Monday, August 19, 2013

Rumah Terbuka Malaysia Airlines Johor

  Hari ini RA dapat jemputan ke Majlis meraikan dan menghargai syarikat pelancongan anjuran Malaysia Airlines bahagian selatan (Johor) di Hotel Thistle JB,sekali gus menyampaikan anugerah untuk agensi pelancongan yang mencatat jualan tertinggi tiket penerbangan mereka.Memandangkan masih berada di suasana Syawal maka di buat sekali bersama majlis rumah terbuka mereka.Hasilnya inilah antara menu-menu yang di sediakan.

 Di Mulakan dengan Lemang,Ketupat Palas,Rendang,Stay ayam dan Otak-otak

Sup Sirip Jerung dengan tiram kering

Ayam Goreng berempah

Ikan Kerapu bersaiz XL masak stim nyonya

Udang goreng mentega

Sayur Barakoli & cendawan cina dimasak dengan sos tiram

Nasi Goreng Cina dan pelbagai lagi manisan seperti pelbagaian kek dan keropok lekor

 Memang menjanjikan dan mengenyangkan.Terutama sekali ayam masak rendang memang terbaik yang amat,cuma sos ikan kerapu yang di masak stim nyonya sahaja rasanya sangat masin.Tapi ada pakar masakan dari "Dapur Ayu" menyatakan mereka memang sengaja masak masin agar isi ikan kerapu yang tawar ini dapat di rasai jika di campurkan dengan sos yang masin itow....(entah yea ke tidaknya RA mengangguk jelah-yealah orang lelaki mana tau pasal masak memasak nie,kalau kena tipu pun bukan RA tahu huhu)

Haa amik kau masin tak masin tinggal tulang je ikan kerapu tu.Meja kitaorang memang sempoi,mana tak nya semua makanan yang di hidangkan memang kitaorang masuk perut sampai licin hehehe.Udang goreng tepung & menteganya memang terbaik.Tapi tak boleh makan banyak sangat-kolestrol tu.

  Yang berdiri tengah-tengah berkaca mata dan yang paling rendah itulah Pengurus baru Malaysia Airlines bahagian Johor.Kitaorang panggil dia Caren jek.Yang lain-lain tu semua pekerja-pekerja dan juga tuan-tuan agensi pelancongan di sekitar Johor.Ada yang dari Segamat & Batu Pahat pun datang ,sama-sama meraikan majlis rumah terbuka.

Tengok ajer lah meja kitaorang semua,habis licin ini.Ini semua adik(baju merah-cerminmata) punya idea lah.Dia yang suruh kitaorang makan sampai habis hehe...Selamat Hari Raya!!!


No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....