Sunday, July 21, 2013

Berbuka kat Hotel Suria City pulak lah

 Hari ini RA nak berbuka di Hotel Suria City pulak.Kali ini atas jemputan seorang rakan RA yang baru hari ini tidak sibuk dengan tugasan kateringnya.Bersama teman-teman yang lain kami berkumpul jam 630petang di hadapan hotel.Haa dah nampak kan harga makanan kat sini? yang RM38Nett tu untuk yang sudah membeli kupon awal.Harga sebenar RM48++ (mahal dah sekarang kat hotel-hotel berbuka)

Masuk je terus amik tempat duduk yang telah di sediakan.Ada bacaan Al-Quran dari pelajar-pelajar dari sekolah ma'haad kot sebelum azan berkumandang.Haa inilah dia budak paling comel dan paling nakal masa berbuka tadi.Abis gambar kitaorang dia amik guna telefun bimbit mak dia heeehe.Makanan amik kau penuh satu meja,orang lain berebut amik lauk kawan RA sebuk balon petai ber biji-bijik.Hantu petai dia ini rupanya.

Azan berkumandang dan juadah berbuka pun di mulakan.Azan secara langsung di bawakan oleh salah seorang pelajar Maahad juga.

 Ramai juga yang berbuka puasa di sini,meja-meja semua penuh hingga ada meja yang di letakkan di luar hotel dan di pasang khemah lagi.

 Bilik solat ada di tingkat 1 hotel dan inilah pemandagan dari atas hotel yang menunjukkan betapa meriahnya majlis berbuka puasa di sini sehinggakan pekerja di pejabat Kadi pun memilih majlis berbuka kat sini.

 

Ini lah acara bergambar sebelum berbuka puasa.Tengok jelah makanan kat meja kitaorang ,perghh penuh giler.Mewah betul rakyat Malaysia yea.Ada satey,kambing kuzi bakar,nasi ayam,nasi beriani,nasi putih,steamboat,ulam-ulam,mee goreng,aiskrem dan pelbagai minuman jus.

 Inilah dia sesi selepas makanan telah abis kami semua sapu dan bergendut di dalam pewot.Amik gambar pun kira masing-masing tahan nafas takut nampak perut memboyot.

Apapun makanan yang di sediakan di sini memang menjanjikan dan sedap-sedap belaka.Manjanjikan memang menjanjikan.hehe

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....