Haaa malam ini RA ke Taman Perling pulak untuk ke majlis rumah terbuka untuk kawan-kawan pasangan Ika & Anwar juga ibunya Makcik Enon a.k.a Evon.Memandangkan hari ini hari bekerja,lawatan di buat pada waktu malam.Anak-anak nak ikut sama pun boleh.Wah menu utama dah pun Ika masak iaitu Makaroni daging bakar dan Lagsania.
Tapi beraya di rumah Ika & Anwar tahun ini sedikit berbeza pada tahun-tahun yang lepas.Tahun ini sambil beraya dan berrumah terbuka,kami juga membeli belah baju dan seluar pada harga diskaun 50%.Ini di sebabkan Kak Linda iaitu kakak Ika membuat jualan bersempena hari raya hehe.Kedai yang dia sewa di Pasar Pandan nak di tutup sebab tak ada orang yang nak uruskan.Jadi banyak pakaian yang dia jual pada separuh harga.Amboi Kak Rovita dan anak-anak beli banyak nampak? haha.
Kitaorang orang lelaki tengok je lah,sebab pakaian yang di jual kebanyakkan pakaian untuk orang perempuan jek.Makan sambil tengok je dari jauh.Mau 2pinggang jugak bertambah soto dan Lagsania si Ika nie.Jam 11malam kami semua meminta izin untuk pulang sambil di sambut dengan titisan-titisan hujan yang turun renyai-renyai malam itu.Selamat Hari Raya Ika & Anwar.
No comments:
Post a Comment