Monday, April 8, 2013

Coklat Panas di JCo Bukit Indah

TAAARAAAA.......!!!!!!

 Wah tetiba turun Boria dari Penang dan Hip Hop dari Singapura dari tangga bergerak Jusco Bukit Indah lah.Siap ber Zapin lagi turun,ada gaya nampak.Semua yang anda lihat ini adalah keseronokkan membeli belah di Jusco Bukit Indah.Sebenarnya mereka semua datang ke sini ada hajat,mereka semua nak minum dan makan di J'Co Donat dan Bistro.Haa tengok tu semua pesan air coklat panas bersama donat Jco yang terkenal kelembutannya.

 RA tiba lewat sikit maklumlah kena tengok keadaan cuaca dulu malam tu sebab dari petang hujun turun tak henti-henti.Yealah badan baru nak baik demam,kang kena hujan demam balik.Nasib baik bila jam 730malam hujan pun dah berhenti,jadi terus capai kunci kereta dan menuju ke Jusco Bukit Indah.Untuk pengetahuan kawan-kawan semua,barang sesiapa yang memesan air coklat panas di JCo,anda semua akan di berikan sekeping Donat kosong sebagai juadah pencuci mulut.Jadi jangan lupa untuk meminta.

 Sambil-sambil bergosip tentang dunia artis,ada jugak yang dok cucuk-cucuk langit.Mungkin dah lama sangat mengidam nak ke sana kot? haha.Gambar ini di ambil dengan mengunakan kamera Samsung baru Nik yang terbaru.

Jika di ambil dengan baik pasti hasilnya juga cantik.Pokok pangkalnya bagaimana tangan kita mempergunakan kamera ini untuk menangkap gambar.Bebudak ini asik 24jam dengan PSII dan Games sahaja hingga tak nampak gambar mereka di ambil.

 

 Ingat,kamu bukan makan di Starbucks tapi kami makan di hadapan StarBucks.

 Dan ingin di beritahu kami sebenarnya model-model pakai buang.Yang berbaju t-shirt hitam itu model Ubat Gigi Cap Kucing,yang lentuk tangan kat bahu tu pulak model iklan Jam Tangan Pamoja.Yang tangan bertongkat di kepala itu model kedai spa dan yang kat belakang tu pulak model kedai Karaoke RM2.Perempuan yang kat belakang tu pengurus kitaorang,sibuk sikit sebab tengah kira duit show kitaorang.Kalau nak amik kitaorang untuk pertunjukkan fesyen dan promosi barangan nanti boleh email kat RA yea.-Sekian-


No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....