Tuesday, July 31, 2012

Salam Aidilfitri di Perantauan

Sejak akhir-akhir ini,RioAzzaro dapat banyak email-email permintaan dari kawan-kawan yang berada di perantauan moga menyiarkan segmen "Salam Aidilfitri di Perantauan".Ia bertujuan untuk berkongsi bersama keluarga tercinta yang berada di Malaysia.

Baiklah untuk tidak menghampakan permintaan kawan-kawan semua,di sini saya menyiarkan beberapa keping gambar-gambar dan ucapan Hari Raya yang telah di hantar dari sahabat handai kita yang tidak dapat berhari raya di Malaysia.


" SALAM AIDILFITRI DI PERANTAUAN "


1.Ucapan pertama datangnya dari Mohd Yunus a.k.a Abang Chu yang berada jauh di Birmingham,UK.

"Chu ingin mengucapkan Selamat Hari Raya buat Ayahanda dan kaum keluarga yang berada di Segamat & Johor,kakak yang berada di Taiping,Perak.Kalau makan ketupat rendang tu jangan lupa Chu di sini yea.Maaf tahun nie tak dapat balik beraya bersama.Tahun depan kot boleh"


 2.Ucapan kedua nya datang dari Firas a.k.a Nizam yang sekarang berada jauh di Mumbai India.

"Salam Ramadhan dan Lebaran buat keluarga tercinta yang berada di Johor Bahru,kursusnya buat Ibu Puan Melor.Firas sayang ibu sangat-sangat!!.Tunggu Firas balik beraya pada hari ke 5 Aidilfitri yea.Bukan janji,tapi pasti !!"


3.Ucapan kita kali ini datangnya dari Maizatul yang bertugas di Borobodor Yojakarta Indonesia.

"Mai nak ucapkan Selamat Hari Raya buat keluarga tercinta yang berada di Kluang dan kawan-kawan yang berada di Johor Bahru.Salam Jauh dari Mai di perantauan.InsyaAllah malam raya Mai balik kampung."


4.Ucapan seterusnya dari Negara matahari terbit,Jepun.Namanya Olle Sang a.k.a Roslie.

"Abang nak ucapkan Salam Aidilfitri buat isteri tercinta yang berada di Taman Tun Aminah dan buat anak-anakku,jangan tak puasa yea,nanti ayah tak berikan duit raya.Tak luga buat keluarga mertua yang berada di Taman Peling,ibu tercinta dan adik beradik yang berada di Singapura.Salam sayang dari Osaka."

 5.Ucapan seterusnya datang dari Azie yang sedang belajar di perantauan di University of Adelaide,Australia.

"Sedih rasanya hati ini sebab berjauhan bersama keluarga tercinta terutamanya suami dan anak-anak yang menanti kepulanganku di TUTA.InsyaAllah petang raya mumy balik dengan penerbangan SIA.Jangan lupa jemput kat Airport yea.Kalau makan untuk berbuka tu ingat-ingat saya di sini"


6.Ucapan seterusnya datang dekat sahaja iaitu dari Singapura.

"Saya Mat Shah,Isteri-Rosmawati dan anak-anak ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat keluarga dan saudara mara yang berada di Melaka dan Tangkak.Nanti kami balik kampung naik kereta je yea...tunggu kami dan Salam Lebaran"


7.Yang ini pula dari Nik Salmiah dan pasangannya Fuad yang berada di Brunei

"Salam kami dari Brunei,nampaknya tahun ini Abang kena bertugas pada hari raya kedua sampai raya ke lima.Insyaallah kami semua akan pulang ke Johor dan beraya di kampung Batu Pahat seminggu sebelum raya.Buat mak ayah yang berada di Kampung Melayu Majidi dan di Batu Pahat salam kami sekeluarga di perantauan"


8.Ucapan seterusnya datang dari Kaherah,Mesir 

"Saya Mork dan keluarga,ingin mengucapkan Selamat Hari Raya buat keluarga tercinta yang berada di KL dan Melaka.Buat saudara mara,sahabat handai yang berada di seluruh Malaysia terutamanya temanku yang berada di Taman Universiti,teringat masa kita sama-sama berbuka puasa bersama-sama.Salam kami sekeluarga dari Kaherah,Mesir".


9.Ucapan seterusnya datang dari Aween yang berada di Bandung,Indonesia.

"Salam Aidilfitri buat bonda,ayahanda dan seluruh keluarga yang berada di Taman Perling,buat sahabat handai yang sama-sama membuat J-robik dan tak lupa buat bekas-bekas pelajar SMPT,Tahun ini Aween beraya di Bandung bersama anak-anak, sebab banyak urusan kerja di sini.Salam Lebaran!!"


10.Ucapan seterusnya dari Puan Rovita yang berada jauh kepulauan Mauritius.Beliau tidak beragama Islam,tetapi semangat 1Malaysianya,tetap nak bagi ucapan raya kat kawan-kawan.

"Ucapan Selamat Hari Raya saya tujukan kepada rakan-rakan yang beragama Islam yang berada di Malaysia.Salam sayang kami sekeluarga dari Mauritus"


11.Ucapan seterusnya datang dari Puan Dell dan kelurga yang mengikut suaminya bertugas di Dubai

"Saya nak ucapkan Selamat Aidilfitri dari kami sekeluarga buat keluarga saya dan suami yang berada di Johor,doktor dan jururawat-jururawat di Hospital Sultanah Aminah yang dulu merawat kaki saya yang patah sampai sembuh,tak lupa juga buat kawan-kawan sekolah SMPT.Salam dari Dubai" 


12.Yang ini pula dari Puan Ally dan anaknya yang berada di Lima,Peru.

"Hola....ucapan di tujukan kepada Ibu dan saudara mara yang berada di Nilai,buat ayah yang berada di Johor Jaya,sahabat handai yang berada di Kuala Lumpur dan Johor Bahru.Tahun ini Ally dan Lysha (anak) tak dapat balik beraya di Malaysia kerana bertugas di kedutaan di sini.Salam sayang buat semua di sana.Nanti kirim-kirmlah kuih raya buat kami di sini yea.Selamat Hari Raya,Maaf Zahir Batin"


 13.Ucapan seterusnya datang dari Puan Juriah dan keluarga yang mengikut suami bertugas di Doha,Qatar.

"Di sini saya dan keluarga menghulur maaf zahir dan batin dan mengucapkan Selamat Hari Raya buat keluarga yang berada di Kampung Sri Serdang dan Kempas,Johor Bahru.Buat kenalan,saudara mara dan rakan-rakan,di ucapkan Salam Lebaran.Macam biasa tahun ini akan beraya di Doha sahaja.Nak balik cuti tiket kapal terbang dah penuh".


14.Ucapan seterusnya dari Mijot yang menyambung pelajarannya di Krabi,Thailand

"Sawadikap....Mijot nak ucapkan Selamat Hari Raya buat keluarga yang berada di Kampung Pasir.Saudara-mara ,sahabat handai di Johor Bahru.Juga kepada pelajar-pelajar yang sama-sama melanjutkan pelajaran di University of Kapkhunkap,Krabi-Thailand.


15.Ok,seterusnya Salam Aidilfitri datangnya dari pelajar kita di Universitas Surabaya-Indonesia

"Saya Ramdan,dari Universitas Surabaya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya,Maaf zahir dan Batin buat keluarga di Malaysia yang berada di Taman Daya.Kalau makan ketupat tu jangan lupa Dan di sini.Terpaksa berjauhan sebab ingin mengejar cita-cita Dan untuk menjadi Doktor Haiwan".


16.Kita ke Christchurch New Zeland pula bertemu dengan pekerja-pekerja di kedutaan kita di sana.

"Kami Ziela,Jack & Siti-Along,tak dapat pulang berhari raya bersama suami,anak-anak dan keluarga tercinta kerana kena keja "overtime" di kedutaan di sini.Rindu kat masakan ibu di kampung sebab kat sini asik-asik makan piza dan kentang goreng jek.Muak dah.Nanti kami balik malam raya dengan penerbangan terakhir yea.Salam Aidilfitri".


17.Salam kita yang terakhirnya datang dari Nazri yang berada di Busan,Korea.

"Anyohaseyo!!! Harap semua sihat di sana.Salam Aidilfitri buat keluarga tercinta yang akan sama-sama sambut raya dengan saya nanti di Johor Bahru.Saat ruangan ini kuar saya dah duduk kat JB dah....saja suka-suka hantar konon-konon masih kat sana.Selamat Hari Raya , Maaf zahir dan Batin yea....!!!


PERINGATAN : Semua ucapan yang kat atas ini untuk suka-suka je.Lepaskan bosan.Maaf yea kawan-kawan sebab keluarkan gambar ini tanpa pengetahuan korang.

"SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA,MAAF ZAHIR DAN BATIN"


Berbuka Puasa di Johor Golf Club

 Hari ini setelah hampir 11hari umat Islam berpuasa barulah kami semua dapat berkumpul dan berbuka puasa bersama.Bertempat di Kelab Golf Johor@Tasik Utara, majlis berbuka puasa beramai-ramai di adakan dengan kehadiran 21orang termasuk kanak-kanak.Pujian harus di berikan kepada keluarga Kak Rovita yang datang pada majlis itu dengan konsep Lebaran.Walaupun beliau satu keluarga tidak menyambut Ramadhan dan Lebaran tapi tetap tampil anggun bersama putera-putera dan puteri-puterinya berbaju Melayu siap bersamping dan berbaju kurung.Pujian juga harus di berikan kepada Abang Chu kerana buat pertama kalinya berjaya menguruskan majlis berbuka puasa ini dengan jayanya....

(walaupun terpaksa datang awal & duduk termenung di tepi padang golf menanti kami-kami yang lambat sampai).Tengok tu baju bapak angkat sama dengan anak-anak angkatnya.Macam dah janji-janji je pakai baju petak-petak.


 Jam 645petang kami sempat bergambar di sekitar padang golf sambil menikmati suasana petang & menanti azan Margrib untuk berbuka puasa.

 Bila jam sudah hampir 710malam mulalah semua mengambil makanan untuk berbuka puasa secara buffet. 

Harga Buffet : RM29++ untuk dewasa

RM14++ Untuk kanak-kanak 4-12tahun

Kalau nak buat tempahan telepon sahaja Kelab Golf Johor yea.Nombornya dail 103.Majlis berbuka puasa di sambut bersama majlis ulang tahun 2anak teruna Nik iaitu Akmal & Shamie...masing-masing selang menyambut beberapa minggu je.

 

 Ini adalah muka-muka keletihan sebelum berbuka puasa.Susah nak tersenyum,kalau senyum pun ala-ala senyum terpaksa,sebab lapar & dahaga.

 

Tapi bila makanan mula berada di depan mata,muka pun ada senyummmm istimewa dan tidak di paksa-paksa.Baiklah cerita pasal makanan di sini,masakannya ala traditional Melayu.Ada lemak pucuk paku,ikan bakar,sotong masak lemak,udang goreng,mee goreng,nasi putih,sup tomyam,ayam masak merah,ayam goreng,ulam-ulaman,air katira,teh,kopi,air kacang soya,air buah dan kueh mueh traditional sebagai pencuci mulut.


Tengok muka-muka senyum mereka-meraka yang datang pada majlis ini.Masing-masing menunjukkan skill bergambar di depan kamera dengan aksi-aksi menarik dan tertarik.

 

 Acara potong kek anak-anak teruna Nik Shahmi dan Akmal yang ke 13 & 12 tahun.Turut sama adalah kembar tak seiras mereka iaitu Abang Chu...hehe.

   

Macam biasa,sesi gosip-gosip dunia artis pun bermula selepas selesai sahaja acara makan-makan dan potong kek.Tengok tu kusyuk betul,mereka-mereka yang mendengarnya.Di sambung pula dengan perbincangan dan perbahasan dari di rembat sampai ke perumpamaan.Cukup ilmiah perjumpaan hari ini yea.


Sedang Ibu-bapa sibuk bergosip di dalam,anak-anak perempuan pulak duduk di tepi kolam mandi sambil bergosip pasal Fauziah Latif dan artis-artis semasa.Manakala anak-anak lelaki pulak sibuk bermain permaninan video di telepon tab masing-masin.Nasib baiklah diaorang tak nyanyi lagu si Ikan Kaloi kat tepi kolam renang tu.


Akhir sekali tidak dilupakan aktiviti bergambar beramai-ramai sebagai kenang-kenangan yang kami sudah sampai di sini (ceh wah macam Rancangan Jalan-Jalan Cari Makan pulak)

BERBUKA PUASA KAMI PADA MALAM INI DI TANGGUNG OLEH EN ABANG CHU KITA IAITU ABANG YUNUS.BESAR PAHALA BERI MAKAN ORANG BULAN-BULAN PUASA NIE.

TERIMA KASIH ABANG YUNUS !!



Monday, July 30, 2012

Kenangan dulu-dulu ke Jepun

Belek punya belek lagi album aku tu,aku jumpa gambar-gambar lama semasa aku bertugas membawa pelancong ke Hokaido dan Tokyo sekitar tahun 1999.Masa ini aku berkerja di salah sebuah agensi pelancongan di Singapura yang bernama "Ambassador Travel & Tours Pte.Ltd".Aku ke sana selama 8hari dan bertolak sehari selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri dan sehari sebelum raya Cina.Pada tahun 1999 Raya Cina dan Hari Raya di sambut selang sehari.Tak ingat pula berapa haribulan,cuma yang aku ingat masa tu umur aku baru 22tahun.Gementar jugak sebab ini adalah tugasan pertama aku membawa pelancong keluar negara.Lewat tahun 90an mana lah ada kamera digital,yang ada kamera gulung 36keping,12 keping dan 24keping tu.Bawaklah 5gulung filem semata-mata tak mau kehabisan bila nak bergambar nanti.Baju sejuk pulak kat Johor susah nak jumpa kedai yang menjualnya.Terpaksalah korbankan duit beli baju sejuk kat Singapura yang berharga S$200.

 Aku menaiki penerbangan malam All Nippon Airways dari Lapangan Terbang Changi untuk ke Hakodate (salah sebuah lapangan terbang di Hokaido),penerbangan kami membuat pertukaran di Lapangan Terbang Osaka untuk ke Hokaido.Tiba jer kat Hakodate rombongan aku di sambut oleh salah seorang pemandu pelancong dan kemudiannya membawa kami terus ke salah sebuah restoran untuk makan tengahari.Memandangkan aku pergi masa musim sejuk,cuaca di luar ketika itu -1 darjah celsius dan makanan yang di hidangkan kebanyakkannya makanan laut.Bandar Hakodate ini tak lah besar sangat,banyak rumah-rumah penduduk tempatan yang masih mengekalkan gaya tradisi masyarakat Jepun.Tak banyak yang dapat kami buat pada hari pertama selain lawatan ke perkampungan dan kilang membuat Bir Sapporo yang terkenal di Jepun.

  Tak banyak yang aku ingat nama tempat-tempat yang aku lawati sebab kebanyakkannya dalam bahasa Jepun.Cuma yang aku ingat,aku di bawa ke perkampungan orang asli Jepun di sana yang budaya mereka seperti kaum Red Indian di US.

 Dari sana rombongan kami di bawa ke kawasan pergunungan untuk melihat keindahan Tasik Toya dan Tasik Akan yang ketika itu cuaca mencecah -10darjah celsius.Dapat melihat sendiri Air tasik membeku,sehinggakan air mata panas yang keluar ke tasik pun hanya mampu mencairkan 10peratus saja airnya.

Pemandangan dari atas Tasik Akan yang di bawahnya tiada penghidupan kerana jurangnya terlalu dalam


 Air terjun yang turut membeku kerana suhu yang terlalu sejuk iaitu -7darjah celcius.Tak sangka pulak pada tahun 2010 tempat ini di jadikan lokasi pengambaran drama popular Jepun.

 Memang Hokaido ini terkenal dengan pemandangan semula jadinya iaitu gunung-ganang,air terjun,gunung berapi,air mata air panas dan makanan laut mereka.Boleh di katakan sepanjang 4malam aku di sana dan tiap malam itu jugaklah aku akan mandi di kolam air panas yang di sediakan percuma di tempat penginapan kami.Dah tu bila nampak salji je aku lah orang paling jakun sekali sampai orang Jepun tengok pun naik pelik.Mana taknya,masa turun salji orang Jepun semua berebut-rebut masuk dalam rumah,tapi aku dengan beberapa pelancong yang aku bawak sibuk bermandi salji di luar hotel.

 Percutian kami di teruskan ke Tokyo pula.Dengan menaiki penerbangan domestik All Nippon Airways dari Lapangan terbang Chitose  ke Lapangan terbang Antarabangsa Narita.Dari sana terus di bawa ke gunung Fuji.Orang Jepun panggil gunung Fuji ini gunung budak pakai topi,sebab di sepanjang tahun,separuh pergununan itu di liputi salji putih.Bermalam di hadapan tasik yang mengadap Gunung Fuji adalah satu pengalaman yang sukar di lupakan.Pada malamnya kami semua di kehendaki menghadiri majlis minum teh mengikut adat istiadat masyarakat Jepun.(ala-ala drama Oshin tu).Di wajibkan pakai baju kimono yang di sediakan ok.

Di sebabkan faktor keselamatan dan cuaca sejuk, rombongan aku tidak di benarkan ke anak kaki gunung Fuji dengan lebih dekat.Jadi bila tengahari rombongan kami mula bergerak ke Bandaraya Tokyo.Di sana kami melawat di Ginza iaitu satu kawasan syurga membeli-belah barangan elektronik dan pakaian termasuk telipon pelbagai bentuk yang unik lagi murah.Dari sana kami singgah ke Hard Rock Cafe - Tokyo yang terletak jauh tercorok di balik bangunan-bangunan rumah kedai.

Esoknya pula lepas je sarapan pagi di hotel kami bertolak ke Disneyland Tokyo,tempat yang paling di gemari semua orang.Memang Disneyland Tokyo ini terhebat terutama sekali di lokasi "Futureland".Terlalu moden dan sofistikated.Seharian aku dan rombongan di sana.Balik semua dah penat,mana taknya di sebabkan cuti tahun baru Cina,Disneyland penuh dengan umat manusia.Nak naik sati ride jer mengambil masa satu jam.  


 Esoknya sebelum bertolak pulang,lawatan terakhir adalah di Kuil Asakusa dan Istana Samurai dan Maharaja Jepun.Sungguh pun suhu di Bandaraya Tokyo hanya 1darjah celcius,tetapi kesejukkannya mengalahkan di Hokaido.Ini di sebabkan di Tokyo cuaca sejukkan di tambahkan dengan tiupan angin yang kuat.Boleh mengigil sampai ke tulang sejuknya.Sepanjang di sana asik cari toilet nak kencing je.

  Apa pun inilah kenangan paling manis yang tak akan aku lupakann sampai bila-bila ketika melawat sambil bekerja ke Negara Matahari Terbit itu,percuma lagi...hehehe.Paling tak lupa bila sampai je Jb aku di sapa oleh arwah mak aku,dia cakap kulit aku makin cerah dan bersih.Mana taknya tiap-tiap malam mandi air panas mataair dari perut bumi,mana taknya cerah.Patut lah orang Jepun ini kulit diaorang bersih-bersih kan.

Jangan Marah.....

Pakej Jejak Sejarah di Tanjung Pinang Indonesia 2023

Assalamualaikum semua.. Seperti tahun-tahun sebelum ini.Ini adalah pakej pada harga terbaru ke Tanjung Pinang Indonesia pada tahun ini 2023....