersiap kita bergambar la dulu hehe.
haa sampai pun mereka...
Sama-sama merasai kesejukkan suhu pagi dari atas bumbung hotel.
Bila hingus kat hidung dah mula meleleh dan matahari naik tinggi baru lah RA turun ke bawah untuk bersarapan pagi.
Tak ramai pun yang bermalam di hotel ni semalam.Masa kami bersarapan cuma terdapat 5-6orang je yang turut bersarapan bersama kami.Lepas bersarapan kita tunggulah van datang untuk bawa kami semua ke Pekan Oia.Salah satu pekan terkenal di Santorini.Ramai yang ke sini sebab nak bergambar di kubah birunya sahaja.
Sementara menunggu tu sempat lah RA ke kedai sebelah yang menjual Kopi.Kedainya kecik tapi sangat-sangat cantik.Nama kedainya "Coffee Island".Ada pelbagai jenis kopi di jual kat sini.Paling Rare Kopi Greece.Harga pun murah sekitar 2-3euro secawan.
Ni kalau kat Malaysia dah macam kedai mamak lah.Ramai yang datang ke sini beli kopi jek dan takde menu-menu lain,hanya Kopi.Menarik nie kalau buka kat Malaysia.
Sementara menunggu tu sempat lah RA ke kedai sebelah yang menjual Kopi.Kedainya kecik tapi sangat-sangat cantik.Nama kedainya "Coffee Island".Ada pelbagai jenis kopi di jual kat sini.Paling Rare Kopi Greece.Harga pun murah sekitar 2-3euro secawan.
Ni kalau kat Malaysia dah macam kedai mamak lah.Ramai yang datang ke sini beli kopi jek dan takde menu-menu lain,hanya Kopi.Menarik nie kalau buka kat Malaysia.
Ok jam 9pagi van datang untuk menjemput kami ke Oia.Pekan ke dua terbesar di Santorini.Kawan RA kata pekan Oia nie meriah waktu siang je.Malam kedai-kedai banyak yang dah tutup tak macam di pekan Thera.Perjalanan ke Oia mengambil masa 35minit dan pemandangannya sangat lah cantik.
Akhirnya sampailah kami di Pekan Oia.Seperti yang di jangka tidak ramai pelancong yang datang ke sini pada musim sejuk.
Akhirnya sampailah kami di Pekan Oia.Seperti yang di jangka tidak ramai pelancong yang datang ke sini pada musim sejuk.
Jadi puas jugalah kami jalan ronda-ronda di sekitar kawasan di sini.
Setiap sudut dan ruang yang RA nampak menarik akan RA tangkap di situ.Pekan ini mengadap laut lepas dan berkongsi Laut Meditranian dengan Turki.Jadi tidak heranlah pengaruh Greece banyak masuk di Turki.
Berada di sini bagaikan satu impian menjadi nyata.Dulu tengok je gambar-gambar orang di Facebook dan Instagram.Tapi hari ini RA berkesempatan ke sini.Alhamdulillah.
Kagum dengan senibina orang-orang Greece.Mereka membina rumah di tebing-tebing bukit dengan kukuh sekali.
Ini adalah gambar kegemaran RA.RA buat "wallPaper" di komputer RA tau.
Bergambar dengan matahari.Kawasan belah sini agak panas sikit sebab angin tidak bertiup dan air laut nampak je tenang.
Bergambar dengan matahari.Kawasan belah sini agak panas sikit sebab angin tidak bertiup dan air laut nampak je tenang.
Kedai-kedai waktu RA tiba banyak lagi yang belum buka.Kalau buka pun tak banyak sebab pelancong memang kurang datang pada musim sejuk ke sini.Ada juga kadang-kadang tu berselisih dengan pelancong-pelancong dari Asia dan ramai datang ke sini nak bergambar je.Kedai anak patung nie paling susah nak dapat kat mana-mana.Harga boleh tahan mahal juga.
Lengang tapi bagus sebab kami tak perlu bersesak-sesak sangat.Kebanyakkan yang datang ke sini awal pagi sebab nak tengok matahari naik,hotel-hotel pun tak ramai pelancong.Musim nie lah penduduk-penduduk mengambil kesempatan membaiki rumah mereka.Gambar di atas RA amik di salah sebuah restoran/Kafe , laluan pejalan kaki , laluan ke hotel dan Dataran utama di Oia.
Orang-orang kat sini paling pantang kalau kita naik bergambar atas bumbung rumah mereka.Mereka pasti akan berteriak marah suruh turun.RA dah terkena sekali hehe.Jadi hati-hati yea korang.Setelah hampir 2 jam berkeliaran dan bergambar di sini , RA menalifun pemandu van kami untuk bawa kami pulang ke Thera pula.
20minit kemudian pemandu kami datang menjemput kami untuk pulang ke Thera.Sebenarnya kat pekan Thera pun ada lokasi penempatan lereng bukit seperi di Oia juga.Cuma kat sini tak ada kubah biru yang viral tu lah.Hotel kami berada di belakang penempatan lereng bukit sebab tu tak nampak.Ada sebuah pulau yang mempunyai kawah gunung berapi yang tidak aktif lagi di tengah-tengah laut.Dari Thera memang nampak jelas.Pada musim panas mereka ada buat lawatan ke sana.
Sempat RA merakamkan pemandangan kat sini untuk kenangan.
Seperti di Oia restoran-restoran lengang dan tak ramai pelancong.Masa RA di sini kelihatan segerombolan keldai mengangkut barang-barang dari bawah naik ke atas.
Oklah masa untuk makan tengahari.Menu hari nie RA makan burger sayur jek.harga pun tak berapa mahal sekitar 6euro.Makan lah dulu sebelum menanti penerbangan ke Athens.
Tamat lawatan di Santorini untuk hari ini.Jam 330petang kami berangkat ke lapangan terbang untuk penerbangan ke Athens.Nampak kapal terbang RA dah tunggu tu...510petang pesawat berlepas meninggalkan Santorini.Ini pertama kali RA naik kapal terbang berenjin kipas.Bag besar memang tak boleh bawa naik bersama sebab tempat simpan barang dia aga kecil yea.Kalau bag besar sangat kena masuk dalam perut kapal terbang le jawapnya.Selamat Tinggal Santorini
Alhamdulillah 50minit kemudian kami tiba di Lapangan Terbang Athens.Hari mulai gelap walaupun jam baru menunjukkan pukul 6petang.RA janji dengan pemandu van untuk jemput kami jam 645petang.Yealah takut kalau kami keluar lambat nanti dia kena tunggu lama pulak.Tapi jam 630petang pemandu kami pun tiba menjemput.Perjalanan ke bandar Athens mengambil masa 50minit (jauh juga).
Akhirnya kami tiba di aparmen tempat kami menginap untuk hari ini dan esok.Apartmen sangat luas,ada 2bilik + 1 ruang tamu + 1 ruang makan + dapur dan 1 lagi ruang tamu dia buat pintu agar nampak seperti bilik dan paling menarik ada balkoni yeaaahhhh.....Sampai je semua dah mula lapar jadi kami pun siapkan lah makan malam segera.Hehehe.Malam ini kami tak ke mana-mana hanya istirehat simpan tenaga untuk lawatan esok ke Acropolis dan Plaka.Tunggu.....
No comments:
Post a Comment