Haaa hari ini RA nak tengok wayang cerita baru lakonan Tom Cruise yang bertajuk "Oblivion".Biasalah kalau tengok wayang kat TGV Bukit Indah ini kena datang beli tiket awal-awal.Jam 1230 tengahhari RA dah pun tiba di sini.Rancangannya nak tengok tayangan pukul 2 atau 3 petang tetapi tayangan yang paling awal bermula jam 4petang.Terpaksalah beli dan ini menyebabkan RA terpaksa menunggu hampir 2jam 30minit untuk tayangan ini.Nasib baik sewaktu berjalan di Jusco RA terjumpa kedai buku "Popular".Dapat jugak meluangkan masa membaca dan hasilnya membeli buku ini..
Tekak dah mula kering,Nik dan Fuad yang ingin menonton bersama pun dah sampai ke Jusco,jadi kami semua singgah minum sambil RA pulak makan tengahari di Old Town White Coffee di tingkat 2.Semua dah kehausan sebab boleh tahan panas jugak hari ini.RA minum Oren Float.Nik dan Fuad amik root bear float.Perrhhh lega tekak masing-masing.
Sambil tunggu pesanan Nasi Lemak Sotong RA tiba,sesi bergambar pun di mulai.(sesi yang waib)
Haa inilah hasilnya bila bergambar tak sudah-sudah.hehe
Jam hampir menunjukkan pukul 4petang jadi sebelum masuk ke panggung sesi bergambar dengan poster filem memang tak di lepaskan
Cerita ini mengesahkan tentang bumi selepas 60tahun berperang dengan makhluk asing.Bumi telah berjaya terselamat tetapi hampir 90% bumi telah musnah.Ramai yang sudah di pindahkan ke Titan yang terletak di planet Zuhal.Jack Hoper (lakonan Tom Cruise) dan pasangannya di tugaskan ke bumi untuk urusan pembersihan dan menperbaiki droid dari sisa baki makhluk asing yang masih tinggal.Dua hari sebelum mereka di bawa pulang ke Titan mereka menemui rahsia yang mereka sebenarnya clone yang di hidupkan oleh makhluk asing...Nak tahu cerita selanjutnya kenalah pergi tengok sendiri..
No comments:
Post a Comment