Kami dalam perjalanan pulang ke Malaysia.Menu dalam penerbangan memang mengenyangkan.Dah terlanjur penerbangan kami berhenti di Muscat , jom kita singgah sekejap tengok apa yang ada di sini.Seperti masa penerbangan pergi,lapangan terbang Muscat yang baru di ubahsuai ini sangat-sangat besar dan luas.RA mendapatkan "Visa Transit" di kaunter berhampiran sebelum di benarkan keluar untuk melawat Muscat.
Kami tiba seawal jam 7pagi.Masing-masing dalam keadaan mengantuk lagi.Maklumlah penerbangan dari Athens ke Muscat cuma 5jam dan kami cuma dapat tidur 4jam sahaja dalam pesawat.Selesai urusan immigrasi dan visa kami menuggu pemandu kami sampai.Jam 9pagi kami dah keluar dari lapangan terbang menuju ke Bandar Muscat.Semua dalam van masih ketiduran dan tempat pertama yang di tuju ialah kedai makan..hehe.Kami dah lapar nak bersarapan.
Inilah dia duit Oman.Muscat adalah ibu negaranya.Duit yang digunakan ialah Rials.1Rials bersamaan RM10 duit kita.Mahal betul.Harga menu-menu kat kedai makan rata-rata 1Rials ke 2Rials.
Dah puas makan barulah kami meneruskan perjalanan mengelilingi Muscat.Tempat seterusnya ialah ke Masjid Agung Sultan Qaboos yang terletak tak jauh dari tempat makan kami.Tapi di sebabkan hari ini terlalu ramai pelawat yang datang dsebab ada 2 kapal persiaran besar yang turun di pelabuhan Muscat , kami mengambil keputusan melawat istana Sultan Qaboos dulu.Sepanjang perjalanan ,beginilah bentuk mukabumi bandar Muscat.Bangunan paling tinggi ialah Hotel Sheraton yang berketinggian 12tingkat sahaja.
Haa kat dalam tu lah Istana Sultan Qaboos.Ini perkarangan luar istana.Bersih dan indah dengan pokok-pokok bunga yang berwarna warni.
Pemandu kami bilang suhu sekarang agak sejuk sikit sekitar 26'c,sebab kalau musim panas suhu di Muscat boleh mencecah hingga 40'c.Nampaknya yang lain-lain tak mahu turun sebab cuaca agak panas dan ada yang masih mengantuk.Jadi cuma RA dan En Sori jelah yang keluar.
Kami meneruskan perjalanan ke pasar Souk untuk membeli belah.Di sepanjang perjalanan banyak gunung ganang berbatu yang tidak ada tumbuhan pun di atasnya.Oman adalah salah sebuah negara pengeluar minyak utama dunia.Kalau nak tahu kat celah-celah batu tu lah minyak di keluarkan dan di salurkan terus ke pelabuhan persisir laut.
Pasar Souk terletak berhadapan dengan pelabuhan Teluk Oman dan di sini jugalah Sultan Qanboos meletakkan 2buah kapal persiaran mewahnya.Selain itu kapal-kapal persiaran seluruh dunia yang membuat lawatan pasti akan memilih pelabuhan ini untuk berhenti dan di lawati.Nampak tak masjid dalam gambar di atas? Itulah dia Masjid Syiah.Memandangkan Oman dan Iran berjiran dan terpisah hanya oleh Teluk Oman jadi ramai lah penganut Syiah di Oman.
Memandangkan RA , En Sori dan isterinya sahaja yang keluar dari van , jadi kita berswafoto jerlah yea.haha.
Lepas bergambar RA melintas ke seberang semula untuk ke Pasar Souk.Kat sini ada macam-macam barangan dan cenderahati boleh di beli.Rata-rata harga keychain di sini iaitu sekitar 1.5riyals setiap satu.Manakala pelekat peti sejuk sekitar 0.50rials setiap satu.Paling rare kalau korang beli lampu Alladdin hehe.Ada pelbagai saiz dan yang paling kecik berharga 2rials (RM20).
Kebanyakkan peniaga di sini adalah dari India.Di anggarkan penduduk bandar Muscat mempunyai 3juta penduduk dan separuh daripadanya adalah warga asing. Barangan paling banyak di jual ialah rempah-ratus dan minyak wangi.Masa RA tiba memang sesak lah pasar nie sebab ramai pelancong-pelancong dari 2 kapal persiaran datang turun membeli belah.
RA takdelah beli banyak mana pun,adalah takat 5-6rials abis beli barang cenderahati untuk di bawa balik.Dah selesai kami meneruskan perjalanan ke "Oman Opera House".Sesekali van berhenti di lampu isyarat mata RA tak berkelip tengok kereta-kereta penduduk kat sini.Mewah-mewah semuanya.
Ok kita dah sampai ke Oman Opera House.Bangunan ini berwarna putih dan berketinggian cuma 3tingkat sahaja.Di hadapannya ada sebuah taman bunga,manakala di sebelah kanannya pula terdapat komplek membeli belah termewah di Muscat.Jom kita masuk dalam.....
Haa inilah dia ruang dalam komplek membeli belahnya.Mewah giler.Rata-rata barangan yang di jual RA mampu telan air liur jelah.Dari komplek membeli belah RA masuk ke dalam Opera House.Masa RA tiba ada berlangsungnya persembahan teater kebudayaan Oman.Jadi kami hanya di benarkan masuk ke ruang legar sahaja.Tu gambar baju tu antara baju-baju untuk persembahan yang di tayangkan.
Memandangkan masa dah nak masuk Zohor.Jadi kami pulang semula ke Masjid Agung Sultan Qaboos yang tak sempat di lawatai pagi tadi dek sesaknya dengan pelancong.Besar dan luas giler masjid nie.
Melangkah masuk untuk menunaikan solat Zohor berjemaah.Mewahnya ruang dalam masjid ini.Tapi sayang jemaah hanya sebaris sahaja yang bersolat.
Selesai sahaja solat Zohor dan Jamak Asar maka tamatlah lawatan separuh hari kami di Muscat,Oman.Pemandu van kami menghantar kami pulang ke lapangan terbang dan kami tiba jam 2petang.Ada lagi 6jam lagi untuk kami abiskan masa di lapangan terbang untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur jam 915malam nanti.
Sempatlah bergambar di ruang legar lapangan terbang sebelum masuk semula ke balai berlepas dan menunggu penerbangan seterusnya.Sementara menunggu tu RA lepak-lepak makan apa yang patut dan habis satu lapangan terbang nie RA pusing.Kedai jual minyak wangi jangan cakaplah.Semua botol minyak wangi percubaan RA spray ke baju RA hehehe.Alhamdulillah jam 915malam penerbangan kami berlepas mengikut jadual.Dek kerana terlalu lama tunggu di lapangan terbang, bag cenderahati dari Muscat yang RA beli di pasar Souk tertinggal di lapangan terbang.Nak buat macamana tak ada rezeki.Redha jelah.Penerbangan kami selamat tiba di KLIA esoknya jam 810pagi dan RA meneruskan dengan penerbangan Air Asia untuk ke Johor Bahru.Alhamdulillah semuanya selamat sampai dan membawa kenangan manis bercuti di 5negara & 8bandar.Ada rezeki RA akan kongsikan lagi lawatan lain.Jumpa lagi.....
No comments:
Post a Comment