Sunday, July 15, 2012

JJNM : Mee Bandung Udang Tj.Langsat

 Jalan-Jalan Nak Makan (JJNM)

Mee Bandung Udang Tanjung Langsat

Wah jauh jugak kali ini JJNM menjelajah.Kali ini ke Tanjung Langsat bagi mengisi perut dengan "Mee Bandung Udang spesial".Memang terceruk sedikit tempatnya.Ianya terletak di Kampung Tanjung Langsat yang paling hujung dimuara.Untuk ke sini , anda hanya perlu mengikuti Lebuhraya EDL dari Bandaraya Johor Bahru terus menuju ke Pelabuhan Pasir Gudang,tapi jangan pulak masuk ke Pelabuhan.Terus sahaja sampai ke penghujung jalan dengan berpandukan papan tanda ke "Kampung Tanjung Langsat".Bila dah sampai ke penghujung jalan tu ada jumpa sempang tiga,kemudian masuk kiri untuk masuk ke Kampung..Bila dah masuk kampung tu terus je sampai jumpa papan tanda di bawah ini,masuk kanan.

 Dari sini selang 500 meter dah boleh jumpa pun kedainya.Kedai ini dibina di atas laut (civil yea).Sambil makan boleh menikmati udara laut.Tapi kalau hujan jangan lupa bawak payung,dan kalau dah bawak panyung tu jangan lak jalan sorang-sorang tinggalkan kawan-kawan kat belakang kebasahan yea.

Kedai yang aku cari dah pun aku jumpa.Sepanjang perjalanan dari Danga Bay ke sana hujan tidak berhenti-henti turun menyambut kahadiran kami di sana.

 Selain Mee Bandung Udang,di sini juga ada menjual makanan laut seperi Ketam masak cili , Tomyam dan makanan goreng-gerong seperti nasi & mee goreng.

 Oklah asik nak cerita pasal tempat ini je,sampai terlupa nak cerita pasal kawan-kawan aku yang turut sama hadir semalam.Macam biasa janji nak jumpa jam 2petang tapi akhirnya jam 230petang baru bergerak dari Danga Bay."On the way" katannya.Perut dah keroncong siap main lagu Ghazal Untuk Rabiah lagi,hujan pulak dari renyai-renyai sampai naik lebat.Nak sampai kat sini pun berdebar-debar sebab selepas lepas guna EDL dan masuk jalan biasa di Pasir Gudang banyak lubang-lubang dan lori-lori besar di jalan.Alhamdulilah sampai juga di sini walaupun tersalah masuk ke homestay.Dari kedai makan ini aku boleh lihat jambatan yang menghubungkan Kong Kong dengan Tanjung Pengelih yang amat cantik ini.


Gembira sungguh bila dah sampai sini,maklumlah hangin hujan bercampur hangin laut kenchang bertiup.Kenalkan kawan baru kitaorang nama nya Ustaz Fitri.Dia buat kerja sambilan mengajar mengaji di Tampoi Utama setiap hari Khamis-Ahad.(tapi bulan puasa nie dia tak buat)

 Ok berbalik semula pada cerita tadi,bila dah sampai hujan-hujan ini pekena minum Teh-O sambil menikmati angin laut memang seronok.Nak-nak di tambah pulak dengan Mee Bandung Udang yang baru di masak panas-panas fuuuhhhhhh memang terangkatttt beb.Maklumlah masing-masing belum makan tengah hari lagi,sampai kt sana pun dah jam 320petang,


 Indah sungguh panorama,bagai bunga dirwarna...oh lala...indah alam..Tropikaaaaa....

Dah macam lagu Raja Erma lah pulak.Ketam masak cili pulak dah habis,jadi memoncung la pulak muka sorang hantu ketam tu.Akhirnya mintak udang goreng butter,tapi dapat udang yang berminyak-minyak sebab di goreng dengan butter hahaha...Udang goreng butter jugak lah kan? hehehe.Rasakan.

 

 Habis licin 13 mangkok Mee Bandung Udang yang kami semua makan.Hehe...sedap.maklum lah dah pukul 3petang baru nak makan.Dapat je terus tak toleh-toleh lagi terus masuk mulut alih-alih dah tau licin je.


Peringatan : 

Kalau cawan bocor,jangan buang air dalam cawan tu ke dalam laut pulak.Sebaliknya masukkan semula airnya ke dalam jag yang di sediakan yea.


8 comments:

Unknown said...

Teringin plak... Mcm best je....

Unknown said...

Teringin plak... Mcm best je....

RioAzzaro said...

klu nak gie next time ikat2 perut jgn makan kt umah dulu...kang sampai sana tgk org je makan buat apa

Nur of Life said...

tempat ni betul2 sampai ke ujung tg langsat ke?

RioAzzaro said...

yeap....sampai ke hujung tanjung langsat..sebab kamgpung tanjung langsat pun kt paling hujung

Mee Bandung Bp @ JB said...

Salam Tuan.

Jemput cuba Mee bandung kuah kacang 'odeon' Bp pula :)

Restoran Anjung Warisan
Jalan Petri, Johor Bahru
(Belakang Yayasan Warisan Johor)

Gerai Makan MBJB Skudai Kiri
Gerai makan No.7 (Sebelah Cimb Bank)Bertentang dengan Bangunan Petronas Bandar Baru Uda, JB

RioAzzaro said...

Mee bandung kacang Odeon BP tak penah try lagi.Anjung warisan??? ermm mmg tak mo buat liputan kat sana pun,tak sedap dan service teruk.Mungkin akan ke Gerai No 7 tu nanti....tks bagi info

Mee Bandung Odeon Batu Pahat said...

Salam Tuan/Puan

Mee Bandung Kuah Kacang 'Odeon' Batu Pahat (Famous Sejak 1960an)

Kini di Taman Universiti, Skudai

Stall Elias @ Restoran Lubuk Selera
105 Jln Pulai 7
(Sebelah Pintu Gerbang Nak Ke Giant UMall Taman Universiti, Skudai)

Biasa RM5 makan/bungkus
Special RM6 makan/bungkus - Letak Sotong Kembang

Pilihan citarasa - Ori atau Pedas

Waktu operasi - Khamis hingga Selasa. 7.30mlm hingga 10.30mlm. Cuti Rabu

Sebarang pertanyaan Talipon/sms 012 7474039 (Elias)

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....