Wah memang menjanjikan majlis rumah terbuka merangkap Majlis Sambutan Hari Keluarga di rumah Kak Yati & suaminya di Batu Pahat.Nak tahu sapa Kak Yati ini ? Inilah dia kakak kepada salah seorang abang-abang mengeteh kitaorang siapa lagi kalau bukan Abang Chu Muda Manja kulit bersih pakai sabun Feb jek "Abang Mohd Yunus".(penghawa dingin sikit)
Jemputan ini bukan datang selalu,buat pulak kat Batu Pahat,jadi pagi-pagi tu RA bersarapan dahulu di warong Payung kedai abang Mie sebelum berangkat bersama Olie & keluarga menaiki kereta Wira yang baru di ubahsuai enjinnya itu.Nasib baik perjalanan hanya sejam sahaja,sebab penutup Radiator kereta RA tu tak berfungsi dengan sempurna menyebabkan air mendidih keluar dari paip saluran.Nasib baik tak jadi apa-apa kat kereta RA ari tu.Kami tiba tepat jam 11pagi ,tetapi tak sedar pulak ada orang yang datang lagi awal dari kami semua.
Kami nak datang dia pulak nak balik.Jadi nampaknya terpaksalah bergambar dengan Kak Ros dan Abang mat diluar perkarangan rumah kak Yati.Walau pun dalam kepanasan siang amik gambar tetap amik gambar.Yelah nak bagi satu dunia tengok katernya.(ayat tak boleh blah).Oh yea abaikan je lah Tag 1Syawal tu,tukang buat gambar ini terlebih nak sambut 1syawal lagi.(mohon terasa yea huhu)
Sambil-sambil menunggu makanan sampai Kak Rovita & keluarga pun tiba dengan membawa Nik dan anaknya Faiz.Meja tetap sama tapi tambahan kerusi menjadikan meja kami paling meriah.Tapi kalau dapat tempat duduk tengah lagi bagus,yelah artis-artis dari Johor bahru sesekali turun Batu Pahat kan.hehe.Nak buat persembahan segan la pulak huhu.Dah tu orang lain sibuk bagi ucapan kat depan kami semua sibuk bergambar buat macam kat kedai mamak yea.
Haa inilah menu-menu yang menjanjikan di sediakan oleh tuan rumah kepada semua pengunjung yang bertandang di sini.Ada daging masak lada hitam,Ikan kering,Laksa Johor,Sambal sayur,Sup Gear box pun ada.Nak amik gambar semua menu malu pulak,yealah kat rumah orang,artis pulak tu (konon).
Apapun ianya sangat-sangat menjanjikan majlis rumah terbuka merangkap majlis perhimpunan keluarga besar Almahum Hj Sehar ini.Terima Kasih tidak terhingga kepada Kak Yati , Suami dan kelaurga yang menjemput kami bertandang ke rumah anda.
No comments:
Post a Comment