4Hari/3Malam Bandung &Tangkuban Perahu
Sebenarnya ramai yang bertanya pada RA,ada buat pakej ke Bandung tak? Sebenarnya pakej yang ada cuma pakej percutian tanpa tiket kapal terbang sahaja.Anda di nasihatkan untuk membeli sendiri tiket kapal terbang di laman-laman syarikat penerbangan seperti Air Asia & Malaysia Airlines.(lebih murah dan tiada bayaran perkhidmatan)
Bila dah beli tiket kapal terbang barulah hubungi RA untuk tempahan hotel dan perjalanan.Bagi sesiapa yang nak buat tempahan bolehlah telefun/whatapps/wechat/sms kat RA di talian 012770980.Nak buat tempahan kena lah bagi nama penuh & waktu/tarikh penerbangan tiba dan pulang ke Bandung.
Tiba/Bertolak : Bandung
HARI 1 : (Makan tengahari & Malam)
Tiba di Bandung anda akan di jemput kemudian memulakan lawatan ke Kota Bandung antaranya ke Bangunan Merdeka,Bangunan Gedung Sate,Institusi Teknologi Bandung - Universiti tertua di Indonesia.Anda kemudiannya di bawa untuk membeli belah dengan penuh bergaya di sepanjang Jalan Riau di mana terdapat deretan Factory Outlet yang jual barangan berjenama dengan harga yang murah sebelum di hantar pulang ke hotel untuk bermalam.Makan tengahari dan malam akan di aturkan di salah sebuah restoran berdekatan.
HARI 2 : (Sarapan pagi/Makan tengahari & malam)
Pagi selepas bersarapan di hotel anda akan di bawa ke Gunung Tangkuban Perahu untuk melihat sendiri kawah gunung berapi dan sekitarnya.Kawasan ini terkenal dengan lagenda Sang Kuriang.Lawatan ini akan di tukar lawantanya ke Kawah putih jika ianya di tutup atas sebab-sebab keselamatan.
Selepas makan tengahari anda akan di bawa pulang ke Bandung di salah sebuah kawasa membeli belah yang terkenal dengan pakaian Jean di Cihemplas dan ke Rumah Mode.Haaa beginilah keadaannya di Jalan Cihemplas.(lihat gambar di bawah).Selepas makan malam anda akan di bawah pulang ke hotel untuk beristirehat.
HARI 3 (Sarapan Pagi/Makan tengahari & Malam)
Selepas bersarapan di hotel anda akan di bawa ke kawasan perusahan membuat barangan kulit dan kasut di Cipadayut.Kemudian ke Pasar Baru untuk membeli belah barangan seperti kain batik,sutera,telekong,bag,sarong,tudung dan pelbagai lagi barangan yang harganya cukup murah di sini.Makan tengahari di salah sebuah restoran berdekatan.Sebelum pulang ke hotel kita akan meneruskan membeli belah di Jalan Dago,di sini anda boleh membeli kek yang terkenal untuk di bawah pulang seperti kueh lapis,Brownise,Kartika Sari dan Amanda.
HARI 4 (Sarapan Pagi)
Selepas bersarapan pagi,berehat sebelum di hantar pulang ke lapangan terbang untuk pulang
HARGA PAKEJ - BERMALAM DI V HOTEL :
Min 2Dewasa : RM 850 seorang
Min 3Dewasa : RM 700 seorang
Min 4-5Dewasa : RM 620 seorang
Min 6-8Dewasa : RM 570 seorang
HARGA PAKEJ - BERMALAM DI SUKAJADI HOTEL :
Min 2Dewasa : RM 910 seorang
Min 3Dewasa : RM 750 seorang
Min 4-5Dewasa : RM 680 seorang
Min 6-8Dewasa : RM 630 seorang
HARGA KANAK-KANAK :
Berkongsi bilik dengan seorang dewasa : Sama harga seperti di atas
Berkongsi bilik dengan 2dewasa tanpa katil : 65% dari harga di atas
Berkongsi bilik dengan 2dewasa dengan katil : 90% dari harga di atas
HARGA TERMASUK :
- 3Malam penginapan di hotel pilihan anda
- Lawatan / bayaran masuk / letak kereta / pengankutan seperti jadual di atas
- 3 x Sarapan Pagi , 3 x Makan tengahari & 3 x Makan Malam
- Mineral Water
-Pemandu kenderaan sebagai pemandu pelancong
HARGA TIDAK TERMASUK :
- Tiket kapal terbang
- Duit tip untuk pemandu RM10 sehari/seorang (bayar sendiri kepada pemandu di sana)
- Tambahan lawatan & makanan
- Perbelanjaan sendiri
5 comments:
No phone berapa ye...
Rm 910 tu termasuk tour guide ke
no tel 0127709809 yea rm910 driver sebagai guide
StIll ada lg ke pakej ni
harga masih lagi valid sampai akhir tahun ini...untuk tahun depan akan di update kemudian.Tapi beza harga anggaran tambahan rm50 seorang.di sebabkan pertukaran matawang rupiah
Post a Comment