Sunday, July 7, 2013

Sepetang Di Traders Hotel Puteri Harbour

 Petang tadi RA meluangkan masa ke Puteri Harbour untuk melawat Traders Hotel,iaitu hotel terbaru anak syarikat Shangri-La.Di sini RA ke tingkat 3A iaitu ke Kelab Kecergasan dan kolam renang.Pemandangan dari tingkat atas ini cukup mengasyikkan kerana berlatar belakangkan Puteri Harbour tempat pelabuhan kapal-kapal persiaran.Masih di dalam peringkat percubaan,kelab ini memberikan kemasukkan percuma kepada pengunjung.

Inilah dia pandangan dari atas hotel ini.Dua bangunan ini di hubungkan dengan jambatan atas menghubungan kolam renang dan kelab kecergasan.Berbentuk seperti keratan berlian dan ini semua adalah Kejuruteraan Awam yea.hehe.Seluruh kawasan Kota Iskandar dan Puteri Harbour dapat di lihat dari sini.Bunyi tembakkan senapang dan mesingan latihan ketenteraan dari seberang iaitu Singapura yang di pisahkan oleh selat Johor jelas kedengaran dari sini.

Sambil-sambil itu dapatlah ambil gambar di sekitar kawasan ini.Nasib baiklah kamera tu dah takde guna gulung 24 atau 36 lagi.Sebab paling banyak amik gambar ialah Nik hehe.

 Inilah dia ruang kolam renang beserta tempat duduk berpayung yang di sediakan di atas hotel Traders.


Ini pulak pandangan dari Gim hotel.Mengadap betul-betul pelabuhan kapal persiaran.Masa amik gambar nie cuma RA saya yang ada di sini.

Rasa macam orang kaya-kaya pulak bila duduk di sini,padahal masuk percuma jek.hehe.RA terpaksalah balik awal dah teramat letih sangat sebab keluar dari jam 11pagi tadi.

Senja melabuhkan tirainya dan suasana di sini cukup romantis.Bagus untuk pasangan yang ingin berbulan madu.Satu hari nanti RA pasti akan bermalam di sini.

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....