Thursday, July 25, 2013

Iftar di Dapur Kita City Square

 Hari ini RA tak balik berbuka kat rumah sebaliknya terus menuju je Medan Selera City Square untuk beriftar bersama rakan mengeteh RA iaitu si Olie.Minggu ini RA balik kerja jam 6petang jadi sempat lah kalau nak berbuka di sana kalau guna lebuhraya EDL dari pejabat RA.Haa nasib baik sempat jugak tiba jam 630petang di sini dan inilah pandangan dari Medan Selera tingkat atas City Square yang baru siap di ubah suai.Pemandangan Bandaraya Johor Bahru di waktu senja sementara menanti azan berkumandang.

Medan selera mana lagi kalau bukan medan selera "Dapur Kita.".Macam biasa nak beli makanan kena guna Kad tunai yang ada di jual di kaunter hadapan.Beli air dapat percuma kurma 2biji bersempana Ramadhan.

 Menu berbuka puasa RA hari ini ialah :

TEH O AIS

MEE HOON GORENG ALA SINGAPURA

NASI GORENG TEMPAYAKI 

 Manakala Menu pilihan si Olie :

NASI AYAM PENYET & TEH TARIK

Jam 718malam waktu berbuka untuk kawasan Johor bahru dan yang sewaktu dengannya.Selamat berbuka puasa semua.


No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....