Selamat Pagi......Hari ini RA bangun awal sikit.Nak tengok matahari terbit katanya.Menurut pekerja hotel ada 2 cara nak tengok matahari naik di sini.Satu naik belon panas yang harganya boleh tahan mahal (sekitar Euro 45-60) atau naik atas bukit yang tak jauh dari hotel kami.RA mengambil pilihan ke 2 itu.Naik bukit pun naik bukit lah,tapi seronok jugak sebab ada laluan kereta menuju ke atas bukit dan di sajikan dengan pemandangan hotel-hotel gua di sepanjang jalan nak ke atas.
Alhamdulillah selang 25minit RA tiba di atas bukit ini.Ramai betul orang yang datang nak bergambar di sini.Masa RA tiba memang masa matahari baru nak keluar.Jadi memang menarik dan cukup indah sekali.Dapat RA rakamkan detik-detik manis di kamera telefun RA ini.
Di sini ada kafe tapi awal pagi rasanya mereka belum bersedia untuk berniaga.Luas juga bukit ni sampaikan ada pasangan pengantin dari Turki merakam gambar mereka di sini.
RA belanja beberapa keping gambar yang dapat di rakamkan dari lensa kamera telefun bimbit RA.
Nasib baik ada abam Lenny yang tolong amik gambar RA.Pandai gak orang tua nie hehehe.
Jika di lihat dari atas bukit nie Pekan Garome terletak di tengah-tengah dan terlindung oleh batu dan bukit-bukit.Suhu pagi kat atas nie pulak RA rasa ada sekitar 18'c tetapi di sebabkan angin yang kuat kesejukkannya RA rasa seperti pada suhu 10'c.Nasib baik bawa sarung tangan mahu kebas tangan RA dek sejuk di sini.
Jam 830pagi setelah puas menikmati suasana pagi di atas bukit kami pulang ke hotel untuk bersarapan pagi.Menu seperti biasa roti , keju dan buah-buahan....tak ada meee goreng atau nasi lemak.Jadi telan je lah janji kenyang.Rindu nya kat nasi lemak , nasib baik malam nie kami dah ambil penerbangan pulang.Rindu tinggal Malaysia seminggu lebih.Lepas sarapan RA pulang ke bilik dan bersiap-siap untuk pek dan daftar keluar.Kami kena daftar keluar awal sebab lawatan kami bermula jam 9pagi dan di jangka habis jam 5petang.Penerbangan pulang pulak jam 7malam.
Lepas je daftar keluar,pemandu pelancong kami sudah siap menanti kami di luar hotel.Bag RA tinggalkan di bilik simpanan di lobi hotel.Petang nanti balik dari lawatan baru kami ambil.Lawatan RA hari ini kursus untuk laluan Green Line ke Lembah Burung Merpati (Pigeon Valley) , Bandar dalam tanah,Lembah Ihlara dan Tasik gunung berapi yang sudah mati.Dalam Van ada 6orang lagi pelancong yang mengikuti sama.Mereka semua dari Turki , Russia dan Hungary. Inilah dia lembah Merpati.Pada zaman pemerintahan kerajaan Rom Byzantine merpati di gunakan meluas sebagai utusan surat dan kebanyakkan telur-telur burung merpati mereka jadikan sebagai pewarna bagi melukis gambar-gambar kristian di dinding gereja dalam gua mereka.Nanti RA tunjukkan gambarnya di bawah blog ni.Kat lembah ni ada banyak lobang-lobang dalam batu yang di jadikan sarang merpati.Samaada lobang ini semulajadi atau di tebuk oleh masyarakat dahulu.
Ada sesetengah orang bilang lembah Merpati ni macam dalam filem Star War yang di lakonkan di Tunisia tu.Nak kata sama tu takde lah jugak,cuma RA suka datang kat tempat-tempat macam nie.Jadi pilihan RA untuk pilih Lawatan Green Line nie memang bertepatan la yea.Terima kasih Lenny yang telah menyakinkan RA untuk amik lawatan ini.haha.
Orang selalu cakap,kita simpan yang terbaik untuk yang akhir sekali dan inilah hasilnya,
Ok jika kita ke Turki kita pasti akan nampak cenderahati-cenderahati berwarna biru dan bulat di tengah-tengahnya kan.Orang-orang di sini memanggilnya dengan nama Nazar Boncugu atau pun si mata biru.Ia di gunakan pada zaman dahulu kala sebagai penghalau zoh jahat.Tapi pada zaman sekarang masyarakat di Islam Turki tidak lagi mempercayai benda khurafat ini dan si mata biru hanya di jadikan perhiasan dan cenderahati sahaja.
Dari Lembah Merpati kita ke bandar bawah tanah Kaymakli.Tiket masuk ke sini ialah 25Lira dan telah termasuk dalam pakej yang RA beli.
Kawasan ini sangat luar dan di anggarkan sepanjang 5-6km dan menghubungkan dengan beberapa bandar dan pekan berhampiran.Ada lebih kurang 7tingkat ke bawah tetapi hari ini pemandu pelancong kami hanya akan membawa kami sehingga ke tingkat bawah ke 4 sahaja kerana hanya di tingkat ini sahaja yang di benarkan masuk untuk pelancong.
Setiap laluan masuk di tandakan dengan anak panah Biru sementara anak panah merah untuk laluan keluar.
Kat dalam nie memang mengagumkan.Bandar bawah tanah ini di bina bagi mengelakkan dari serangan dari tentera rom dan juga semasa peperangan dengan tentera Islam Othmaniah.Di ceritakan mereka yang pernah tinggal di dalam ini mampu bertahan sehingga 40hari.Selepas 40hari mereka mesti keluar atau mati kerana badan memerlukan cahaya matahari untuk kesegaran.
Ini ruang di tingkat bawah ke 4 dan percayalah dari tingkat 3 ke 4 lalunyanya agak sempit.Tingkat yang ke 4 ini di jadikan tempat simpanan makanan.
Laluan nie nampak besar lah jugak.Tapi ada laluan yang lagi sempit dari ni kami terpaksa duduk dan jalan merangkak tau.hehehe.
Lakaran kartunis mengenai bandar bawah tanah nie.Di anggarkan lebih seribu orang pernah mendiami kawasan ini.Kagum RA dengan bandar bawah tanah nie.
Dari bandar bawah tanah kita ke lembah Ihlara pula.Terletak kira-kira 10km dari Kaymakli ini menjanjikan pemandangan gunung-ganang dan lembah yang indah.
Sampai akhirnya di sini.Haa ini lah dia pemandu pelancong RA.Sebelum turun ke lembah ini dia memberi sedikit penerangan dan larangan tentang kawasan-kawasan yang tidak di benarkan masuk.
Lembah ini terdapat sungai yang di anggarkan sekitar 14km panjangnya dari utara hingga ke selatan sungai Melendi.Terdapat 16 lembah dengan 105 gereja di dalamnya di buka kepada pelancong.
Kami takdelah lawat kesemuanya cuma cukup satu sahaja yang gereja lembah paling terkenal ialah yang ini kerana terdapat lukisan-lukisan yang masih utuh dan di jaga oleh pemerintah turki sebagai tapak warisan.Pelancong boleh mengambil gambar di lukisan dinding ini tetapi tanpa mengunakan lampu flash di kamera.Lukisan ini lah yang di gunakan dengan mengunakan putih telur burung Merpati.
Kami turun dari atas lembah ke laluan sungai Melendi.Suasana cukup aman dengan bunyi ungas di sekitar , deseran air sungai dan suhu yang nyaman.Inilah syurga dunia.Semuanya sangat indah di sini.
Berada di sini seperti berada di Grand Canyon yang RA pernah tonton di filem-filem barat.
Kami di bawa berjalan-jalan sambil memerhatikan keindahnan batu dan bukit dari bawah lembah sambil menyusuri sungai.
Sesekali ternampak pengembala kambing biri-biri membawa makan ternakannya makan di atas lembah ini.
Memang berbaloi datang ke sini bagi pecinta-pecinta alam semula jadi tempat ini memang wajid korang lawat.
Air sungai kat sini cukup jernih dan sejuk sangat dan boleh terus di minum.Pelancong dari Turki bermurah hati menawarkan diri utuk mengambil gambar RA dengan Lenny setelah RA mengambil dia dengan ibunya.
Agaknya kalau datang masa musim luruh lagi cantik kot kawasan nie dengan pokok dan daun yang lebih menguning.
Selang sejam kami tiba di restoran untuk kami makan tengahari.Sebenarnya dah pukul 2petang pun.Lapar bukan main sebab sejuk sangat di sini.Restoran kami betul-betul tepi sungai dan sangat-sangat menjanjikan hehehe.
Nampak dari atas jambatan dah tak sabar nak makan.
Menu pilihan ada dua sahaja.Samaada nak makan ikan atau daging lembu.RA amik menu daging Lenny pulak amik menu daging.Bila sampai menu ikan Mat salleh dari Hungry macam pelik sebab di eropah ikan di hidang tanpa tulang.(fillet).Sesekali makan datang beberapa angsa berenang di sungai sebelah meja kami.hahaha
Lepas makan tengahari RA bersolat sebentar.Nak amik air sembahyang memang bercinta sebab air sejuk giler.hehehe.
Lawatan seterusnya ke tasik gunung berapi yang tidak aktif lagi.Perrghh memang terbaik kawasan nie.Kata pemandu pelancong kami kalau musim panas ramai yang datang mandi manda di sini.
Beberapa tangkapan foto dari lensa kamera telefun RA.
Suhu kat sini agak suam-suam kuku sikit.Berangin dan suam.
Semasa perjalanan balik RA sempat rakamkan bulan di atas gunung di padang pasir.Yeap sebelum pulang ke hotel kami di bawa singgah ke beberapa kedai barangan yang menjual hasil kerja penduduk di sini antaranya kekacang , minyak wangi dari bunga ros, sabun,barang kemas dan cenderahati.Ramai juga pelancong dari Malaysia yang RA jumpa di kedai-kedai ini.Jam 530petang kami tiba di hotel dan bersiap-siap untuk di jemput bawa ke lapangan terbang pulang ke tanah air.Jalan menuju ke lapangan terbang agak lengang di waktu petang dan malam dan menurut pemandu van kami tak perlu tergesa-gesa cukup ada sejam sebelum penerbangan berlepas.Penerbangan kami singgah ke Istanbul sebelum menukar ke penerbangan antarabangsa pulang ke Kuala Lumpur.Alhamdulillah kami selamat tiba di Kuala Lumpur pagi 12Nov18.