Lama dah tak makan Burger King,jadi petang tadi selepas RA meneman Olie,Azie,Kak Rovita dan abang Yunus makan Nasi Ayam Penyet di Medan selera sebelah Bomba Larkin,mereka kena meneman RA dan anak-anak mereka makan Burger King di Taman Tasek pulak.Inilah hasil tangkapan yang dapat RA sambar hari itu.Set Spicy Chicken & Crisp bersama kentang goreng dan Air berkabonat.
Biasalah si Clady,Owen,Emely,Alice,Sofia & Syahada termasuk RA memang berjiwa muda.Jadi pilihan kami pun mestilah makanan yang di makan oleh orang-orang muda.hehehe.Asik-asik ayam penyet je boring jugak kan....
Dari Petang bawak ke malam kami melepak di sini.Dari penyaman udara di dalam restoran yang kurang sejuk sampai bertambah sejuk kami di buatnya.Jadi kami sambung makan di luar perkarangan restoran sambil menunggu Nik sekeluarga tiba.(nak ikut makan sama katernya).Dan macam ginilah jadinya jika si bapak mendodoikan anak perempuannya tidur.Memang tak lulus yea.
Haaa kau tetiba je abang Yunus bangun pergi ke kereta dan bawak pisau bersama limau bali yang di belinya dari Perak 2minggu lepas.Panjat boboi dan kengkawan yang lain.
Kononnya nak tanda kertas peperiksaan pelajar UTM akhirnya di tutupnya kertas tu di potongnya limau bali dan di berikan kepada kami sorang seulas.Haa pelajar-pelajar UTM jurusan Kejuruteraan Awam,jangan nak salahkan RA pulak kalau keputusan peperiksaan anda lewat keluar sebab bawak Pensyarah awak ini keluar yea.Sebab jam 930malam kita semua dah balik rumah pun.(tak lama)
No comments:
Post a Comment