J.J.T.W : JALAN - JALAN TENGOK WAYANG
IRON MAN 3
Hisshh hari ini adalah kali ke dua RA
tengok cerita ini.Kali ini bersama Olie,Ozie dan Kak Rovita
sekeluarga.Rancangnya nak tengok filem ini hari Sabtu petang tetapi
memandangkan semua ke sebukkan dengan hal duniawi jadi di tunda ke hari
ini.RA dah tengok dulu cerita ini hari Jumaat malam yang lepas.Malam
ini kami semua berubah angin menukar tempat menonton wayang dari tempat
yang biasa di TGV Bukit Indah ke Lotus Cinema Plaza Tasek.
Haa macam inilah jadinya bila hero bertemu dengan hero (katernya).Apa yang dapat RA katakan di sini cerita Iron Man kali ini lebih berkonsepkan drama dari filem.Jalan ceritanya sedikit drama dan kadang-kadang terlebih lucu dan tidak sesuai untuk sebuah filem Adiwira.Tapi bolehlah menjanjikan lah
Yang penting kalau nak tengok cerita ini jangan tengok dalam bentuk 3D yea.Memang tidak berbaloi sebab tak ada banyak pun effect 3D dalam filem ini.Jadi jangan membazir,tapi kalau masih berdegil jugak,silakan....lagipun itu duit kamu bukan duit RA kan.heeee.Tayangan filem kami jam 730malam dan habis jam 930malam kami terus mencekek di medan selera yang berdekatan (selang 4 blok jalan dari rumah Olie dan Azie je).Jam 11malam baru habis bergosip dan pulang ke rumah masing-masing.
No comments:
Post a Comment