Wednesday, July 31, 2013

Riang Ria di Ulang Tahun Shami & Akmal

Amboi-amboi sahamboi,rupanya ada majlis ulang tahun malam ini.Inilah yang di katakan rezeki kek.Semalam acara meraikan ulang tahun anak pasangan Nik & Fuad iaitu Shami & Akmal.Bertempat di Restoran S.A Maju Taman Perling berhadapan dengan Masjid perjumpaan di adakan pada jam 930malam.

Haa meriah sungguh tempat ini lampu-lampu semuanya terang belaka.Jadi nak amik gambar dalam kedai ini pun cantik (kata ibu "birthdayBoy").Kek pun mengikut tema filem karton Despicable Me 2 katernya.Jadi terpaksa lah tukang buat kek buat patung tembam yang macam kentang tu.huhu.Memang comel.

Minion-minion kecil yang telah di cabut dari kek yang hendak di makan oleh ketiga-tiga anak nik ini.Ermmm sampai hati ke nak makan? hehe

Aksi-aksi sebelum dan sesudah memakan kek yang sempat di rakam dari kamera lensa Samsung Nik.Semuanya ceria selepas minggu majuk merajuk berlalu pergi.Yea..pergi jauh-jauh yea.Tak mo majuk-majuk lagi.

   

Banyak juga penyampaian hadia berlangsung pada malam itu.Bulan ini memang bulan sambutan ulang tahun kelahiran keluarga besar mengeteh kami.

Nak potong kek pun macam tak sampai hati nampaknya.Yealah kek tu cantik sangat.Sapa lagi yang buatnya kalau tidak Azie.

Jejak menumpang kasih katernya.Kenalah bergambar bersama-sama.

Barisan-barisan ahli jawatankuasa tingkap pulak mengambil berkat bergambar dengan "Birthday Boy" kita pada malam itu.

Lihat tarikh luput,kemudian hiduuu...kemudian baru boleh makan.hehe.Sup gearbox dan ayam goreng kat sini memang terbaik lah.Sedap dan panas-panas lagi.Punya lah berempah.

Majlis penyampaian hadiah dan membuka hadiah di mulakan pada malam ini.Suka si Akmal dan Shami dapat hadiah jam tangan,t-shirt dan pelbagai hadiah sampingan untuk si Azie dan abang Mork juga.

Akhir sekali acara bergambar beramai-ramai sebelum pulang menghiasi blog penutup untuk hari ini.Macam-macam aksi gaya aksi kucing,tiang rumah & giyomi pun ada.Selamat Ulang Tahun Shami & Akmal.Moga belajar rajin-rajin dan menjadi anak yang soleh


2 comments:

sudipVSsenduk said...

kembar ke birthday boy tu?

RioAzzaro said...

taklah....beza umur setahun je.adik beradik.

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....