J.J.N.M : JALAN - JALAN NAK MAKAN
RESTORAN PAK LAH @ UTM - SCHOLAR'S INN
Wah Sabtu pagi ini RA dah bersiap siap untuk makan tengah hari di dalam UTM Johor.Ada restoran masakan utara di dalamnya yang terletak bersebelahan dengan Scholar's Inn milik UTM.Nama restoran ini Restoran Pak Lah.Masakan ala utara di masak dengan selera orang Johor.Hasilnya inilah dia makanan yang dapat di sambar oleh "TEAM MENGETEH RIO".Bersama Olie,Azie,Nik,Fuad,Kak Rovita,Abang Yunus dan keluarga masing-masing kami makan tengahari hari di sini.
Ayam & Ikan Bakar bersama ayam percik, sayur goreng bersama lemak gulai Nangka dan gulai ikan talapia menjadi pilihan kami.Sambal belacan + Cincalok menambah bangkitkan selera RA,Abang Yunus Olie dan Kak Rovita...Yummm-yummm.
Yang tidak mahu makan nasi campur ada pilihan Nasi Minyak dan Nasi Beriani juga di sini.Pilihan ini pastinya pilihan Fuad & Nik Sekeluarga.
Dua jenis pilihan mereka ini pastinya membangkitkan selera.Lapar la pulak bila tengok gambar-gambar ini.
Restoran Pak Lah ini betul-betul bersebelahan dengan Scholar's Inn,hotel-Apartment milik UTM yang di sewakan kepada sesiapa sahaja.Tujuan utamanya adalah untuk kemudahan ibu bapa pelajar UTM yang datang dari jauh untuk menyewa apartment berdekatan.
Selera kami tengahari itu memang betul-betul terbuka.Terutama selera tukang penunjuk jalan kami ke restoran ini En Habang Yunus.Yealah ada orang bangun dan hidangkan makanan depan meja dia kan...Sukalah tu.Nasib baik tak meleleh air mata hehe.
Bukak meja terus yea bila perut dah berbunyi.Gambar nak amik pun dah tak berkepak.
Generasi-generasi pun suka yea dapat makan kat sini.Tapi macam biasalah sayur mesti tak mau makan.
Dendang gendut tapi kecapi,kenyang perut suka hati.Haa suka hati lah tu.
Baru je lepas makan kan...Jadi rehat-rehat sekejap di sekitar apartment yang bersebelahan restoran Pak Lah tu.Sesi gambar tidak berkepak di mulakan (berat makan dah tak leh nak kuarkan sayap)
Tajuk gambar kat bawah ini ialah : Menumpang kasih (pahamkan je lah yea)
Ini pulak : Tak tertampung kasihnya...(huhu)
Macam biasalah,kalau keluar takde berangkai - rangkai memang tak sah di panggil Abang Yunus...Katanya nanti orang cendol tu merajuk kalau kita tidak singgah ke sini.Jadi sesudah selesai urusan makan kami di Restoran Pak Lah,RA dan yang lain-lain menuju ke Cendol Mak Siti pulak.Menghilangkan dahaga katernya.
Gerai Cendol Mak Siti terletak di tepi lebuhraya Skudai - Pekan Nenas.Jadi hati-hati jika nak berhenti meletak kenderaan di tepi jalan.
Dah banyak kali RA buat liputan kat sini,jadi tak perlu di perkenalkan lagi yea.Cuma menu terbaru kat sini ada asam laksa,Mee rebus dan karipap pisang.
Kalau boleh tu pelbagaikan air kat sini yea tuan kedai.Takkan cendol je kot? huhu.Nak gak cuba minum air kelapa ke tebu ke.hehe...Aura artis Kilauan Emas yang datang petang itu terus menyinar,kedai yang mulanya tak ramai orang berpusu-pusu berhenti kereta nak minum sambil tengok muka artis kilauan emas ituuu...
Menjanjikan.....
No comments:
Post a Comment