Alkisah moreh ini bermula pada minggu pertama puasa.Selepas sahaja bersolat Terawih di surau berdekatan RA dan kawan-kawan lain berkumpul di Restoran Habib Tampoi Utama atas pelawaan Azie dan Olie yang hendak memberikan Daging Salai Masak Lomak Cili Api katernya.
Ha inilah dia daging masak lemak tu.Maklumlah masak banyak sangat semasa berbuka puasa dengan keluarga adik beradiknya.Jadi ada yang menegur di "Whatapps" nak merasa katernya.Malam tu jam 10malam kami balon lauk ini sambil memesan air & nasi putih sahaja di Restoran Habib.Yum yum,sodap Jang!!!
Kesinambugan bermoreh RA kali ini pulak di teruskan di Restoran KFC Jalan Skudai bagi menyambut ulang tahun kelahiran dan menceriakan seorang sahabat yang merajuk katernya.Malam itu kami semua berkampung di KFC makan ayam goreng sambil tersengeh-sengeh menonton drama TV3 di kaca TV restoran ini.
Moreh RA seterusnya di Restoran Alif Bandar Baru Uda yang telah di ubah pada saat-saat akhir atas sebab-sebab ke sesakkan di bandaraya Johor Bahru.Rancang nya nak ke Bazar Karat tapi di sebabkan kesesakkan lalulintas kami semua berpatah balik dan bermoreh di BBU.Tengok tu si Amely sampai tertidur atas meja.Nescafe dan roti tisu buat menghilangkan dahaga dan mengantuk.
Selang beberapa hari sahaja sebelum hari raya,RA berkesempatan bermoreh di Pasar Pandan Uptown Johor.Nak makan Roti John Komtar katernya.Walaupun melalui kesesakan dan masa tu kereta RA rosak masuk bengkel sebab masalah enjin,RA tetap gagahi juga ke sana.
Masa ini kereta kawan-kawanlah yang menjadi mangsa.Nasib baik ada kawan yang nak angkut RA di Kampung Pasir Jalan Manggis depan station minyak petrol BP di saat RA dalam kesedihan tiada kereta.Gembira dan terhibur sekejap dari masalah tu bila dapat merasa Roti John kegemaran RA.
Malam tu RA balik jam 1230pagi dari Pasar Pandan.Hati tetap bersedih sebab tak pasti bila kereta RA akan keluar dari Bengkel.Apa yang pasti Ramadhan akan meninggalkan kita dan Syawal bakal menjelang.Pasti pengalaman moreh tahun ini menjadi ingatan manis RA bersama teman-teman.Pembaca kalau mahu merasai nikmatnya suasana bermoreh pastikan anda semua bersama-sama keluarga dan rakan tersayang agar kemeriahan Ramadhan itu menjadi ingatan.
No comments:
Post a Comment