Tuesday, April 30, 2013

Clark Hatch Excite dalam kenangan

Akhirnya hari ini adalah hari terakhir "Clark Hatch Excite Fitness Center" beroperasi di Danga Bay.Mulai esok ke semua ahli di sini kena berpindah ke Excite Fitness Center yang berada di Danga City Mall.

Sayu jugak bila hati ini nak meninggalkan Kelab kecergasan yang banyak meninggalkan kenangan manis.Bayangkan hampir lebih 6tahun RA menjadi ahli di sini tetapi akhirnya ianya di tutup.

 Hari ini jamuan penutup dan meraikan ahli-ahli telah di adakan di sini.Makanan yang di sediakan pun memang untuk membajak lemak.huhu.Hari ini terpaksa tukar waktu bekerja dengan rakan sekerja sebab nak balik awal semata-mata nak meraikan majlis ini.Jam 6petang RA dah pun tiba terus amik makanan.Sejurus selepas itu gang-gang yang lain pun datang habis riuh rendah ruang makan kami haha.Tengok tu pantang nampak kamera semua giler nak bergambar jek.

Hampir 6tahun RA kat sini tak terpikir pun nak bergambar kat depan ruang tamu kelab ini.Inilah kali pertama RA bergambar di sini mengunakan kamera RA sendiri.

 Kenalkan inilah dia jurulatih RA iaitu June yang selalu bikin gamat di kelas basikal dan Zumba kami semua.

Lepas puas makan jadi semua naik ke ats studio untuk berzumba dari jam 7malam - 8malam bersama jurulatih June.

Inilah gim yang banyak meninggalkan banyak kenangan manis RA selama 6tahun ia beroperasi di DangaBay.Untuk pengetahuan semua gim Clark Hatch dahulunya beroperasi di Festive Mall DangaBay tetapi setelah Festive Mall dirobuhkan ia di pindahkan ke Lot Pejabat yang berdekatan.Di Festive Mall RA menjadi ahli selama 2tahun sebelum berpindah di lot pejabat selama 5tahun.Jadi kenangan selama 8tahun memang banyak meninggalkan memori yang indah.

SELAMAT TINGGAL CLARK HATCH &

SELAMAT DATANG EXCITE FITNESS CENTER

 

No comments:

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....