Selamat pagi lagi....Hari ini hari terakhir kami semua di bumi Eropah.Jadi pagi ini En Sori dah siap-siap nak masak Nasi Goreng Cina ala Eropah untuk anak-anaknya.Isterinya bilang , kalau Nasi Goreng memang air tangan bapaknya jugak anak-anak nak makan.Hehe.
Selesai sahaja sarapan pagi kami turun menuju Tapak arkiologi Kota Acropolis yanbg berusia lebih 6000tahun sebelum Mesihi dan juga merupakan salah satu tapak warisan Dunia.Maksud Acrapolis dalam bahasa Yunani ialah Tebing Tinggi.Ia juga di kenali sebagai "Temple from the Above" dan berkeluasan 3hektar.
Kawasan ini sangat luas ia dahulunya pusat keagamaan dan kebudayaan Bangsa Yunani.Kotanya di bina dari batu marmar putih tau.Harga setiap site yang hendak di lawati adalah seperti di atas.Tiket ini boleh beli di mesin dan bayar mengunakan Kad kredit
Tapi kalau nak lawat kesemuanya ia boleh di beli dalam satu harga iaitu EUR30.00.
Haa "Wakanda Forever !! " .Hehe.....Kat atas ada lebih 21binaan yang di bina mengunakan batu marmar.Salah satunyanya Kuil Parthenon yang pernah di tayangkan dalam filem Wonder Women.Ada sebahagian besar bangunan di atas ini runtuh dalam beberapa siri gempa bumi yang berlaku dan pihak kerajaan Athens dalam usaha membaik pulihnya.Apa yang menarik , kesemua persekitaran di atas bukit itu di bina mengunakan batu marmar putih.
Ini adalah salah satu sisa binaan bangunan yang terletak di bawah bukit.Dahulunya merupakan salah satu pintu masuk untuk naik ke Kota Acropolis.
RA tidak bercadang untuk masuk dan naik ke atas bukit itu di sebabkan kami mempunyai 2anak kecil yang mengunakan kereta sorong.Mereka tidak membenarkan naik atas faktor-faktor keselamatan.Dengar cerita lantai di atas bukit tersebut juga berbatu marmar,jadi agak licin untuk membawa kereta sorong kanak-kanak ke situ.
Kami berjalan mengelilingi di bawah bukit Kota Acropolis ini hingga ke pintu utama.Sempat merakamkan gambar yang berlatar belakangkan kota ini.Hebat orang dulu-dulu kan
Berhampiran kota ini ada satu lagi bukit kecil yang mereka biarkan kosong tanpa binaan.Walaupun tak setinggi bukit Acropolis tapi tetap dapat lihat memandangan kota Athens keseluruhannya.
Memandangkan kereta sorong kanak-kanak tak boleh naik maka bergilir-gilirlah keluarga En Sori naik ke atas untuk bergambar hehe.
Pergh luas betul Kota Athens.Bangunan-bangunan tinggi tidak di benarkan untuk dibina lebih tinggi dari bukit Acropolis.Paling tinggi pun bangunan 6tingkat sahaja.
Kena berhati-hati untuk naik ke sini.Batunya agak licin.Tapi pemandangan dari atasnya sangat cantik.Kalau korang sampai sini jangan lupa rakamkan gambar sebanyak-banyaknya.
Macam RA yang hantu swafoto nie.
Dari atas bukit sampai kat bawah tak abis-abis bergambar.
Ok kita bergerak ke belakang kota Acropolis dari sini kita boleh tembus ke pekan Plaka.Terdapat juga sisa-sisa bangunan sejarah peninggalan Kerajaan Byzantine-Rome dan Othmaniah kat sini.Antaranya Dewan Senat kerajaan Byzantine Rome (gambar atas) dan Masjid (gambar bawah).Ke dua-dua tapak ini di tutup dan hanya boleh di lihat dari luar sahaja.
Kami turun ke Pekan Plaka dan menyusuri laluan pejalan kaki di sini.Di sepanjang jalan terdapat banyak kafe-kafe , restoran dan kedai-kedai cenderahati.
Cantik pemandangan kat sini di hiasi pulak dengan aneka pokok-pokok bunga yang berwarna warni.
Kat kawasan ini ada kedai Hard Rock Cafe.Jadi kami singgah untuk membeli baju t-shirt untuk kenang-kenangan.(Baju wajib beli kalau keluar negara hehe).
Keluar je kedai Hard Rock Cafe,RA nampak En Sori dan keluarganya dah amik tempat untuk makan tengahari di hadapan restoran.Suhu sejuk dan perut cepat lapar katannya.Jadi makan tengahari lah kami di sini.
Menu Agelio Seafood kami.Memang menyelera dan menjanjikan.
Dan kenyang makan ehhh ternampak pulak kedai aiskrem Gelato kat depan tu.Haaa apa tunggu lagi jom serbuuuuu.....Sedap weyyyyy aiskrem dia.Kenapalah kat Malaysia takde jual aiskrem macam nie.Murah pun murah tak tak macam kat Milan..Harga sekitar 3-4Euro jek.
Puas dah dapat apa yang kami nak jadi kami menuju pulang ke apartment.
Dalam perjalanan tu sempatlah singgah, membeli belah cenderahati dan bergambar di sekitar Plaka
Tiba di apartment kami berkemas untuk ke lapangan terbang pulang ke Malaysia.Jam 5petang hari mulai gelap dan inilah hari-hari terakhir Athens di hadapan aparment kami.
Jam 6petang van datang menjemput kami untuk lapangan terbang.Kami sempat singgah berhenti dan bergambar di hadapan Stadium Olympics pertama dunia di Athens.
Jam 730malam tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Athens untuk penerbangan seterusnya ke Muscat.Lapangan terbang kat sini tak ramai orang pun dan penerbangan kami pun tidak penuh.Kata pegawai di kaunter tiket , penerbangan Oman Air kami ada lebih 250tempat duduk dan cuma separuh sahaja yang penuh.Oklah selamat tinggal Athens , selamat tinggal bumi Eropah.Ada rezeki RA akan datang lagi.Muscat kami datang!!!!!!!
No comments:
Post a Comment