Sunday, August 18, 2013

Star Wars Menyerang Legoland Johor

Bagi peminat Luke Skywalker , Darth Vader , Master Yoda , Princess Liya ,Padme Amedala , R2D2 dan yang seangkatan dengannya pasti tidak mahu melepaskan peluang ini kan.Pada 16-18Aug Legoland Malaysia membuat promosi "Lego Star Wars Days" di taman tema Legoland Johor.

Banyak juga acara yang di rancang sempena promosi ini antaranya membina dan menyusun Lego,mewarna,melukis dan beberapa ujian kecergasan untuk tetamu Legoland.Di sebabkan acara ini di adakan pada bulan Syawal,RA tidak sempat datang masa perasmiannya.Jadi petang tadi selepas rakan-rakan pulang dari beraya di rumah RA pun terus ke sini bersana Nik dan keluarganya.Walaupun dah tiba lewat petang sempat juga RA merakamkan beberapa keping gambar untuk di jadikan kenangan.

Antara model kapal perang galaksi yang di pertontonkan di tapak MINILAND Legoland.Mengikut kenyataan yang di berikan pada salah seorang pekerja di sini,model StarWars akan terus berada di Miniland untuk beberapa bulan sebelum di bawa ke taman tema Legoland di luar negara untuk di tukarkan.

Kapal perang yang mengelilingi glob ini memang bergerak yea.Lampu akan menyala sesekali dan nampak jelas bila waktu malam.

Antara pekerja Legoland yang berusaha menyiapkan gambar "Master Yoga" dengan mengunakan cantuman Lego.Pengunjung terutama kanak-kanak juga di berikan peluang membuat cantuman ini.

Jalan punya jalan terjumpa lah ObiWan Kenobi (versi pakai cermin mata) dan Dark Maul (versi perempuan).Masa dah nak Margrib jadi kena lah cepat-cepat amik gambar,masuk kat sini pun sebab nak tengok binaan Lego tu je.

Dapat jugak amik gambar dengan patung terbesar R2D2 dan Dark Vader.Masa ini kebanyakkan pengunjung semua ramai yang dah balik,yang tinggal mungkin mereka yang masuk mengunakan Pas tahunan.

Tak tahu nak citer apa tentang gambar ini,tapi inilah antara gambar yang sempat dan larat RA amik sebelum balik ke rumah.Apa yang dapat RA terangkan di sini binaan Star Wars dari Lego di sini amat-amat menganggumkan.

Dari jam 630petang sampai jam 8malam RA melepak di sini,sambil-sambil menjengah-jengah tengok taman tema air terbaru Legoland yang akan di buka pada bulan 10 nanti.Wajib beli untuk tikit tahunan tema air pulak nanti.hehe.oklah RA nak masuk tidur ini,Selamat Malam semua.


No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....