Ini lah orang-orang penting yang menjayakan minum petang di Tropical Inn Hotel semalam.Kak Rovita a.k.a ROBITAH (ejaan bahasa baku) ialah orang yang membuat tempahan meja makan kami dan Abang Yunus yang bermurah hati belanja kitaorang semua makan pada petang itu.(gambar dia kat dalam kad tu dah macam ketua kumpulan Fantastic Four....tutor tu)
Ini lah menu-menu utama pada petang tersebut.Nasi Bukhari dan ayam masak kurmanya sangat-sangat sedap yea.Aku cuba Mee wantannya pun sedap.Abang Mat pulak nampaknya mencuba menu ala carte iaitu mee goreng mamak.Ada roti canai,tahu sumbat,daging kambing masak merah,kek,kueh dan manisan lain,betul-betul membuka selera kami pada petang itu walaupun pilihan menu tidak banyak.Tapi berpatutan dengan harga yang di tawarkan iaitu RM24 nett
Pada petang itu juga Nik menyerahkan pelekat peti sejuk yang di belinya ketika berada di Kuala Lumpur tempuh hari.Sebenarnya minum petang pada hari tu adalah atas permintaan abang Yunus yang memasang niat untuk belanja kitaorang makan sempana ulang tahunnya.
Muka-muka penuh kecerian yang hadir pada petang itu.Pak cik makan besarrrrrrrrrrr katernya.Dia dapat hadiah lagi kau.
Anak-anak duduk kat meja lain yea.Maklumlah anak-anak gosip pasal dunia artis Korea je....mak-mak dan ayah-ayah gosip-gosip dunia artis Malaysia dan Indonesia je (kadang-kadang pasal artis pulau)
Ini pulak menu pencuci mulut kami pada petang itu.Orang cakap ala-ala sambil gosip sambil mengunyah
Petang tu meja yang paling lama duduk di sini ialah meja kitaorang lah.
Sampai pelayan cakap "kami dah nak tutup meja buffet".
Tapi kami jawap "buatlah,tapi kami nak duduk-duduk dulu boleh?".
Biasalah nak bukak hadiah sarung tangan golf & topi lagi...
Mengomel-gomel sambil minum kopi sedar tak sedar dah pukul 430petang,jadi sesi terakhir bergambar beramai-ramai pasti tidak di lepaskan.Dia mesti nak duduk depan punya...
No comments:
Post a Comment