Thursday, August 1, 2013

Iftar Kongsi-Kongsi

 Asal boleh je kan tajuk blog kali ini..haha.Sebenarnya Iftar hari ini atas pelawaan tuan rumah Habang Yunus yang berhajat membuat majlis berbuka ala "PotLuck" di rumahnya.Kami ini mengikut je lah,lagipun esoknya RA tak bekerja.Terkejar-kejar jugaklah dari tempat kerja RA ke Taman Universiti.Maklumlah hari bekerja memang jalan raya petang-petang agak sesak dengan kenderaan.Semua nak balik awal untuk berbuka puasa.Tapi Alhamdulillah RA sempat tiba sebelum jam 7malam.

Tak sempat nak masak apa pun,balik kerja RA terus ke Pasar Pandan untuk beli juadah berbuka.Menu "PotLuck" kami ialah :

CAPATI PAKISTAN + KUAH KIMAH - RA BELI JE

KEBAB PAKISTAN - RA BELI JE

KFC - KAK ROVITA BELI

SATAY DAGING & AYAM 100CUCUK - AZI BELI

MEE HOON GORENG - AZI MASAK

ASAM PEDAS BUNGA-BUNGA CINTA RESEPI BERKASIH - ABANG YUNUS MASAK

AIR OREN (TAKDE RIBENA) - ABANG YUNUS SEDIAKAN

AIR TEH PANAS - SAPURA SEDIAKAN

NASI PUTIH - ABANG YUNUS SEDIAKAN

Ala yang datang malam tu muka-muka kita jugak di tambah dengan Rahim & Sapura (anak saudara abang Yunus).Macam biasalah lepas berbuka sesi bersuai kenal (untuk kali,tah keberapa pun RA tak ingat) di adakan dengan di selang selikan kehadiran Mai.


No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....