Tuesday, December 31, 2019

JJNM : Roti Bakar Famous BBU

JALAN-JALAN NAK MAKAN (JJNM)

ROTI BAKAR FAMOUS JB

 Hello Gais.....Malam di ambang tahun baru nie, RA nak buat "review" sikit pasal Roti Bakar Famous JB yang menarik perhatian ramai netizen termasuk RA.Kedainya terletak kat Bandar Baru Uda No 32 Jalan Padi Emas 2.Nama kedainya FOOD DISTRICT CAFE dan menu spesialnya roti bakar inilah.
Menu paling gempak kat sini ialah Supreme Toast & Premium Toast.Ada 4jenis Supreme Toast kat sini.RA punya "Supreme Toast Beef" 
 Kawan RA amik "Supreme Toast Jantan".
Dua lagi menunya ialah "Supreme Toast Chicken" dan "Supreme Toast Mix".Harga dalam lingkungan mampu makan antara RM12- RM20 setiap satu.
Apa yang menarik roti ini sangat lembut dan keju di atasnya diaorang bakar dengan api menyala di hadapan kita...hehe..Korang jangan kasi anak korang duduk dekat sangat yea.Satu yang RA suka kat sini semua makanan yang di senaraikan di menu semua ada kecuali satay sebab katanya tuan gerai tepi kedai tak bukak pulak malam nie.
 Untuk senang korang nak jumpa, RA letak sekali gambar kedainya.Apa yang RA suka kat sini layanan memang memuaskan.Tidak seperti peniaga yang sebelum ini berniaga di tempat yang sama.Tempat ini memang sempoi dan sesuai untuk lepak-lepak makan bersama keluarga.Cuma kalau boleh tak payahlah jual Syisha yea.

Friday, December 27, 2019

Pakej Pulau Bintan - Harga Terbaru 2020

Hai semua...RA sediakan 2 pakej ke Pulau Bintan dengan harga terbaru.
Sebenarnya ramai yang tak tahu bahawa Pulau Bintan ini terletak bersebelahan dengan Pulau Batam dan lebih besar dari Pulau Batam.Ia juga terletak berhampiran dengan Singapura.
Di Pulau Bintan ini ada beberapa pekan @ bandar.Antara pekan atau bandar-bandarnya yang terkenal ialah Tanjung Pinang , Tanjung Uban , Pekan Kijang dan Lagoi.
Jadi Pakej yang RA buat ini feri nya mendarat di Bandar Tanjung Pinang.
Korang boleh pilih untuk ke Tanjung Pinang + Pulau Penyengat + Pantai Trikora 
atau ke Tanjung Pinang + Pulau Penyengat + Gurun Pasir + Pantai Lagoi Bay



HUBUNGI 6012-7709809 NAZ@ADAM

Tuesday, December 24, 2019

Sepetang di Selat Johor

Assalamuaikum dan hai semua.Hari ini RA dah nak balik ke Johor Bahru setelah bercuti selama 3hari di Pulau Bintan.Jadi RA nak berkongsi dengan korang gambar-gambar yang RA ambil di Selat Johor dari atas feri yang di naiki RA.
Gambar yang ini RA amik semasa masih lagi di perairan Singapura.
 Nampak cantik tak metari petang.Perlahan-lahan feri kami mula memasuki Selat Johor menuju Stulang Laut.
 Pelabuhan Johor sudah mula kelihatan.Beginilah pemandangan dari selat di Pelabuhan Johor.
 Masa RA naik atas dek nie cuma RA dan Owen (anak Kak Rovita) ada.Orang lain bila diaorang nampak kami naik baru lah sorang demi sorang naik.Pemandangan dari Selat Johor di waktu petang sangat memukau.
 Cuaca tak adalah panas sangat masa nie,Ramai yang bergambar dan tak lepas juga yang merakam dan membuat panggilan video.
 Mintak tolong orang amikkan gambar RA dengan Owen.
 Masa RA amik gambar nie jam dah mula ke pukul 650petang.
Feri kami bila masuk perairan Selat Johor mula bergerak agak perlahan.Dari Pelabuhan Pasir Gudang menuju Teluk Jawa , Senibung dan akhir sekali Stulang Laut.Jam 710malam gambar ini di ambil dan tiba sepenuhnya di SAtulang Laut jam 730malam.Malam nie malam krismas jadi esok kami semua bercuti.Ini yang menariknya bercuti menaiki feri nie.Pemandangan indah begini hanya dapat di nikmati dengan menaiki feri ke Pulau Bintan atau pun ke Pulau Batam.Oklah nanti ada gambar-gambar yang menarik RA akan kongsikan lagi di ruang yang lain.

Monday, December 23, 2019

Tj.Pinang , Gurun Pasir dan Lagoi

Oklah hari ini RA nak bawak korang pusing-pusing Pulau Bintan.Besarnya Pulau Bintan nie adalah sebesarnya Singapura.Tapi tak lah maju macam Singapura.Ada pekan-pekan yang dah di bangunkan dan ada juga beberapa tempat yang masih lagi kurang penduduk.Kota Tanjung Pinang adalah pusat pentadbiran dan penempatan paling padat di sini.Ok kat sini korang bolehlah membeli belah pelbagai barangan antaranya Kain,Batik,Bag,baju, Telekong dan macam-macam lagilah.Paling menjadi tumpuan makanan laut kering macam dalam gambar nie.Ikan bilis , udang kering , sotong kering , Ikan kering dan pelbagai lagi produk makanan ini di jual dengan harga yang cukup murah.Boleh lah kalau nak tawar menawar.
Selain tu tak jauh dari Kota Tanjung Pinang iaitu di kawasan Sungai Carang ada satu lagi kawasan peninggalan sejarah iaitu Kota Raja/Kota Lama Kerajaan Melayu Johor Riau-Lingga-Pahang sekitar tahun 1673 hingga 1805.Tetapi di sini hanya terdapat runtuhan-runtuhan bangunan yang di musnahkan saat Sultan Melarikan diri ke Lingga bagi mengelakkan tentera Belanda menaklukinya.Tak jauh dari Kota Lama nie terdapat 2Makam yang amat terkenal iaitu Makam Daeng Merewah dan Daeng Celak.Mereka ini adalah Yang di Pertuan Muda Riau I dan II.Iaitu jawatan selepas Sultan yang di wujudkan atas jasa mereka membantu Sultan Johor menentang Raja Kecik.
 Sejam perjalanan dari Sungai Carang RA bawak korang ke Gurun Pasir Bintan.Kawasan ini dulunya merupakan kawasan kuari pasir yang di arahkan tutup oleh kerajaan Indonesia atas exportnya ke Singapura.
 Tempat ini sekarang di bangunkan menjadi salah satu tempat tumpuan pelancong yang semakin popular lebih-lebih lagi sekarang dengan ada banyakya tasik biru di sekitarnya
 Ada juga di sediakan aktiviti untuk memanah di sini.
 RA datang ke sini dah hampir masuk tengahari , jadi agak rentung jugak lah kami di sini.Cantik juga tempat ini sesejak di ambil alih oleh penduduk.Cuma RA terkilan dengan sikap pengotor sesetengah pengunjung yang membuang sampah merata-rata di sini.Pihak penguruasan juga sepatutnya menyediakan tong-tong sampah bagi mengelakkam pengunjung membuang sesuka hati. 
 Dari Gurun Pasir kita beralih ke Kolam renang TERBESAR DI ASIA TENGGARA.Yea gais..terdapat di Pulau Bintan ini.Nama tempat ini ialah Treasure Bay.
 Kolam renang dia memang bapak besar giler lah.Tiket masuk kat sini 100 ribu rupiah (RM30) .Banyak aktiviti air yang boleh korang buat di sini tapi kenalah sewa dan bayarlah.
 Permainan Slide dengan boya nie diaorang bagi percuma,korang leh cuba seberapa banyak yang korang nak.Tapi korang mesti tahu berenang sebab dia akan meluncur ke tengah-tengah kolam yang dalamnya sekitar 2.5meter.Selain tu korang boleh relek-relek kat kerusi yang diaorang sediakan macam RA buat dalam gambar nie.
 Yang korang nampak khemah-khemah putih kat sebelah kolam renang tu sebenarnya hotel.Diaoarang buat ala-ala macam khemah Red Indian.Korang boleh menyewa bilik siap dengan penghawa dingin lagi tau.Kalau tak silap RA harga semalam dalam RM200-RM300 bergantung dengan bilik apa yang korang ambil.
Kat tepi kolam nie memanglah pasir tapi bila masuk dalam kolam renang tu bersimen yea.Takde pasir pun.Boleh mandi sepuas puasnya ikut berapa lama yang korang larat dan tempat ini di buka sampai malam.
 Ok kalau tak mau mandi kat Treasure Bay korang boleh mandi atau santai-santai kat Pantai Lagoi Bay.Tak jauh pun dari Treasure Bay.Tempat ini di buka untuk orang awam percuma.Dan seperti biasa bila dah di buka pada awam maka sesuka hati je sesetengah pengunjung nie membuang sampah sarap kat sini.
 Puas hati juga lah kalau berriadah kat sini.Tapi ombak kat sini agak kuat jadi kena hati-hati yea.
Masa RA sampai sini dah nak lewat petang.Jadi dapatlah tengok matahari terbenam sebelum pulang semula ke Kota Tanjung Pinang.
 Kalau ke Tanjung Pinang tak cuba masakkan lautnya memang rugi weyy.Jadi dalam perjalanan pulang kami sempat solat Magrib di Masjid Nur Ilahi Pulau Dompok.Masjid baru ini adalah yang terbesar di Bintan dan di bina di atas bukit Pulau Dompok bersebelahan Kota Tanjung Pinang.Selesai solat barulah kami makan malam di Restoran Suria Dermaga iaitu sebuah restoran terapung tak jauh dari Masjid ini.
Harga makanan kat sini sangat berpatutan jika nak di bandingkan di Kota Tanjung Pinang.Sedap tau.Jadi kalau korang nak ke sini boleh lah klik harga pakej yang RA buat di ------>

Sunday, December 22, 2019

Pulau Penyengat Indra Sakti

 Yea..RA ke Pulau Penyangat lagi.Kali ini RA pergi bersama keluarga rakan-rakan RA iaitu Keluarga Dr Mona dan Kak Rovita.Kira setahun lebih juga RA tidak ke sini dan sepanjang itulah Pulau Penyengat semakin cantik dan di naik taraf.Satu ke istimewaan pulau ini ialah walaupun di kelilingi laut tapi terdapat banyak perigi-perigi yang mengeluarkan air tawar buat kegunaan penduduk di sini.
Selain itu banyak pembangunan yang RA nampak di pulau ini antaranya tiada lagi sampah sarap di bawah-bawah rumah terapung.Rumah-rumah di tepi laut yang di catkan warna kuning dan hijau.Pintu gerbang pun dah cantik manakala kubur-kubur kerabat di raja yang di selengara dengan baik.
 Banyak kesan sejarah di sini.Berada di Pulau Penyengat RA rasakan berada di kampung sendiri.Oklah kalau korang nak ke sini korang boleh belik-balik harga pakej yang RA buat di muka surat hadapan yang lain.RA ada letak harga yang menjanjikan yang tak dapat kat tempat-tempat lain.Ke Pulau Penyengat tak sah kalai tidak singgah di Balai Adatnya.Kat sini korang boleh menyewa persalinan baju Melayu lengkap dengan keris,tanjak dan singgahsana untuk korang bergambar.
 Macam yang keluarga Dr Mona dan Kak Rovita nie buat.Masing-masing bergaya dengan pakai masing-masing.Harga sewaan kalau tak silap sekitar 50ribu rupiah.
 Lepas tu korang boleh lah bergaya macam mereka-mereka nie.
Nak bergaya di singgahsana pun boleh.Sesekali rasa macam Sultan & Sultanah Melayu
Laut betul-betul terletak di hadapan Balai Adat ini dan nasib kami baik sebab kami tiba petang di sini jadi dapatlah lihat keindahan matahari terbenam dari tepi laut.
 Dataran di hadapan balai adat ini pun dah di luaskan.Jadi berpeluanglah kami bergambar di sini.
 Mungkin 5-6bulan lagi kawasan ini akan menjadi salah satu lagi tempat tumpuan pelancong.
RA sempat bersolat Margrib berjemaah di Masjid Raya Sultan Riau yang terkenal ini.Masjid yang di bina dengan mengunakan telur masih terserlah gah menjadi mercu tanda wajib lawat ke Pulau Penyengat.Singgah lah ke Pulau Penyengat banyak kesan sejarah terdapat di sini.Pulau yang dahulunya di jadikan hantaran mas kawin buat Almarhumah Tuan Puteri Raja Hamidah (Engku Putri).Korang pasti akan teruja dengan suasana kampung di sini.99% penduduk di sini adalah Orang Melayu.Hanya ada 1 keluarga Cina saja yang tinggal di sini itu pun dulu zaman dulu tok-nenek dia dah duduk lama di pulau ini.Jom lah ke sini....nak tahu harga pakej leh tengok di ------>
https://riodenaz.blogspot.com/2019/12/pakej-pulau-bintan-harga-terbaru-2020.html

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....