Wednesday, February 27, 2019

Mencekek tedarah Di Abang Simpang

 Dah lama rasanya RA tak singgah kat kedai makan kawan RA nie.Kedai Makan Di Abg Simpang yang terletak di Nusa Bistari 2 ini menjanjikan menu yang ringkas tetapi sedap yea.Amacam nampak tak mee kawin ni...Campuran dari Kueh Tiew Goreng+Mee Goreng.Memang menyelera dan menjanjikan...
 Malam nie RA ada buat pertemuan dengan kawan-kawan sekolah lama.Ala takat jumpa-jumpa borak-borak sebab dah lama sangat tak jumpa diaorang nie.Jadi pertemuan di buat di sini yang kebetulan kedai kawan sekolah juga.Siapa lagi nak sokong perniagaan kawan-kawan kan kalau bukan kawan-kawan sendiri.
 Korang kalau ke sini jangan lupa mencuba kopi 3 layer nie.Sedab beb...memang kaw habis.Yang penting pakai gula melaka yea..

Bandung 3 layer nie pun sedap.Korang boleh cuba salah satu.Dua-dua sedap.Air nie produk baru kat kedai ni.
 Nak makan makanan barat pun ada.Boleh amik Chicken Chop , Roti John racun ataupun Fish & Chip. Burger jangan cakap lah,ada pelbagai burger dan ablong di jual.Sekali cuba pasti nak datang lagi
Wan oh wan,aku ejas baik kedai ko nie wan oiii hehehe...Oh yea nama tokeh kedai ini Wan.Nama manja dia BigDady haha.
 Lama tak jumpa diaorang nie terutama yang 3orang bertudung tu.Sorang kat KL,sorang lagi baru baik dari sakit dan sorang lagi sibuk memanjang menjalankan 3tugas sekali gus.
 Yang diri baju hitam tu lah tokeh nya.Muka macam garang tapi dalam hati ada taman.Dialah juga tukang masak dia lah juga tukang buat air dan kadang-kadang dia bantai semua masak burger...abis semua dia pulon sorang hehehe.Amik la pembantu baru Wan oi.senang sikit nanti keja kau tu.
Mak dara sorang nie pantang jumpa kawan-kawan mesti dia nak berswafoto je kejanya.Maklum la turun jb sesekali dah jadi orang KL katanya.Apapun gembira dapat jumpa korang semua walaupun jumpa sekadar makan malam dan sokseh sikit-sikit.Balik KL nanti elok-elok naa...

Monday, February 18, 2019

Pasar Tawau dan sekitarnya

Hari terakhir di Tawau.Petang nanti dah nak gerak balik ke JB dah.Jadi sebelum bertolak balik jom kita jalan-jalan sekejap di Bandar Tawau ini.Mercu tanda Tawau udang kara lah...
Hari ini RA nak ke Pasar Ikan Tawau.Pasarnya terletak kat belakang Pasar Tanjung Tawau je.Jadi dah lalu tu kan singgah lah sekali lagi di sini tapi kali ini beli kerepek-kerepak jek.
 Tu dia gembira sungguh Encik Jaffar ke ke pasar yea.Jom kita tengok apa yang ada dalam pasar basah tu.
Wah ikan-ikan kat sini memang murah-murah lah.Ikan Caru RM12 sekilo jer.Ikan merah tu RA tak tau lak nama nya. 
 Sotong merah jangan cakaplah.Kat sini baru RM7 sekilo beb.Tu sotong bulat RM10 sekilo jek.Mana nak dapat kat Jb weyy.
 Ikan bawal RM8 dan ikan yang lagi satu tu RA tak pasti nampak macam ikan bilis besar. 
 Ikan tongkol jangan cakap lah.Macam-macam saiz ada.Tengiri pun murah yea kat sini.
 Paling syok tengok Udang nie.1kilo RM10 jek beb...boleh Pesta udang kalau duduk Tawau nie.
Udang yang nie mahal sikit.Udang memang saiz XXXL.Baru kuar dari laut.Sekilo RM80.Udang nie memang Rare lah nak dapat sebab udang laut bukan udang yang bela kat sangkar tu.Yang dalam bakul siap sekor udang kara tu semua berharga RM50.
 Nampak tak saiz udang tu.satu Udang Kara satu lagi udang XXXL.Kat pasar Tawau Udang Kara agak mahal sikit dari Semporna.Kalau tak silap harganya dalam RM15-RM25 seekor.
Udang putih XXL je lah yang RA beli.Panjang pun dah macam jari telunjuk RA.Yang dalam bakul tu Ikan Kerapu.Perghh goreng masak buat tiga rasa nie memang terangkat beb.Seekor tu ada dalam 4-5kilo tu.Baru naik dari bot.Harga sekilo RM35 Jek. 
Oklah kita tinggalkan pasar.RA siap bawak balik 1kilo udang XXL jek.Yang lain Kak Laila dan Kak Nini pulon bawak balik.Pek dalam kotak ikat dan plaster cantik-cantik untuk elakkan busuk.Makan tengahari kami di salah sebuah kedai berhampiran hotel sebelum menaiki Grab ke lapangan terbang.Menu kat sini memang terbaik.Nasi Komando lah beb hahaha.
Jam 7malam kami tiba di Lapangan terbang Senai.Tengoklah bag dah beranak penak.Kononnya tak mau beli banyak,tapi bila dah jumpa apa yang nak beli sampai terlebih baggasi hahaha.Apa pun RA gembira dapat bercuti dengan anda-anda semua.Semporna dan Tawau memang terbaik.Kami pasti akan datang lagi.Terima Kasih Orang Sabah Bah..Boleh Bahkaloko

Sunday, February 17, 2019

Dari Semporna ke Tawau Kiter

Selamat Pagi Laut Celebes.Pagi ini bangun awal semata-mata nak lihat matahari terbit.Cantik sungguh suasana pagi di atas resort ini.
Dari gelap hingga ke terang matahari mula terbit dari ufuk timur.Tenang dengan tiupan angin yang menderu.Masa ini kami semua ke bilik paling hujung untuk melihat keindahan ini.
Ada yang baru bangun tu masih menatapi keindahan di hadapan bilik.Nak tahu tu lah bilik kami bermalam semalam.Bawah tu air dah surut memang sesuai turun mandi.
Dan di sinilah malam semalam kami dok lepak makan jajan dan berbual sambil menikmati angin malam.
 Lepas je sarapan RA dah turun ke bawah untuk melihat batu karang dan mandi manda sepuasnya.Air laut sangat suam-suam dan cetek sangat.
 Beberapa teman yang lain turut turun tak mahu melepaskan peluang yang jarang-jarang ada ini.
Selain batu karang dan ikan-ikan yang cantik terdapat juga banyak tapak sulaiman yang cantik-cantik di sini.Kusyuk Encik Jaafar mendengar penerangan dari RA yea...haha penerangan konon.
Sebenarnya tapak Sulaiman yang ini tidaklah membahayakan batu karang atau manusia.Yang bahayanya tapak sulaiman mahkota berduri tu.Yang tu bahaya pada manusia dan batu karang.
Comel tak tapak-tapak sulaiman nie? Dah rasa macam katon Spongebox pulak.Setakat ini cuma dua jenis tapak sulaiman ini sahaja yang banyak terdapat di sini.Warna merah jambu ke kuningan dan warna biru.
Haa tengok mereka dah terlebih teruja nak melihat sendiri dari dekat.semua kami turun ke bawah yang perempuan pulak tak jadi turun sebab kami cuma mempunyai masa sejam setengah sahaja sebelum feri resort membawa kami pulang ke daratan di Semporna.
Selamat tinggal Lato-Lato Resort.Selamat Tinggal Bohey Dulang yang dari jauhan.Kami pasti akan datang kembali.Esok dah nak berangkat pulang jadi sebelum tengahari kami semua kena berada di semporna dan meneruskan perjalanan ke Tawau pulak.Malam ni bermalam di Tawau lah kita yea.
 Sebelum ke Tawau sempat bergambar dengan udang kara yang di jual di tepi jeti.Amboi bawa lah balik kalau nak hehehe...Murah je tu.
 Setelah sejam 30minit perjalanan dari Semporna RA tiba di Bandar Tawau.Tidak lah sebesar mana tapi cukup membangun.Selepas daftar masuk bilik hotel kami semua menuju ke Restoran Makanan Laut Titingan cawangan Bandar Tawau yang terletak di Wisma Jin Ho kira-kira 800 meter dari hotel kami.Orang bilang masakan kat sini sedap dan murah.Sampai memang perut dah lapar jadi menu yang di pesan ialah KERANG REBUS 
 Sotong goreng tepung , udang XXL masak telur asin 
 Ada dua versi udang.Satu yang besar dan satu lagi yang bersaiz XXL.
 Sayur kailan goreng nie memang ranggup.
 Ini ikan kerapu merah masak tiga rasa.Memang terbaik harga seekor cuma RM35 sahaja.Macam tak percaya jek.
 Asalnya RA nak pesan ketam masak lada hitam tapi katanya ketam takde yang ada cuma ketam sumbat ini sahaja.Jadi kami balon yang ini je lah.Memang menu ini menu popular kat sini dan ternyata memang menjanjikan.
Kami 9orang makan cuma RM216.40 sahaja.Murah kan...
Perut dah kenyang hati dah senang RA menuju ke Pasar Tanjung Tawau.Nak cari stok ikan bilis katanya.Senang je nak tahu mana pasar ini.Ia terletak sama bangunan dengan UTC Tawau.
 Ikan bilis kat sini memang murah tapi tidak semurah seperti di Tanjung Pinang Indonesia.
Ikan Bilis Mata biru jika di Tanjung Pinang tempoh hari RA boleh dapat RM35-RM40 sekilo.
 Banyak juga lah makanan laut kering di jual di sini.Ada ikan kurau kering , Ikan Terubuk , Udang kering , sotong dan macam-macam lagi.
Tawau menawar memang kena ada.Diaorang nie kalau kita pandai tawar memang akan dapat harga yang berbaloi.Contoh udang kering nie setelah di tawar menawar dari RM65 dapat RM50 sekilo.
Kali ini RA beli stok ikan bilik kopek dengan udang geragau.Buat stok berbuka di bulan puasa tak lama lagi.Memang bila Ramadahan stok ikan bilis nie lah jadi pilihan RA.Goreng garing-garing dengan bawang dan lada hijau letak kicap dan perah limau perrhhh mau 2pinggan makan tak toleh kiri kanan.hehehe.Oklah cukup untuk hari ini.RA nak berehat di hotel.Malam nie kalau larat RA nak pergi urut badan di kawasan berhampiran.Badan dah sakit-sakit nie.Esok penerbangan kami jam 3petang.Jadi jam 1230tengahari dah gerak dari hotel ke lapangan terbang.Pagi esok lepas sarapan masih sempat berjengkit singgah ke pasar ikan Tawau pulak untuk tengok apa yang patut di bawa balik.Jumpa esok yea.

Saturday, February 16, 2019

Ke Bohey Dulang dan Sekitarnya kiter

Selamat pagi dari Semporna.Ini adalah suasana pagi yang biasa di Semporna.Agak menyedihkan bila tak jauh dari pintu hotel , kita nampak keadaan yang pilu ini.Moga kamu dan adik kamu di lindungi. 
 RA bangun agak awal juga.Di sini jam 6pagi dah terang benderang.Jam 7pagi RA jalan-jalan ke pasar ikan yang berhampiran dengan hotel RA.Melihat pelbagai aktiviti penjualan ikan dan masyarakat setempat.Memang Semporna terkenal dengan ikan-ikannya.Sampaikan ikan buntal pun mereka jual.Tapi hati-hati jika tidak pandai menyiang pasti akan keracunan dek racun yang ada di badannya.
 Ikan pari gergasi dan ikan yu paling banyak mendapat permintaan di sini.
 Ada juga ikan di terumbu karang yang mereka jual.Di ceritakan oleh penduduk setempat kebanyakkan ikan-ikan seperti ini di tuba dan selalunya ikan ikan sebegini takde orang yang mahu sebab isi nya tidak berapa enak untuk di masak.Yang RA heran tiada penguatkuasaan terhadap larangan menuba ikan.Ikan-ikan seperti ini sepatutnya di biarkan membiak di batu karang.
 Ini sejenis ikan spesis todak.Harga pun tak berapa mahal sangat.Dalam RM5-7 sekilo. 
4 Ekor Udang Kara , 2 ekor ketam dan 2 siput ini pulak kami beli dengan nelayan Bajau yang singgah di jeti dengan harga cukup murah iaitu RM30 satu bag.Bawak pergi resort dan makan untuk malam ini.
 Selepas bersarapan dan jalan-jalan pusing pasar semporna kami di jemput oleh pengusaha bot dan resort untuk di bawa ke sana.Aktiviti RA hari ini ialah ke Bohey Dulang dan pulau-pulau di sekitarnya iaitu Pulau Matabuan , Sibuan dan perkampungan Bajau.
 Penuh satu bot dengan kumpulan kami sahaja.Memang bot ini sangat-sangat lagi tapi adakalanya dia terpaksa memperlahankan laju bila berada di perairan batu karang yang cetek.
Dari Semporna kami ke Lato-Lato Resort tempat penginapan kami untuk malam ini untuk meninggalkan bag bagasi kami sebelum meneruskan perjalanan ke Bohey Dulang.Menurut pemandu bot kami resort kami dengan Bohey Dulang cuma sekitar 20minit perjalanan bot sahaja.Tapi dari Semporna nak ke Resort pulak mengambil masa 45minit melalui beberapa rumah rakit dan Pulau Bum Bum.
Akhirnya setelah 45minit , RA tiba di Lato - Lato Resort.Saat tiba kat sini RA sangat teruja sebab air laut yang cetek dan memang jernih-sejernihnya.Batu -batu karang jangan cakaplah,memang banyak kat sini.
Angin kat sini memang sepoi-sepoi dan RA nampak ada pengunjung yang turun mandi di bawah dengan air cuma sedalam dada sahaja.Kata pekerja resort kalau air pasang paras paling tinggi cuma bahu dan jika surut cuma paras lutut jek.
Setelah bayaran di buat dan meletakkan bag di bilik RA menaiki bot yang sama ke Bohey Dulang pulak.
Jom meneruskan perjalanan ke pulau impian hehehe.
Semakin menghampiri Bohey Dulang air semakin ke hijauan dan jernih kelihatan.
Akhirnya sampai juga di sini.Kat pulau ini tiada tempat tinggal tetapi ada pondok polis dan tentera yang menjaga pulau ini siang dan malam.Pengunjung hanya di benarkan melawat pada waktu pagi sehingga jam 3petang sahaja.
 wah-wah semua gembira nampaknya dah sampai...tak sabar nak naik ke atas pulau untuk melihat keindahannya.
 Kalau ke Bohey Dulang mesti kena naik ke atas bukit paling tingginya.Jadi pihak pengurusan pulau menetapkan bahawa sesiapa yang nak naik kena pakai kasut yang sesuai atau menyewa dari mereka.Jika tidak mereka tak benarkan naik bagi memastikan keselamatan pelancong. 
 haa puncak atas tu lah yang akan RA dan mereka-mereka ini daki.Di sebabkan 3dari kami tak bawa kasut dan kasut untuk di sewa juga sudah abis di sewa , maka mereka yang lain terpaksalah menunggu kami sehingga selesai.
 Ketinggian Bohey Dulang ini cuma 600meter sahaja.Laluan ada yang berbatu dan kebanyakkan telah di perbaiki sesuai untuk laluan pelancong.Masa RA nak naik memang ramai pelancong-pelancong dari China yang ke sini.Ada yang bawak anak kecik-kecil lagi.
 Ala Cikgu Ros, 600 meter tak delah susah sangat kan.Sikit je lagi sampai lah tu.
 Dua orang kaki sukan mencuba nasib mendaki hari ini.Lagi 100meter je lagi sampai tu...sikit je lagi hehehe.
 Dan akhirnya sampai juga di sini.Panas lit-lit bagai hehehe. 
 Subhanallah indah sungguh syurga dunia ciptaan Allah ini.
 Berada di atas ini seumpama mimpi jadi kenyataan.hehe
 RA belanja gambar panorama di sini
 Dan ini juga.
 Cikgu Rosnah dan suami tiba selepas 10minit RA tiba dan 2orang lagi ahli sukan fizri dan Kak Nini tiba setelah 20minit kemudian.
Sempat kami bergambar bersama di sini.
 Sesi fotografi bersendirian bermula hehehe
Rasa macam kat luar negara pulak kan.Indah Bohey Dulang ini.Patutlah dulu menjadi rebutan.
Di ceritakan Bohey Dulang terhasil dari ledakan gunung berapi jutaan tahun dahulu.Lokasi Bohey Dulang ini paling hampir dengan Philipina. 
 Wah Popia Cheese sudah sampai di Bohey Dulang...Siapa nak tempah boleh hubungi tokeynya Kak Nini di 016-7730104 sebalang RM 15 jek.
Bohey Dulang dari atas dan dari bawah.
Jam 12tengahari kami semua dah turun dan meneruskan perjalanan ke Pulau Matabuan untuk berehat makan tengahari seketika.Terdapat markas tentera untuk menjaga keselamatan pulau dan pengunjung di sini.
 Dah kenyang makan kami di bawa ke tengah pulau sedikit untuk snorkeling di sini.Kat sini memang batu-batu karangnya cantik dan ikan memang banyak.Campak je lah sisa makanan tadi pasti berkumun ikan datang.
 Dari Pulau Matabuan kami di bawa ke pulau Sibuan pulak.Jarak agak jauh juga sekitar 25minit menaiki bot.Amacam ada macam hero pelakon Baywatch tak hehe.
 Air kat sini jernih giler beb.Korang boleh mandi sampai lebam kat sini.Tengok bang Jaafar tu terapung-apung di pantai.
Siapa yang tak gembira lihat air laut sejernih ini.
 kat pulau Sibuan ini ada beberapa kampung penduduk Bajau Laut yang meninggalkan tradisi mereka tinggal di bot.Orang Bajau laut di sini membina rumah iaitu lari dari beberapa rakan mereka yang masih memilih untuk tinggal di atas bot di laut. 
Haaa buat apa tu cik kiah dan cik senah lawat kampung? Berkenalan dengan anak ikan ke tu hehehe. Berjalan memang tak ingat nak balik yea...puas kami menunggu dua orang ini tak balik ke bot sebab nak pergi snorkeling kat tempat lain lagi sebelum hari petang.
 Jam 430petang kami bergerak pulang ke resort dengan air laut yang sedikit surut.
Setelah membersihkan diri , RA berehat mengambil angin laut di hadapan bilik.Sungguh nyaman dan indah sekali.
 Saat matahari melabuhkan tirainya RA sempat merakamkan detik-detik indah itu dari atas resort.
 Langit Senja melabuhkan tirainya.
 Berada di tengah laut saat matahari melabuhkan tirainya adalah detik pengalaman manis di sini.Sayup dan tenang di rasakan. 
 Senja menjelang.Margrib hadir dan RA perlu segera mengerjakan perintahnya.Selepas solat Margrib perut mula rasa lapar.hehehe.Sambil menanti makan malam siap kami dok berbual-bual dan minum teh di atas resort.
 Malam di Lato-Lato dengan angin yang kuat dan pemandangan ini pastikan menjanjikan 1001 kenangan.
 Jam 8 , makan malam kami tersedia di hidangkan.Menu utama ketam masak cili wooo....Masing-masing berebut makan hahaha.Lepas makan semua kekenyangan di depan bilik.Untuk pengetahuan semua depan bilik kami ada balkoni jadi malam-malam kami dok melepak di luar balkoni dengar lagu dari telefun bimbit sambil makan kacang dan di buai oleh angin malam.Perghh terbaiklah.Oklah geng...kita jumpa esok pulak yeaa..

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....